Pengantar Pendidikan Khas - BUKU

Pengantar Pendidikan Kha
Siapakah yang dikategorikan sebagai murid-murid berkeperluan khas? Siapakah pula yang memerlukan pendidikan khas? Anda akan temui jawapannya di dalam buku ini.

Perbincangan, kupasan dan huraian secara mendalam bagi setiap kategori murid-murid istimewa diolah di dalam buku ini dengan menggunakan ayat yang mudah, berbantukan statistik dan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman pembaca. Aspek etiologi, ciri, punca dan sebab berlaku atau lahirnya anak-anak istimewa ini juga dibincangkan.

Turut dibincangkan ialah identifikasi awal dan cadangan teknik atau pendekatan untuk berhadapan dengan golongan seumpama ini. Buku ini diolah mengikut sukatan pelajaran universiti dan maktab perguruan tempatan. Justeru ia sangat berguna sebagai bahan rujukan serta teks wajib bagi semua warga pendidik dan pensyarah yang berkecimpung dalam bidang pendidikan khas.

Walau bagaimanapun, pendekatan yang ringkas menjadikan buku ini juga sesuai dijadikan sebagai panduan ibu bapa dan harus dimiliki oleh semua golongan masyarakat di luar sana yang prihatin untuk lebih memahami golongan istimewa ini.

Buku Pengantar Pendidikan Khas ini ditulis oleh Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad dan diterbitkan oleh Penerbit USM Pulau Pinang pada tahun 2011. Ia dijual pada harga RM69.00. Ia mempunyai 305 halaman bercetak hitam dan putih.


Isi Kandungan/Bab:

Bab 1 - Sejarah dan perkembangan Pendidikan Khas
Bab 2 - Murid-Murid Pemulihan Khas
Bab 3 - Murid-Murid Bermasalah Penglihatan
Bab 4 - Murid-Murid Bermasalah Pendengaran
Bab 5 - Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran (Disleksia)
Bab 6 - Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran (Hiperaktif - ADHD)
Bab 7 - Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran (Sindrown Down)
Bab 8 - Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran (Autisme)
Bab 9 - Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran (Kerencatan Mental)
Bab 10 - Ketidakupayaan Fizikal
Bab 11 - Murid Pintar Cerdas dan Berbakat


Walaupun buku ini hanya menyentuh satu bab sahaja berkaitan dengan Pemulihan Khas, namun  saya rasa bab-bab yang lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khas berguna juga untuk guru Pemulihan Khas.


Sumber daripada: http://bukumalaysia.com/

Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...

No comments:

Post a Comment

Aktiviti dan Program Sekolah (12) aSc Timetables (1) Autisma (1) Bacaan Bergred (4) Bahan Bantu Mengajar (10) bajet (1) Bajet 2013 (2) BBB (24) BBM (24) BCH (2) Berita (14) blog (1) bonus (3) Buku (10) Buku Prabacaan (4) Cabaran Guru Pemulihan Khas (3) Cuti Sekolah (12) Cuti Umum (4) Dato' Lee Chong Wei (1) Didik Hibur (1) Disleksia (4) Download (28) Ejaan (1) Ekonomi Token (2) Elaun (1) Gaji (1) Garis Panduan (12) Guru Mentor (2) Guru Pemulihan Khas (9) Hari Guru (5) ICT (9) Isu Semasa (1) Isu-Isu Pendidikan (22) Jadual Waktu (2) Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas (2) Kad Imbasan (9) Kad Imbasan Perkataan (9) Kad Perkataan (8) Kad Suku Kata (1) Kaedah Bunyi Huruf/Fonik (1) Kaedah Kawalan Vokal Bersruktur (1) Kaedah Pengajaran (6) Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca (4) Kajian Tindakan (2) Kalendar (4) Kalendar Persekolahan (3) Kemahiran Membaca (10) Kemahiran Mengeja (3) Kemahiran Menulis (2) Kerjaya Guru (16) Kidzania Kuala Lumpur (1) KISSM (1) KSSR (4) Kursus (7) Lagu (7) Lagu Abjad (2) LBI (1) Lee Chong Wei (2) Lembaran Kerja (5) LINUS (18) Masalah Pembelajaran (7) Masalah Pembelajaran Spesifik (2) Modul (3) Motivasi (9) Murid Pemulihan Khas (3) Pandu Puteri Tunas (6) Panduan (22) PBS (5) Pekeliling (8) Pembinaan Jadual Waktu (1) Pemulihan Khas (52) Pendekatan Mengajar (2) Pendidikan Khas (19) Pengajaran dan Pembelajaran (3) Pengurusan Kelas Pemulihan Khas (3) Pengurusan Tingkahlaku (8) Penjawat Awam (11) Penyelidikan (2) Permohonan (2) PPGB (2) PPPM (2) Prasekolah (4) Program Pembangunan Guru Baharu (2) PROTIM (11) SBP (1) SBPA (17) SKBBSD (1) Slow Learner (4) SPPBS (7) Sukan Olimpik London (2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...