Hasil Pemantauan Program Pemulihan Khas 2013

Alhamdulillah...lega rasanya setelah pemantauan selesai. Walaupun selepas ini saya perlu memberikan maklum balas terhadap beberapa penambahbaikan dan teguran semasa pemantauan pada 7.2.2013 yang lalu, tapi saya rasa ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pegawai PPD yang datang membuat pemantauan kerana ia banyak membantu saya dalam aspek pengurusan kelas pemulihan khas supaya ia diurus dengan lebih baik.



Pemantauan kali ini adalah lebih kepada pemantauan fizikal bilik dan pengurusan kelas pemulihan khas. Di antara aspek-aspek yang dipantau adalah seperti berikut:

Aspek Pengurusan
  • Nama kelas
  • Moto
  • Carta organisasi
  • Peraturan bilik
  • Pelan Bilik
  • Jadual penggunaan bilik/ Jadual waktu
  • Sudut mata pelajaran
  • Rekod buku pelawat

Aspek Keceriaan & Kebersihan kelas
  • Susun atur perabot
  • Susun atur peralatan/bahan
  • Sudut pembelajaran
  • Cogan kata
  • Skim warna/ hiasan/lain-lain
  • Kebersihan 
  • Bakul sampah

Aspek Pengurusan Fail
  • Ahli jawatankuasa
  • Individu murid
  • Perancangan program
  • Data murid/prestasi murid

Lain-lain aspek

  • Inventori 
  • Keselamatan 
  • Bahan pengajaran dan pembelajaran.




Terima Kasih