Punca - Punca Murid Lemah Mengeja

Artikel yang saya tulis ini saya dapat melalui pembacaan. Buku tersebut bertajuk Kaedah dan Strategi Pengajaran kanak-Kanak Berkeperluan Khas, Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, Penerbit USM Pulau Pinang, 2011.

Walaupun ia ditulis khusus untuk murid-murid berkeperluan Khas, tetapi saya rasa ia juga sesuai dipraktikkan untuk murid-murid  Program Pemulihan Khas.

Apa yang dimaksudkan dengan ejaan dan mengeja secara terperinci boleh dibaca pada entry saya sebelum ini DI SINI.


APA ITU EJAAN?

Ejaan adalah satu bentuk pelaziman melalui penulisan. Ia mempunyai 26 huruf atau abjad roman dan mengandungi lebih daripada 40 fonik.


SIAPA MURID YANG BERMASALAH DALAM EJAAN?

Murid-murid yang sering mengalami masalah dalam ejaan terdiri daripada murid disleksia, murid yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan (sumbing, gagap, masalah artikulasi dan masalah suara). Murid-murid ini tidak mahir dalam ejaan bukan kerana mereka MALAS belajar tetapi kerana mereka mempunyai masalah dalam menyebut perkataan tersebut. Contohnya murid disleksia sering melihat huruf dengan terbalik. Oleh itu, murid sering meghadapai masalah dalam ejaan.


PUNCA-PUNCA MURID LEMAH DALAM EJAAN

1. Lemah dalam pengamatan penglihatan atau visual.

Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain. 

Pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk menerima rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Jika pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah, maka perkataan atau huruf-huruf yang dilihat murid akan mengalami kesalahan dan kesilapan. Contohnya, jika murid membaca secara songsang dari belakang ke depan, murid akan keliru dan akan menyebabkan kemahiran membaca murid semakin lemah dan teruk.

Contoh: Makan dibaca sebagai nakaM


2. Tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar sesuatu huruf atau perkataan.

Murid tidak dapat mengecam bentuk huruf dan perkataan. Terdapat beberapa huruf yang kelihatan seakan-akan sama walaupun bunyinya adalah berbeza.

Bagi murid disleksia, masalah yang dihadapi dalam mengecam bentuk huruf dan konfigurasi perkataan sangat ketara. Simbol-simbol perkataan yang bercetak sukar diterjemahkan. Murid melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara terbalik. Kekeliruan inilah yang menyebabkan murid sangat lemah dalam kemahiran mengeja.

Contoh: Keliru membezakan huruf "b" dan "d", huruf "p" dan "q".


3. Masalah memori auditori dan visual.

Murid menghadapi masalah untuk mengingati bunyi dan suku kata. Mereka sering memerlukan arahan yang jelas dan mudah bagi membantu mereka mengenal pasti bunyi sesuatu perkataan dan membina kemahiran fonologi. Murid yang menguasai kemahiran ejaan dengan baik akan menyimpan perkataan dalam memori dan mengingat kembali perkataan tersebut tanpa memerlukan petunjuk visual. Manakala murid yang lemah dalam ejaan amat memerlukan latihan dan aktiviti untuk menguatkan ingatan visual.


4. Lemah dari segi Analisis pendengaran.

Murid sukar mengingat bunyi abjad, bunyi suku kata perkataan dan juga sukar menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. Murid juga tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan huruf yang dilihat disebabkan kurang pendengaran.

Contoh: Sukar membezakan bunyi huruf vokal dan huruf konsonan.


5. Sebutan huruf yang salah.

Murid menyebut nama huruf dalam 'telo' bahasa ibunda atau 'loghat' daerah. Selain itu, murid menghadapi masalah dalam sebutan huruf "e" pepet dan "e" taling.

Contoh: "Makan" disebut "make", "perang" ( peperangan) disebut "perang" (warna).

***

Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...

3 comments:

  1. kalau rasa nak ngajar murid orang asli datang la SK Senderut

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang amat berguna... tq.

    ReplyDelete
  3. As-Salam cikgu...boleh slin tak arcticle cikgu share dalam blog saya

    ReplyDelete

Aktiviti dan Program Sekolah (12) aSc Timetables (1) Autisma (1) Bacaan Bergred (4) Bahan Bantu Mengajar (10) bajet (1) Bajet 2013 (2) BBB (24) BBM (24) BCH (2) Berita (14) blog (1) bonus (3) Buku (10) Buku Prabacaan (4) Cabaran Guru Pemulihan Khas (3) Cuti Sekolah (12) Cuti Umum (4) Dato' Lee Chong Wei (1) Didik Hibur (1) Disleksia (4) Download (28) Ejaan (1) Ekonomi Token (2) Elaun (1) Gaji (1) Garis Panduan (12) Guru Mentor (2) Guru Pemulihan Khas (9) Hari Guru (5) ICT (9) Isu Semasa (1) Isu-Isu Pendidikan (22) Jadual Waktu (2) Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas (2) Kad Imbasan (9) Kad Imbasan Perkataan (9) Kad Perkataan (8) Kad Suku Kata (1) Kaedah Bunyi Huruf/Fonik (1) Kaedah Kawalan Vokal Bersruktur (1) Kaedah Pengajaran (6) Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca (4) Kajian Tindakan (2) Kalendar (4) Kalendar Persekolahan (3) Kemahiran Membaca (10) Kemahiran Mengeja (3) Kemahiran Menulis (2) Kerjaya Guru (15) Kidzania Kuala Lumpur (1) KISSM (1) KSSR (4) Kursus (7) Lagu (7) Lagu Abjad (2) LBI (1) Lee Chong Wei (2) Lembaran Kerja (5) LINUS (16) Masalah Pembelajaran (7) Masalah Pembelajaran Spesifik (2) Modul (3) Motivasi (9) Murid Pemulihan Khas (3) Pandu Puteri Tunas (6) Panduan (22) PBS (5) Pekeliling (8) Pembinaan Jadual Waktu (1) Pemulihan Khas (50) Pendekatan Mengajar (2) Pendidikan Khas (19) Pengajaran dan Pembelajaran (3) Pengurusan Kelas Pemulihan Khas (3) Pengurusan Tingkahlaku (8) Penjawat Awam (11) Penyelidikan (2) Permohonan (2) PPGB (2) PPPM (2) Prasekolah (4) Program Pembangunan Guru Baharu (2) PROTIM (11) SBP (1) SBPA (17) SKBBSD (1) Slow Learner (4) SPPBS (7) Sukan Olimpik London (2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...