Pembinaan Jadual Waktu Kelas dan Subjek Menggunakan Perisian aSc TimeTables

Salam sejahtera.

Cuti akhir tahun 2012 sudah pun bermula namun bagi guru yang bertanggungjawab membina dan menyusun jadual waktu kelas serta mata pelajaran, waktu cuti sekolah hampir tidak dapat dirasai sehinggalah tugas membina jadual waktu siap sepenuhnya.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai guru yang terlibat membina jadual waktu, perkara akan menjadi rumit dan amat membebankan jika tugasan diberikan dan perlu disiapkan dengan seberapa segera. Pembinaan jadual waktu akan bertambah 'memeningkan kepala' apabila terdapat perubahan di saat-saat akhir.

Pada tahun ini, saya diberikan draf agihan dan pecahan waktu mengajar guru mengikut kelas dan mata pelajaran selepas keputusan pertukaran guru dikeluarkan pada 3/11/2012 untuk memastikan tiada perubahan pada jadual berlaku. Kemudian, apabila draf dipaparkan kepada semua guru, ada dalam kalangan guru yang tidak berpuas hati dan akhirnya ia dirombak semula. Begitulah senario proses pembinaan jadual waktu yang 'memenatkan'.

Akhirnya waktu cuti sekolah menjadi waktu yang paling sesuai untuk membina jadual waktu dengan tenang dan tanpa diganggu.
 

Perisian aSc TimeTables




Dalam membina jadual waktu, pelbagai cara dan kaedah akan digunakan untuk menyusun jadual waktu kelas serta mata pelajaran supaya jaudal waktu tersebut mengikuti standard yang telah ditetapkan serta memastikan jadual waktu tersebut tidak bertembung dengan guru-guru lain dalam satu kelas yang sama. 

Ia adalah tugas yang amat rumit dan memerlukan pemerhatian serta kecekapan yang tinggi. Apatah lagi kalau jumlah guru yang sedikit dan pembahagian mata pelajaran tidak adil. Tentu amat menyulitkan.

Namun, masalah ini dapat dikurangkan dan pembinaan jadual waktu menjadi lebih terancang dan mudah dengan menggunakan perisian aSc Time Tables. Perisian ini boleh digunakan dengan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Ini akan memudahkan penguna memahami cara mengunakan perisian ini. Bagi pengguna baru, tutorial juga ada disertakan. Tutorial ini akan mengajar pengguna menggunakan perisian ini dengan betul.

Perisian aSc TimeTables boleh dimuat turun secara percuma namun mempunyai banyak kekurangan iaitu banyak fitur (features) tidak aktif. Perisian versi percuma ini sudah cukup bagi membina jadual waktu namun adalah lebih baik ia dibeli untuk mendapat perisian yang lebih lengkap.

Pembinaan Draf Jadual Waktu


Terdapat beberapa langkah awal yang perlu dilakukan secara manual. Antaranya ialah:

1. Penentuan guru-guru kelas.
 
2. Penelitian terhadap prasyarat-prasyarat khas yang ditentukan seperti di dalam pekeliling khususnya KSSR dan KBSR.
 
3. Prasyarat khusus untuk GB, GPK, Guru Penyelaras Bestari, Guru Data, Guru Perpustakaan & Media, Guru Disiplin dan yang berkaitan.
 
4. Prasyarat pembahagian susunan dan berapakah waktu single dan double.
 
5. Prasyarat dalaman seperti menggabungkan 2 kelas Pendidikan Moral menjadi 1 kelas sahaja pada waktu Pendidikan Islam.
 
6. Menentukan guru yang berpasangan, seperti guru jQAF dan Guru Pemulihan Khas.
 
7. Mentiadakan waktu PJ pada hari Isnin kerana perhimpunan rasmi.
 
8. Menjadikan kelas PJ tahap 2 serentak 3 atau 2 kelas dengan diajar oleh guru lelaki dan guru perempuan supaya memungkinkan pengasingan murid L/P jika diperlukan.
 
9. Menjadikan kelas B. Cina 1 kelas dan B. Tamil 1 kelas pada waktu serentak dengan waktu B. Arab.
 
10. Penetapan kelas ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains, bilik moral, bilik pemulihan.
 
11. Menyediakan draf induk secara manual atau dalam microsoft excell yang mengandungi:
 
  • Kolum 1: Kelas-kelas dari darjah 1 hingga 6
  • Kolum 2: Guru kelas masing-masing
  • Kolum 3: Guru-guru untuk subjek BM
  • Kolum 4: Guru-guru untuk subjek BI dan subjek-subjek seterusnya.

Pembinaan Jadual Waktu Menggunakan Perisian aSc TimeTables


1. Download aSc software di sini (free unlimited trial!). Lebih baik perisian dibeli melalui pengedar yang sah.
2. Install
3. Mulakan software
4. Semak tutorial
5. Mulakan satu jadual baru (create new)
6. Isikan data asas
7. Isikan data semua matapelajaran
8. Isikan data semua kelas
9. Isikan data semua bilik khas spt makmal, bilik media dll
10. Isikan data semua nama guru
11. Isikan data pengajaran (lessons)
12. Semak semua data mengikut peruntukan KBSR dan KSSR.
13. Uji dan jana (Test & generate)
14. Jadual pun siap. ( jadual boleh dimurnikan lagi secara manual)


Perincian Data Input


Perkara penting:
 
1. Bagaimana saya boleh menyusun data guru, kelas, matapelajaran dan bilik khas mengikut susunan abjad?
 
2. Time-off, iaitu waktu rehat guru yang boleh ditetapkan secara khusus.

Data Mata Pelajaran

 
1. Menentukan waktu: single, double atau mungkin triple period.
 
2. Menentukan sesuatu matapelajaran di Bilik Khas spt Makmal Sains.

3. Menentukan time-off bagi sesuatu mata pelajaran seperti menghalang P. Jasmani (PJ) yang tidak sesuai pada hari Isnin kerana murid diwajibkan berpakaian rasmi pada hari Isnin. Manakala P. Kesihatan dibolehkan.

Data Kelas 


1. Menentukan time- off iaitu waktu rehat kelas terutamanya perbezaan bagi tahap 1 dan tahap 2.
 
2. Menentukan Division, iaitu pembahagian murid di dalam kelas kepada beberapa kumpulan spt murid P.Islam dan Murid P.Moral, mungkin juga murid pemulihan.
 
3. Menentukan Joint kelas, iaitu penggabungan 2 division menjadi satu kelas, spt menggabungkan dua atau tiga kelas P.Moral menjadi satu kelas yang berasingan pada waktu yang sama.

Data Guru


1. Menentukan Time- off iaitu waktu rehat guru terutamanya GB, GPK dan guru tahap 1 dan 2.
 
2. Menentukan guru-guru kelas.
 
3. Menyemak jumlah waktu mengajar setiap guru dalam seminggu.
 
4. Menentukan jumlah waktu mengajar maksima guru dalam sehari supaya tidak lebih 8 waktu.
 
5. Menentukan nama ringkas guru.

53 comments:

  1. salam...mcmna nk print? ada keluar REGESTER la...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free Unlimited Trial

      Without registration, this program operates as a demo version. The demo version has all functions of the full version; except exports to HTML and Excel, and printed pages contain a watermark.

      Sepatutnya ia bleh dicetak, cuma cetakan ada watermark. Minta maaf saya pun tak pasti kenapa tak bleh print. Saya pernah guna free trial dan boleh dicetak. Tahun ini saya tak lagi guna yg free trial.

      Delete
  2. assalam nak ty mcm mane nk buat gap kt tgh2 ms guru agar tak jadi 4 masa berderet

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Setting di spesifikasi-guru-kekangan- hadkan bilangan waktu berterusan

      Delete
  3. 1 lg mcm mana cara nak ejas subjek yg sama tidak berulang pada hari yang sama... mohon tlg sy... sy amat memerlukan jawapan segera... kalau boleh wassap sy segera.. 0133591136

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cikgu. Saya bukan pakar. Saya pun masih belajar. Cikgu boleh cuba pergi ke JADUAL WAKTU-PARAMETER-PILIH PERIKSA AGIHAN.

      Delete
  4. boleh hubungi saya berkenaan dgn aSC ni......saya buat sendiri untuk sekolah saya dan alhamdulillah lancar.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak tanya....bagaimana nak setting jadual supaya seseorang cikgu tidak akan masuk sesuatu kelas lebih daripada sekali pada hari yg sama dan kelas yg sama.

      Delete
    2. sistem ini mengagihkan subjek/pelajaran secara sama rata. Contoh jika satu subjek diajar 2 kali seminggu, ia harus mempunyai 1 hari selang antara 2 waktu.

      Delete
    3. SK RENOK BARU, mcm mana hendak berhubung dengan tuan/puan? Saya pening nak menyiapkan jadual..

      Delete
  5. salam, nk tanya cmne nk buat jadual ganti bg guru yg bercuti/kursus. tq

    ReplyDelete
  6. Boleh guna Asc Subsitution.

    ReplyDelete
  7. aSc TimeTables 2014.11.3 Full. Sesiapa nak link, pm saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan...boleh bagi link perisian aSc 6g dimaksudkan...tq..

      Delete
    2. as salam en zulkifli...boleh bg sy link timetable tu....tq. lyysa79@yahoo.com

      Delete
    3. As salam. Bleh tlg email link negosmartbiz@gmail.com tq

      Delete
    4. Saya pun nak jasa baik cgu.
      jamilsam@gmail.com

      Delete
    5. mohon jasa baik cikgu email sy di mmuzamil2@gmail.com

      Delete
    6. mohon jasa baik cikgu email sy di mmuzamil2@gmail.com

      Delete
    7. Boleh saya dapatkan link tersebut.. Terima kasih.
      world_of_shri08@hotmail.com

      Delete
    8. mohon jasa baik dari cikgu...
      goku_smile84@yahoo.com

      Delete
    9. Juga sy memerlukan... Mohon jasa baik
      anaxkuznetsova@gmail.Com

      Delete
    10. sy nk juga link untk acs time table ni..cikgunuraini@yahoo.com..tq ckgu

      Delete
    11. sy nk juga link untk acs time table ni..cikgunuraini@yahoo.com..tq ckgu

      Delete
    12. Assalam mohon share link acs t.table tuan...tq
      jamshari9119@gmail.com

      Delete
    13. Assalam. Sy nak juga link asc timetable. miss_balqis101188@ymail.com

      Delete
    14. Assalam tn zulkifli..mohon email free asc timetable yg bleh print..tqvm
      Jamshari9119@gmail.com

      Delete
    15. Salam. Mohon emailkan juga pd sy, aurorashira@gmail.com. TQ

      Delete
    16. Salam Cikgu..mohon izin,saya nak minta link asc cikgu
      syafiqsyamela@gmail.com

      Delete
    17. tuan...sy nak la try jadual tu.
      email saya topbiz75@gmail.com
      terima kasih

      Delete
    18. Saya juga nak.... nesh5678@gmail.com

      Delete
    19. Assalam tn..sya nak juga..bleh email d nurzehansuhaimi@gmail.com..tma ksih

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas info.. Saya pelajar semester 6 ISMP Tek. Maklumat di UPSI, insyaAllah saya dalam proses membuat sistem auto-generate jadual bagi guru ganti di sekolah dan convert juga ke dalam bentuk aplikasi untuk semua guru dan penyelaras jadual waktu. Saya tengah cari info pasal software/sistem berkaitan pengurusan jadual waktu di sekolah. Saya ambil info2 ni yee.. terima kasih dan doakan saya untuk projek tahun akhir saya ni berjaya yee.. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. mohon email pd sy di mmuzamil2@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, perisian ini perlu dibeli. Ia dlm bentuk CD

      Delete
  11. Cikgu..mcm mn nk setkan supaya subjek yg sama tidak berulang Dlm kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. select subject > contraints > kat bahagian card distribution over week

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Boleh bagi tutorial untuk buat jadual guru ganti. Saya amat memerlukan nya.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Mohon email kpd sy afidahrahim@yahoo.com.

    Ade sesiapa yg ade keygen utk versi 2016? Mohon bantuan. W/a 0127554000

    ReplyDelete
  15. Mcmna daptkan no registernya tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf perisian ini adalah berlesen, jadi mohon dibeli dengan pengedar yang sah atau secara atas talian (online).

      Delete
  16. Cikgu..macamana nak elakkan subjek diulang 2x dalam hari yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. select subject > contraints > kat bahagian card distribution over week

      Delete
  17. Assalamualaikum, tolong email program asc
    arisal_66@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, maaf perisian ini adalah berlesen, jadi mohon dibeli dengan pengedar yang sah atau secara atas talian (online).

      Delete
  18. Macamner saya nk beli perisian dgn pengedar yg sah.. Bpe rm?
    Email saya zahrizan. 77@gmail.com

    ReplyDelete