Maklumat Bengkel:
📆 2 Mac 2024🌐 Sabtu
⏰ 9.00 pagi - 12 tengah hari
❇️ Zoom
🔺Pembimbing: Dr. Mohd Nazir Alias, Fakulti Pengajian Islam, UKM
🔺Yuran: RM35 (Diberikan rakaman dan nota)
Kepada guru-guru yang memohon HLP 2024, atau sesiapa sahaja yang ingin menyambung pengajian, boleh sertai bengkel penulisan cadangan kertas penyelidikan atau proposal ini pada malam ini secara atas talian (online). Bengkel ini merupakan siri-siri bengkel Program We4U'23 yang diwujudkan bertujuan membantu dan membimbing calon-calon HLP sehingga berjaya. Program ini sangat membantu saya mengenali apa itu penyelidikan khususnya penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) atau Design & Development Research (DDR) sehinggalah saya berjaya sebagai penerima HLP 2022.
Maklumat bengkel adalah seperti berikut:
✅Tarikh: 26.12.2023, Selasa (Malam ini)
✅Masa: 9.00 MALAM-10.30 MALAM
✅Platform: Google Meet (Online)
✅Google Meet link: Google Meet Link
✅Penceramah: Dr Muhammmad Nidzam Yaakob (Pensyarah / Penasihat We4U IPGKDA)
✅Penganjur: Program We4U'23, Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi & PROSPEN IPGKDA
Kredit:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sudah agak lama saya tidak menulis di sini memandangkan agak kesibukan (sedikit sahaja, selebihnya buat-buat sibuk) dengan pengajian peringkat sarjana sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Setelah menjadi pelajar pascasiswazah dalam beberapa minggu ini dengan mod pengajian secara kerja kursus (Mod C - coursework), barulah diketahui kaedah penilaian pengajian lebih kepada penilaian tugasan (assignment) yang diberikan pensyarah sepenuhnya dan tiada peperiksaan akhir. Untuk satu paper sahaja, paling kurang ada 3 hingga 5 tugasan yang sudah semestinya berbentuk penulisan ilmiah atau akademik yang memerlukan sumber rujukan (citation). Setiap semester, pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya 3 paper dan maksimum 5 paper.
Memang mak kau hijau dibuatnya!
Sumber rujukan dalam penulisan akademik pula perlu sumber yang diiktiraf yang merujuk kepada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dan diterbitkan di dalam jurnal yang berindeks. Sumber rujukan boleh dalam bentuk artikel jurnal, kertas prosiding, buku dan juga tesis pelajar. Justeru, kemahiran mencari sumber rujukan sangatlah penting apatah lagi apabila kerja-kerja penulisan akademik melibatkan kertas projek penyelidikan dan tesis dibuat.
Untuk semak kesahihan sesuatu penerbitan artikel jurnal, kertas prosiding, buku, tesis yang diterbitkan di Malaysia samada ia diiktiraf oleh KPT, kita boleh semak menggunakan pangkalan data MyCite (Malaysian Citation Index - analyses and provide citation data) dan MyJurnal (Journal Management System) iaitu database yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Di sini saya kongsikan senarai laman web dan pangkalan data yang menyediakan bahan rujukan artikel jurnal, kertas persidangan, kertas prosiding dan tesis secara online, kebanyakannya adalah open access untuk public dan percuma.
1. e-REP UKM (UKM Repository): UKM E-Rep
2. UKM journal artikel: UKM Journal
3. E-journal UM: UM Journal
4. IIUM journal publication: IIUM Journal
5. IIUM Repository: IIUM Repository
6. UiTM journal: E-Resources: E-Journal
7. UPM journal: http://www.pertanika.upm.edu.my/
8. UPM Repository: UPM Repository
9. UTM Journal: http://penerbit.utm.my/
10. UTM Repository: UTM Repositori
11. Journal of UniSZA: https://journal.unisza.edu.my/
12. UNiSZA Repository: UNiSZa Repository
13. UUM e-journal: http://e-journal.uum.edu.my/
14. UUM Repository: UUM Repository
15. UMS e-Journal: UMS Repository
16. UTP e-Journal: UTP Library
17. UMP e-Journal: UMP Repository
18. UniKL E-Journal: UniKL Publications
19. UNIMAS e-Journal: UNIMAS Repository
20. UNISEL e-Journal: UNISEL Journal
21. UPSI e-journal: eJournal UPSI
22. UPSI Repository: UPSI Repository
23. IPG e-Journal: IPGM - Sumber Dalam Talian
24. UMT Repository: UMT Repository
25. UMK e-Journal: Journal UMK
26. UMK Repository: UMK Repository
27. USIM e-journal: USIM Journals
28. USIM Repository: USIM Repository
29. USM e-journal: Repository USM
30. UniMAP e-Journal: UniMAP Repository
31. KUIS e-Journal: Jurnal KUIS
32. UNITAR e-Journal: UNITAR Jurnal
33. UTHM e-Journal: UTHM Library
34. UTeM Repository: UTeM Repository
35. UNITEN e-Journal: Journals@UNITEN
36. OUM Repository: OUM Repository
37. Institut Aminuddin Baki Repository: IAB Repository
38. MyJurnal: MyJurnal
39. Google Scholar: Google Scholar
40. Jstor: https://www.jstor.org/
41. Scopus: SCOPUS
1. Malaysian Thesis Online: Malaysian Theses Online
1. Dimensions.ai: Dimensions
2. DOAJ: DOAJ - Directory of Open Access Journal
3. PubMed: PubMed - National Library of Medicine
4. ERIC: Education Resources Information Centre
5. EconBiz: EconBiz
6. Proquest: ProQuest
7. OATD: Open Access Theses & Dissertations
8. MyCite: MyCite - Malaysian Citation Index
Memahami disleksia |
Kategori pertandingan |
Bidang-bidang Fokus |
Terma dan syarat pertandingan |
Hadiah |
Contoh kajian |
Contoh kajian |