Ciri-Ciri Murid Pemulihan Khas

Tekun Membuat Latihan
Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.

Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:
a.  
 1) Emosi dan Tingkahlaku
  • Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.
  • Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
  • Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
  • Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
  • Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
  • Bersikap pasif.
  • Malas

2) Sosial
  • Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan.
  • Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
  • Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
  • Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
  • Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
  • Hyper aktif.

3) Kesihatan
  • Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.
  • Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
  • Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
  • Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
  • Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
  • Kurang menjaga kebersihan diri.


4) Kesediaan Belajar
  • Belum bersedia untuk belajar.
  • Perbendaharaan kata kurang.
  • Lemah pemahaman.
  • Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
  • Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5) Pengamatan
  • Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
  • Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
  • Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
  • Lambat mengelaskan benda atau nombor.
  • Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
  • Tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
  • Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
  • Lemah pergerakan dan perbuatan.
  • Lemah daya pemikiran/ingatan.
  • Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
  • Sukar untuk membuat kenyataan am

Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2009***



Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...

No comments:

Post a Comment

Aktiviti dan Program Sekolah (12) aSc Timetables (1) Autisma (1) Bacaan Bergred (4) Bahan Bantu Mengajar (10) bajet (1) Bajet 2013 (2) BBB (24) BBM (24) BCH (2) Berita (14) blog (1) bonus (4) Buku (10) Buku Prabacaan (4) Cabaran Guru Pemulihan Khas (3) Cuti Sekolah (12) Cuti Umum (4) Dato' Lee Chong Wei (1) Didik Hibur (1) Disleksia (8) Download (28) Ejaan (1) Ekonomi Token (2) Elaun (1) Gaji (1) Garis Panduan (12) Guru Mentor (2) Guru Pemulihan Khas (10) Guru Pemulihan Khas LNUS (1) Hari Guru (5) ICT (9) Isu Semasa (1) Isu-Isu Pendidikan (22) Jadual Waktu (3) Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas (2) Kad Imbasan (9) Kad Imbasan Perkataan (9) Kad Perkataan (8) Kad Suku Kata (1) Kaedah Bunyi Huruf/Fonik (1) Kaedah Kawalan Vokal Bersruktur (1) Kaedah Pengajaran (6) Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca (4) Kajian Tindakan (2) Kalendar (4) Kalendar Persekolahan (3) Kemahiran Membaca (10) Kemahiran Mengeja (3) Kemahiran Menulis (2) Kerjaya Guru (16) Kidzania Kuala Lumpur (1) KISSM (1) KSSR (4) Kursus (7) Lagu (7) Lagu Abjad (2) LBI (1) Lee Chong Wei (2) Lembaran Kerja (5) LINUS (23) Masalah Pembelajaran (7) Masalah Pembelajaran Spesifik (2) Modul (3) Motivasi (9) Murid Pemulihan Khas (3) Pandu Puteri (1) Pandu Puteri Tunas (7) Panduan (22) PBS (5) Pekeliling (9) Pembinaan Jadual Waktu (2) Pemulihan Khas (58) Pendekatan Mengajar (2) Pendidikan Khas (19) Pengajaran dan Pembelajaran (3) Pengurusan Kelas Pemulihan Khas (3) Pengurusan Tingkahlaku (8) Penjawat Awam (12) Penyelidikan (2) Permohonan (2) PPGB (2) PPPM (2) Prasekolah (4) Program Pembangunan Guru Baharu (2) PROTIM (11) SBP (1) SBPA (17) SKBBSD (1) Slow Learner (4) SPPBS (7) Sukan Olimpik London (2) Takwim Sekolah (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...