Kenapa Blog Kisah Liyana Ditutup???






RUGILAH Ceyana_Adnan atau Cik Liyana Adnan removed/ delete blognya... Walaupun blog sudah ditutup pada 1 September 2012 yang lepas, 'traffic' blog mencurah-curah macam air hujan. Setiap 1 saat, ada sahaja pelawat singgah ke bekas tapak kaki blog KISAH LIYANA (BKL) ini. 

Tidak percaya? Cuba lihat di Feedjit Live ini. 

Wow! Rugi la dia tutup. Kenapa dia tutup?

Ini jawapannya;

ceyana_adnan September 1, 2012 11:12 AM 

assalamualaikum...saje je nak menjengah sini..terima kasih la cikgu..kalau cikgu tak menegur, sampai bila-bila saya ingat cikgu-cikgu macam tu. 

semua orang nak tengok saya mengaku salah. ok la, saya mengaku saya salah. tanpa guru sipalah saya pada hari ini. mungkin disebabkan kurangnya pendidikan sivik, saya menjadi overlook untuk certain2 perkara. 

saya telah pun menutup blog saya secara rasmi pada pagi tadi. 

kepada yang mencari entry saya tu, silalah cari lagi..ade hamba allah yang dah copy entry saya.and ada yang dah print screen. saya tahu, ramai yang akan terus mengutuk saya dibahagian komen di bawah ini.

silakan. saya terima seadanya.
terima kasih. asslamualaikum. saya minta maaf.

ceyana_adnan September 1, 2012 1:05 PM   

saya seorang perempuan. saya malu dihina sebegitu. itu sebabnya saya menutup blog tersebut. itulah sebab utama kenapa saya sangat berterima kasih dengan blog encik izzul yang berjaya menyedarkan saya. memang agak sinikal. tapi sesuailah dibalas untuk blog saya yang bodoh dan sinikal itu. 

sekali lagi terima kasih di ucapkan. 

mengenai meminta maaf secara terbuka, saya dah buat. sebnayak dua entry.
1-saya minta maaf 
2-assalamualaikum..saya minta maaf.

kedua-duanya menunjukkan result yang sama. saya tetap dikeji. oleh itu, saya menutup blog tersebut, supa saya tak buat dosa,orang lain pun tak buat dosa. 

yang berdoa buruk-buruk untuk saya, itu antara doa dia dengan ALLAH. saya pun ada hak untuk berdoa dan saya rasa doa anak yatim piatu lebih mustajab bukan? 

bukan meraih simpati, tapi sebagai peringatan, saya juga boleh berdoa yang buruk2 kepada orang sekeliling saya. saya merasakan saya teraniaya, kerana..entry saya telah disalah ertikan dan dimanipulasikan. 

saya boleh menulis lebih lanjut, apakah tujuan dan sebab saya menulis entry tersebut, tapi sekiranya saya menulis, orang akan kata-ala, cari alasan dan beserta kata-kata@#$%^&*... 

sekali lagi, saya minta maaf dan saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi. 

berdasarkan komen-komen yang saya baca, diharap para guru dapat menulis dengan lebih rasional. pengajaran yang saya dapat-blog adalah tempat orang membaca, salah tulis...binasalah kita. saya dan kawan-kawan saya agak terkejut apabila membaca bahagian komen di blog saudara. kami assume, most of the commenter adalah guru. 

Hrrmm.... panjang lebar respon Cik Liyana ini apabila diminta oleh guru-guru supaya membuat kenyataan maaf secara terbuka sehingga ada kalangan guru yang ingin menyaman malu Cik Liyana Adnan.

Kalau anda seorang yang rajin membaca, 'links'di bawah ini boleh dibaca untuk maklumat yang lebih 'details'. Kebanyakan respon dan jawapan balas ditulis oleh guru dan juga bakal guru. Ramai juga guru yang ada blog peribadi dan menulis tentang hal-hal peribadi. Ini bermakna ramai guru yang celik IT.




Yang ini pun UNTUNG juga! (Selingan manja)


Bagaimana kisah Untung laa sape jadi cikgu ini bermula?  

Saya terbaca tentang entri ini yang di 'share' di Facebook Page Kelab Guru Malaysia dan 'group ' Kumpulan Guru Malaysia pada hari minggu yang lalu padahal entri ini ditulis sudah agak lama iaitu pada 28 November 2011. Hampir setahun yang lalu. Jumlah komen untuk entri ini juga kurang daripada 10 komen.  

Selepas entri itu di'posting' di Facebook, ramai guru-guru dan juga bukan guru memberi komen. Saya tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya yang  'share' URL entri Untung laa sape jadi cikgu itu. Saya tidak tahu. Rasa hendak tahu tapi biarkanlah.


Di sini saya abadikan entri peninggalan blog Kisah Liyana yg meruntun, mengguris dan mencalar maruah dan hati para guru 1 Malaysia: Blog Kisah Liyana: Untung laa sape jadi cikgu.

Tapi kenapa perasaan saya tidak berapa terguris sangat selepas membaca entri tersebut? Ermm....musykil saya. Ada bahagian-bahagian tertentu sahaja di dalam entri itu yang membuatkan saya terkecil hati .

'Update' blog - sebab saya memang ada blog. Kadang-kadang, saya 'online' kerana saya menggunakan isi kandungan blog saya dan blog guru-guru lain semasa mengajar. Blog banyak membantu guru seperti saya menyimpan bahan dan maklumat yang berkaitan dengan tugas selain boleh berkongsi dengan guru lain. 

Semuanya terpulang kepada kita untuk memanfaatkan teknologi yang sentiasa berkembang ini. Ramai pemimpin-pemimpin negara termasuk Perdana Menteri kita mempunyai akaun Facebook, laman web, blog, malah akaun twitter beliau sendiri. Inikan pula guru yang terlibat secara langsung dalam penyebaran ilmu.

Walaupun Cik Liyana Adnan ini telah mengata, mengutuk, menghina dan memperlekehkan keintelektualan guru, saya rasa tidak berbaloi untuk saya memaki hamun beliau. Saya banyak membaca respon dan komen balas cikgu-cikgu lain di blog dan juga Facebook. Ada komen yang kurang berhemah, malah tiada hemah langsung pun ada. Namun ramai juga guru memberikan komen yang bernas dan rasional.


Kenapa saya rasa tidak berbaloi memaki hamun Cik Liyana?

Pada fikiran saya, entri tersebut cuma luahan hati seorang manusia biasa yang mungkin ingin meluahkan 'sesuatu' yang terbuku dalam hati tapi tersalah pilih tempat, tersalah bahasa dan tersasul bicara. Sudah menjadi lumrah manusia, menasihati orang lain supaya bersyukur tetapi sebenarnya diri sendiri yang tidak bersyukur. Menegur orang lain supaya menjadi yang terbaik tetapi diri sendiri menunjukkan sikap buruk.  

Ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

Pengajaran kepada 'blogger' seperti saya, hati-hati bila menaip kata-kata. Pastikan entri yang kita tulis akan memberi manfaat walaupun tidak banyak.

Bak kata pepatah Melayu yang akan saya rosakkan ini:

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tulis entri blog, BURUK PADAHNYA". 

" Kerana pulut santan binasa, kerana entri blog, CIK LIYANA ADNAN binasa".


 Wallahualam.


Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...

9 comments:

  1. assalamualaikum,
    saya liyana adnan yang cikgu maksudkan diblog ini. terima kasih saya ucapkan kerana turut menulis mengenai saya. sesungguhnya, saya memohon maaf dengan apa yang berlaku.

    disini, saya back-link kan entry kenyataan maaf saya yang terbaru.

    http://cikyanaadnan.blogspot.com/

    terima kasih. assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Permohonan maaf anda telah diterima.

      Delete
  2. assalamualaikum. cikgu. utk pengetahuan cikgu saya ade baca kedua2 entry maaf ceyana ni. fine. dia dah mintak maaf. namun. jika kita baca kenyataan maafnya tu. seakan-akan dia tidak bersalah malah dia yang dilihat seperti teraniaya. masih ego. sebab tulah para guru kat malaysia ni ngamuk seakan. tapi dear ceyana. saya ok je. saya maafkan ko lah.

    p/s : cikgu hijau mana jumpa entry lama saya tu? wakaka. saya pun buat reply entry untuk ceyana :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bior la dia cik kiwi....

      tapi rasa-rasa dia hidup aman bahagia tak??? emmm...itulah balasan didunia yg dia dah terima...MD pun rasa mcm nak muntah dah cakap pasal dia tu...sampai blog MD pulak kena hentam kat readers yg sama spesis mcm dia....adeiihh...pedih..tapi redha je laaa....

      untuk maklumat bukan stakat cikgu/cikgi....semua org tak puas hati ngan statement di tu...(harus diingatkan..anak/cucu/suami/isteri/bekas guru/bakal guru...dan semua profesion tak puas hati..ermmm...cemana tu nak minta maaf?)

      ****errr...ceyana adnan xmo mintak maaf kat blog MD ker??? bior cool sikit readers MD....tapi kalo nak buat youtube lagi bagus....glemer woooo...mcm oppah cute gangnam style..

      heh

      Delete
    2. haha..ade yang buat ceyana gangnam style pulak..

      ape pun sentiasa beringat semua.

      Delete
    3. Cik Kiwi's. Entri tu encik Google yg bagi. Keyword - untung.

      Delete
    4. haha. tq encik google. :)

      Delete
  3. Cik Liyana ni kalau nak bagi semua guru yg dah berkecil hati dapat memaafkan dia, caranya dia kena buat permohonan maaf secara terbuka, macam buat SIDANG AKHBAR ke, tulis kat surat khabar ke, buat VIDEO dan upload kat YouTube ke ( macam kes NUR AMALINA...

    Amacam, ada berani?

    ReplyDelete
  4. betul tu cikgu...kita tak patut mengeji dia...mmg kita marah dgn tindakan dia...tapi, setiap manusia ada kslahan masing2...sy pun maafkan dia..smoga dia d beri kekuatan utk bhdpn dgn masyrakat..:)

    ReplyDelete

Aktiviti dan Program Sekolah (12) aSc Timetables (1) Autisma (1) Bacaan Bergred (4) Bahan Bantu Mengajar (10) bajet (1) Bajet 2013 (2) BBB (24) BBM (24) BCH (2) Berita (14) blog (1) bonus (3) Buku (10) Buku Prabacaan (4) Cabaran Guru Pemulihan Khas (3) Cuti Sekolah (12) Cuti Umum (4) Dato' Lee Chong Wei (1) Didik Hibur (1) Disleksia (4) Download (28) Ejaan (1) Ekonomi Token (2) Elaun (1) Gaji (1) Garis Panduan (12) Guru Mentor (2) Guru Pemulihan Khas (9) Hari Guru (5) ICT (9) Isu Semasa (1) Isu-Isu Pendidikan (22) Jadual Waktu (2) Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas (2) Kad Imbasan (9) Kad Imbasan Perkataan (9) Kad Perkataan (8) Kad Suku Kata (1) Kaedah Bunyi Huruf/Fonik (1) Kaedah Kawalan Vokal Bersruktur (1) Kaedah Pengajaran (6) Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca (4) Kajian Tindakan (2) Kalendar (4) Kalendar Persekolahan (3) Kemahiran Membaca (10) Kemahiran Mengeja (3) Kemahiran Menulis (2) Kerjaya Guru (15) Kidzania Kuala Lumpur (1) KISSM (1) KSSR (4) Kursus (7) Lagu (7) Lagu Abjad (2) LBI (1) Lee Chong Wei (2) Lembaran Kerja (5) LINUS (16) Masalah Pembelajaran (7) Masalah Pembelajaran Spesifik (2) Modul (3) Motivasi (9) Murid Pemulihan Khas (3) Pandu Puteri Tunas (6) Panduan (22) PBS (5) Pekeliling (8) Pembinaan Jadual Waktu (1) Pemulihan Khas (50) Pendekatan Mengajar (2) Pendidikan Khas (19) Pengajaran dan Pembelajaran (3) Pengurusan Kelas Pemulihan Khas (3) Pengurusan Tingkahlaku (8) Penjawat Awam (11) Penyelidikan (2) Permohonan (2) PPGB (2) PPPM (2) Prasekolah (4) Program Pembangunan Guru Baharu (2) PROTIM (11) SBP (1) SBPA (17) SKBBSD (1) Slow Learner (4) SPPBS (7) Sukan Olimpik London (2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...