Showing posts with label PROTIM. Show all posts
Showing posts with label PROTIM. Show all posts

[DOWNLOAD] Buku Panduan Pengajaran & Pembelajaran MATEMATIK Program Pemulihan Khas

Buku panduan PdP Matematik ini sesuai digunakan oleh guru pemulihan khas sebagai garis panduan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan khas. Ia juga boleh digunakan sebagai RPT di samping membantu GPM dalam penyediaan RPH.

Buku panduan ini diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM pada tahun 2012.

Di sini saya ingin kongsikan soft copy buku panduan ini dalam dua format. Format pertama adalah .pdf manakala format kedua adalah .doc.

Untuk muat turun fail, sila klik pada pautan berikut:
  1. Format PDF (.pdf)
  2. Format MS Word (.doc)
Kulit muka depan

Tajuk Kemahiran/Isi kandungan


1.

Pranombor



2.

Konsep Nombor



3.

Nombor 1 Hingga 9



4.

Nombor 0 Dan 10



5.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10



6.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10



7.

Nombor 11 – 50



8.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 18



9.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 18



10.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula



11.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula



12.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula



13.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula




14.
Nombor 51 Hingga 99


15.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula



16.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula



17.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula



18.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula



19.

Operasi Darab



20.

Operasi Bahagi Hingga 45 ÷ 5



21.

Wang Hingga RM10



22.

Masa Dan Waktu




[DOWNLOAD] Modul PROTiM Bahasa Melayu untuk Kegunaan Guru dan Murid

Modul PROTiM bagi kemahiran membaca dan menulis yang ingin saya kongsikan ini adalah terbitan tahun 2007 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Untuk mendapatkan modul ini sila berikan e-mail anda di ruangan komen di bawah.




Cover Modul Guru


Cover Modul Murid


Dapatan hasil taklimat penyelarasan PROTiM membaca dan menulis (Literasi) peringkat PPD

Beberapa hari yang lepas saya telah menghadiri taklimat penyelarasan PROTiM membaca dan menulis (Literasi) di PPD. Antara perkara yang telah diselaraskan adalah tentang penulisan RPH dan refleksi, PdP dalam kelas dan program/aktiviti PROTiM. Penyelarasan ini juga boleh diaplikasikan untuk PROTiM Matematik.


Penulisan RPH 
  • Objektif - sekurang-kurangnya 2 (murid BIASA & PROTiM)
  • Contoh objektif -
          Pada akhir PdP, murid dapat:
          a) menyampaikan maklumat penting tentang sesuatu perkara (murid BIASA)
          b) menyatakan jenis-jenis ayat dengan betul (murid BIASA)
          c) menulis jenis-jenis ayat dengan betul (murid PROTiM)


Penulisan Refleksi/impak (merujuk kepada objektif di atas)

a) 12 daripada 25 murid gagal menyampaikan maklumat penting tentang sesuatu perkara. Murid                        berikut telah diberikan latihan tambahan. (BIASA)

b) 5 daripada 25 murid gagal  menyatakan jenis-jenis ayat dengan betul . Murid berikut telah diberikan            latihan tambahan. (BIASA)

c) 1 daripada 5 murid gagal menulis jenis-jenis ayat dengan betul . Murid berikut telah diberikan latihan             tambahan. (PROTiM)




PdP dalam kelas
  • Berfokus - murid BIASA dan PROTiM
  • Aktiviti/pendekatan/teknik yang berbeza
  • Latihan berbeza mengikut tahap

Program/Aktiviti PROTiM 
  • Perlu ada program khusus/khas yang memberi impak berpanjangan. Contohnya kelas pemulihan PROTiM.
  • Sekurang-kurangnya satu program
  • Ada kertas kerja - 1 helai/mukasurat - nyatakan tujuan/kos/pelaksanaan
  • Laporan akhir program - ada gambar dan impak
  • Aktiviti/keputusan ujian dimaklumkan dalam mesyuarat pengurusan atau kurikulum 
  • Perlu diminitkan - sekurang-kurangnya diperingkat mesyuarat panitia atau jawatankuasa PROTiM
  • Tanggungjawab penyelaras PROTiM


Pemantauan Pelaksanaan PROTIM 2013

Pagi tadi saya sekali lagi mendapat surat 'cinta' daripada PPD.  Pada hari sebelumnya saya mendapat 'call' daripada GB. Semuanya tentang pemantauan pelaksanaan PROTIM bagi tahun ini. GB memaklumkan pegawai PPD akan datang memantau pada hari Isnin, 15 Julai 2013 ini. (Lusa ler tu...)


Saya sudah maklum tentang perkara ini pada hari Khamis lagi, tetapi kerana belum mendapat apa-apa surat secara rasmi, maka saya 'buat-buat tak tahu' sahajalah.




Di dalam surat tersebut dinyatakan pihak sekolah perlu melengkapkan fail-fail yang berkaitan. Pihak sekolah di sini bermaksud Penyelaras PROTIM (sayalah tu...)


Saya telah pun hampir 95% siap mengemaskini fail-fail PROTIM.


Senarai semak pemantauan yang saya sediakan adalah sama seperti senarai semak Pemantauan Pelaksanaan PROTIM 2012.

  1. Fail rasmi -surat menyurat, pekeliling, surat pelantikan
  2. Fail Induk - carta organisasi jawatankuasa PROTIM sekolah, jadual waktu guru-guru PROTIM, minit mesyuarat yang berkaitan dengan PROTIM, laporan program/aktviti
  3. Fail data/keputusan ujian - borang 1, 2 dan 3
  4. Koleksi soalan ujian PROTIM- praujian, pascaujian
  5. Modul PROTIM
  6. Panduan guru

Harap segalanya berjalan dengan lancar. Amin.

[DOWNLOAD] Modul Kemahiran Asas Mengira PROTIM / Modul PROTIM Matematik

Di sini saya ingin kongsikan modul PROTIM Matematik atau Modul Kemahiran Asas Mengira PROTIM. Modul ini adalah untuk kegunaan murid-murid tahap 2 yang masih belum menguasai asas mengira dalam Matematik. Modul ini merupakan edisi ke-3 cetakan tahun 2013 yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan softcopy, sila tinggalkan alamat email anda di ruangan komen.

Modul PROTIM Matematik Edisi ke-3, 2013

[DOWNLOAD] Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah

Set Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah ini disediakan oleh Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan bahan sokongan untuk guru-guru Pemulihan Khas dalam membantu murid tahun 4, 5 dan 6 yang masih belum menguasai kemahiran asas mengira. Set instrumen IKAM ini mengandungi 152 muka surat. 

Set IKAM ini mengandungi:

1) Instrumen Saringan 
- dilaksanakan pada awal tahun
- diuji kepada murid yang dikenalpasti masih tidak menguasai kemahiran mengira
- melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
- ditadbir oleh guru pemulihan atau guru guru mata pelajaran
- soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor, nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

2) Instrumen Pelepasan Tahap 1

- sebagai latihan kepada murid
 - soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor, nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah.

3) Instrumen Pelepasan Tahap 2
-  dilaksanakan pada  3X setahun iaitu pada Januari, Jun dan Oktober
- diuji kepada murid untuk tujuan pelepasan murid ke kelas perdana.
- diuji selepas murid selesai belajar operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
- sekiranya murid tidak lulus, murid dikira belum menguasai dan perlu mengulangi semula PdP
- murid yang lulus boleh kembali ke kelas arus perdana.
- tajuk diuji terdiri daripada operasi tambah, tolak, darab, bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah.

4) Borang Rekod Saringan dan Pelepasan



Klik link berikut untuk muat turun:

DOWNLOAD Set IKAM Sekolah Rendah


Kredit: Cikgu Mat Zaidi bin Dahlan

Pemantauan PROTIM 2012

Selesai sudah! Alhamdulillah.



Pagi tadi saya didatangi pegawai PPD untuk memantau pelaksanaan PROTIM. Sepatutnya sekolah saya dipantau sebelum puasa hari itu, tapi setelah dua kali tertunda, akhirnya hari ini bertemu jua. 

Antara perkara-perkara yang dipantau semestinya fail-fail berkaitan dengan PROTIM iaitu:

  • Fail rasmi - surat drp atau kepada PPD/JPN, surat pekeliling, surat pelantikan rasmi 
  • Fail induk - carta organisasi JK, jadual waktu guru2 PROTIM, minit mesyuarat, data murid, laporan aktiviti, soalan2 ujian praujian/pascaujian, modul P&P untuk guru dan murid.

Pemantau ada bertanya tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid PROTIM seperti kelas tambahan. Beliau juga bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru PROTIM. 

Saya bertanya tentang peranan GPK dalam program PROTIM ini, kerana awal tahun ini saya dimaklumkan GPK akan terlibat secara langsung dalam P&P (mengajar murid2 PROTIM). Pemantau mengatakan inilah pertama kali beliau mendengar tentang hal ini. Dalam pengetahuannya, guru yang mengajar PROTIM adalah guru mata pelajaran (BM & MT) bagi kelas yang terlibat. 

Ini adalah kali kedua saya terlibat dalam pemantauan selepas pemantauan KSSR/PBS. 

Pascaujian PROTIM bagi Kemahiran Membaca dan Menulis Tahun 4, 5 dan 6 2012


Surat bertarikh 8.8.2012 tentang pelaksanaan pascaujian PROTIM bagi kemahiran membaca dan mengira tahun 4,5 dan 6 saya terima semalam iaitu 9.8.2012 bersamaan hari Khamis.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pascaujian PROTIM tahun 4, 5 dan 6 bagi kemahiran membaca dan menulis akan dilaksanakan serentak di semua sekolah rendah dari 9 hingga 13 Ogos 2012. Analisis data keputusan pascaujian hendaklah diserahkan kepada PPD sebelum atau pada  14 Ogos 2012. Soalan pascaujian dan maklumat tentang PROTIM boleh dimuat turun di http://www.moe.gov.my/bpk/v2/

Wah! Hari ini saya terima surat arahan, hari ini juga saya kena laksanakan ujian tapi hari pun sudah tengahari, sudah tidak sempat. Maknanya saya cuma ada Jumaat dan Isnin untuk laksanakan ujian dan lengkapkan analisis data. Data pula perlu dihantar ke PPD pada hari Selasa.

Kerja-kerja seperti ini terpaksa saya bawa pulang ke rumah!

Minggu LINUS dan PROTIM


Minggu ini sekolah saya sibuk dengan aktiviti ujian saringan LINUS dan praujian PROTIM tahun 4, 5 dan 6. Ujian saringan khas LINUS sudah pun dijalankan dengan jayanya, cuma murid sahaja yang tidak berjaya menjawab ke semua 20 soalan dengan betul. Sekolah saya cuma ada 2 kelas sahaja. Satu kelas untuk murid-murid pandai dan satu lagi kelas sebaliknya.

Hampir separuh daripada murid-murid kelas kurang pandai gagal menjawab semua soalan dengan betul. Kebanyakkannya salah dibahagian mengisi tempat kosong dan membina 3 ayat berpandukan gambar.

Berita gembira, 2 orang murid pemulihan berjaya menjawab ke semua soalan dengan BETUL. Saya andaikan 3 orang murid-murid saya lulus ujian saringan ini, namun salah seorang tidak hadir pula hari ini.

Saya merasa sedikit terkilan dengan beberapa aksi rakan-rakan sejawatan saya yang cuba membantu murid-murid menjawab soalan tadi. Kalau hanya nak membantu saya kira masih boleh berkompromi, tapi kalau tolong ejakan perkataan, itu bukan membantu namanya, itu sudah dikira memberikan jawapan. Mungkin rakan saya itu terlalu "takut" sekiranya murid tidak melepasi ujian saringan khas ini.

Pada saya, biarkan murid menjawab soalan mengikut kemampuan masing-masing. Sekiranya budaya spoon feed ini terus diamalkan, maka murid akan malas berfikir dan malas mencari jawapan. Mereka akan anggap peperiksaan itu sama seperti mereka membuat latihan di kelas. Semasa membuat latihan, mereka boleh meniru jawapan kawan, mereka boleh berbincang dengan kawan, mereka boleh bertanyakan guru "bayangan" jawapan atau pun guru terus memberikan jawapan (lagi parah).

Jadi apa guna kita menjalankan ujian dan peperiksaan?

Wujudkah ketelusan dan kejujuran semasa kita MENGUJI kemampuan murid-murid? Muridkah keutamaan kita atau diri kita sendiri atau peratus KPI?

Ada ketikanya kita boleh membantu, ada ketikanya kita perlu mendidik mereka belajar cara berfikir!!!


Latar Belakang Program Pemulihan Khas


Catatan Nota

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak tahun 1960an untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).


LATARBELAKANG

1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan strategi “Withdrawal System.”

1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “Pendidikan Imbuhan” bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas / mata pelajaran.

1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR.
1998 - Program Intervensi 3M.
2000 - “Multiple Intelligence”


Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 : (PERAKUAN 5)

“ Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu ”


PEMULIHAN DALAM KBSR
 
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas.

Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.

Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakan withdrawal system.


1) Pemulihan Dalam Kelas

Pemulihan KBSR
- dalam kelas biasa
- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M ( telah digantikan dengan program LINUS)
- oleh BPK
- bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)
- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan
- gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya

PROTIM
- program pemulihan 3M tahap 2
- membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M
- tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR
- gagal praujian - murid PROTIM
- BM dan Matematik

2) Program Pemulihan Khas

- Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)
- murid yang dikenalpasti melalui ujian saringan
- ke kelas pemulihan pada waktu tertentu sahaja (BM dan Matematik)
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan
- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas khas secara sepenuh masa
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai kemahiran asas 3M


PEMULIHAN DALAM KSSR
 
Program LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi murid tahap 1 mula diperkenalkan pada tahun 2010. Matlamat Program LINUS ialah semua murid kecuali murid berkeperluan khas menguasai asas literasi dan numerasi setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 di akhir tahun 2012.


Program Tiga M (PROTIM)

PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan satu program khas bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan. Program tersebut dinamakan PROTIM.

PROTIM
Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah.

Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan. Soalan disediakan bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.