Lembaran Kerja Perkataan KVKV Vokal A

Lembaran kerja perkataan KVKV ini terbahagi dua. Pertama, mempunyai pilihan jawapan, manakala yang kedua tiada pilihan jawapan. Antara perkataan yang diuji ialah mata, mama, nama, lada, bapa, kala, bata, baca, kaca, kata, kaya, raja, rama-rama, jala (14 perkataan).

Mula-mula saya akan beri kepada murid lembaran kerja yang mempunyai pilihan jawapan. Murid akan mengisi petak kosong berdasarkan jawapan yang diberi. Jikalau murid dapat menjawab hampir ke semua soalan dengan betul, barulah saya akan memberikan mereka bahagian yang kedua yang tidak mempunyai pilihan jawapan. Jika tidak, murid akan mengulangi menjawab lembaran kerja yang sama sehinggalah jawapan mereka betul sekurang-kurangnya 12 perkataan.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi ingatan murid-murid selain daripada memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan KVKV yang berkaitan.

Latihan ini diberikan selepas P&P dijalankan dan semasa menjalankan ujian tahap penguasaan.

Berdasarkan pemerhatian dan rekod, murid LINUS saya seramai 6 orang dapat jawab semua soalan dengan betul sekiranya soalan mempunyai pilihan jawapan. 

Terima kasih daun keladi

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...