Cikgu Hijau

Blog ini diwujudkan sebagai satu platform dan wadah online tempat saya boleh menyimpan, merekod catatan berkaitan tugas saya sebagai Guru Pemulihan Khas (GPM) seterusnya secara tidak langsung dapat berkongsi apa sahaja maklumat, pengetahuan dan ilmu tentang kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau singkatannya kemahiran asas 3M yang mungkin boleh dijadikan rujukan rakan-rakan guru yang lain atau juga para ibu bapa yang memerlukan.

Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), antara program yang dilaksanakan bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran asas 3M adalah Program Pemulihan Khas, LINUS, PROTiM (telah dimansuhkan) dan yang terkini adalah PLaN sebagai gantian kepada program LINUS yang telah dimansuhkan. 

Saya sebagai penulis blog ini, Cikgu Hijau atau juga dikenali sebagai Cikgu Haseni mula berkhidmat sebagai guru di SK Bandar Baru Sri Damansara pada tahun 2010, Selangor selepas mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) Pengajian Pendidikan Pemulihan Khas (SR) pada tahun 2009 di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur untuk melayakkan saya memperoleh Diploma Pendidikan.

Maklumat lanjut Cikgu Hijau @Cikgu Haseni:

Twitter:
Instagram: 



Terima Kasih

34 comments:

  1. Sayang Nor Ain11 Apr 2012, 00:54:00

    cntik blogspot ckgu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Jenguk2 la selalu ke blog ini.

      Delete
    2. blh sy dptkan emel adds cikgu?utk btanye pendapat bkaitan mslah pembelajaran anak saya.tq

      Delete
    3. Terima kasih atas respon. Alamat email sy anis221@yahoo.com

      Delete
    4. Assalamualaikum Tahniah baru jumpa blog cikgu. email saya mazris49@gmail.com whatsap 0194807050 http://thebestmobile.my/mohdazri

      Delete
  2. Banyak pengalaman cikgu Hijau...bagus,insyaallah mungkin kita dapat saling bertukar pendapat di masa akan datang.

    ReplyDelete
  3. cikgu hijau ada statistik terkini mengenai bilangan murid pemulihan?

    ReplyDelete
  4. Hai Cikgu Hijau :)
    Boleh bantu ke, saya cuba utk mendapatkan buku Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
    Any idea mana boleh saya dapatkan melalui pos pun tidak apa asalkan dapat membacanya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli secara online di sini :

      http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.product_details&product_id=1621&flypage=flypage.tpl&pop=0&option=com_virtuemart&Itemid=3

      Delete
  5. assalamualaikum cikgu hijau, slmt berkenalan. mudah2an akak dapat berkongsi ilmu di blog ni. Syukran!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. Selamat berkenalan!

      Delete
  6. Assalamualaikum. Akak ada ijazah sarjana muda sains bioperubatan tapi kenapa kerja sbg guru pulak? Tiada peluang pekerjaan ke bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Kebanyakan kawan2 saya menjadi RA (research assistant) di University dan seterusnya sambung master. Bukan tiada peluang pekerjaan tetapi skop pekerjaan tidak meluas dan terhad. Sebelum saya menjadi guru, saya bekerja di IMR sebagai Pegawai Penyelidik tetapi kajian yg saya buat bukan bidang yg saya minat(Virology). Kerja terakhir sblm guru adalah Technical Officer di Monash University.

      Delete
  7. Assalamualaikum Cikgu Hijau..

    Salam perkenalan.. Saya cikgu Hailmi, juga pemilik blog cikguhailmi.com. Jemput lah jugak yer untuk berkunjung ke blog saya bagi bertukar-tukar pandangan.. Ilmu Allah itu untuk dikongsi.. ;)

    http://www.cikguhailmi.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Terima kasih atas kunjungan Cikgu Hailmi ke blog ini. Selamat berkenalan.

      Delete
  8. As salam Cikugu Hijau..tkasih atas segala info yg cikgu siarkan di sini banyak faedahnya kepada kita warga guru..smoga dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat..

    Saya mohon jasa cikgu utk emailkan saya soft copy modul murid bagi linus bahasa inggeris...Tqvm

    ReplyDelete
  9. ni email saya

    nooryati_71@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Hi,cikgu hijau,bagaimana nak jadi member blog hijau? emel saya : vanitha04021982@gmail.com. saya seorang guru pemulihan khas di sjkt kinta valley,bt gajah,perak.terima kasih.

    ReplyDelete
  11. salam sejahtera cikgu hijau mohon email kepada saya modul protim email:josephine991@hotmail.com

    ReplyDelete
  12. CIKGU CAMNE NAK PRINTTIMETABELE TU ..DIA KLUAR PLEASE REGISTER,......INI NO SAYA PLEASE CALL.....0195790101

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free Unlimited Trial

      Without registration, this program operates as a demo version. The demo version has all functions of the full version; except exports to HTML and Excel, and printed pages contain a watermark.

      Sepatutnya cikgu bleh print-out jadual, cuma ia ada watermark. Saya pernah cuba guna yg free trial tahun lepas dan bleh print-out. Tahun ini saya tak guna lagi yang free trial, jadi minta maaf, saya pun tak pasti kenapa ia tak bleh print.

      Delete
    2. cikgu hijau sy KPLI ambilan jun 2009 pemulihan khas kampus KBM...kita sebatch kah??

      Delete
  13. assallamualaikum cikgu,

    saya intanmaria, ibu kepada 3 orang anak. boleh saya tahu terms pemulihan di sekolah kebangsaan?

    ini email saya - intanmariaahmad@ymail.com

    terima kasih cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Maaf Puan Maria, lambat balas. Program/kelas pemulihan khas diwujudkan untuk murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) bagi subjek BM dan Matematik di sekolah kebangsaan. Di kelas pemulihan khas, murid-murid pemulihan khas akan diajar oleh seorang guru Pemulihan Khas yang terlatih.

      Delete
  14. Assalam. Cikgu Hijau. Selamat Berkenalan.

    ReplyDelete
  15. Cikgu Hijau, pernah kenal dengan mana-mana guru cemerlang pemulihan? Saya sangat bekeperluan untuk menghubungi mereka tetapi tiada info. Jika sudi membantu...syukran.

    ReplyDelete
  16. Tahniah dan syabas kpd cikgu Hijau!

    ReplyDelete
  17. As slm cikgu hijau...selamat berkenalan...mcm mn sy nk follow blog cikgu...ini merupakan pengalaman baru bg sy utk mgajar ank yg baru melangkah masuk ke sekolah rendah....harap cikgu dpt membantu.

    ReplyDelete
  18. Asslamualaikum cikgu..terima kasih atas usaha cikgu maka tertubuhny blog yg sangat2 membantu ni..saya banyak belajar dr blog cikgu..utk

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum cikggu bolehtak cikgu hantarkan contoh soalan pt3 dan format pt3 2015

    ReplyDelete
  20. terima kasih banyak2 cikgu hijau atas segala maklumat dan panduan yg diberikan. blog ini sgt2 dpt membantu saya dalam menjalani tugas sbgai guru pemulihan khas yang bukan opsyen...terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  21. Thanks for the useful information, Cikgu Hijau.

    ReplyDelete