Sudut - Sudut Pembelajaran Di Dalam Kelas Pemulihan Khas

Saya baharu saja mengemaskini sudut-sudut pembelajaran di kelas Pemulihan Khas. Antara sudut-sudut yang saya buat adalah sudut Matematik, sudut bacaan @ Mini Perpustakaan, sudut akses kendiri, sudut maklumat dan sudut pengurusan. Sudut multimedia diletakkan bersama dengan sudut bacaan sebab hanya ada TV dan Radio sahaja. Sudut pengamatan entah bila nak dibuat!

Untuk tahun ini sahaja sudah 2 kali saya ubah susun atur kedudukan sudut-sudut. Pening saya dengan perangai saya sendiri (saya kerap ubah susun atur perabot dlm kelas shga kakak tukang cuci asyik sakat saya bila berjumpa. Katanya saya sudah pecah rekod dunia!)

Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas, edisi percubaan, 2008, terdapat 6 ruang di dalam kelas Pemulihan Khas iaitu:

  1. Ruang pengurusan
  2. Ruang P&P
  3. Ruang multimedia
  4. Ruang bahasa
  5. Ruang Matematik
  6. Ruang pengamatan
Ruang P&P yang sangat ringkas

Saya menggunakan tayangan slaid semasa P&P

Ruang di mana saya letakkan bahan bacaan dan permainan

Murid diberi pilihan sama ada ingin membaca atau bermain selepas P&P tamat. 
Namun saya fikir saya perlu asingkan ruangan ini supaya ia tidak mengganggu murid 
yang ingin membaca.

pemulihan
Almari ini saya gunakan untuk menyimpan fail, buku, alat tulis dan BBM. 
Saya fikir saya perlukan rak khusus untuk penyimpanan fail kerana almari ini 
kurang sesuai.


Terima Kasih