Showing posts with label Cuti Umum. Show all posts
Showing posts with label Cuti Umum. Show all posts

Kalendar Januari 2024 - Februari 2025 Mengikut Takwim Akademik KPM

Kalendar bermula Januari 2024 sehingga Februari 2025 ini yang dikongsikan oleh Cikgu Share adalah kalendar yang komprehensif yang dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam membuat perancangan persekolahan atau cuti dan seumpamanya. 

Terdapat maklumat seperti berikut di dalam kalendar:

  • Penggal persekolahan sesi 2024-2025
  • Cuti sekolah KPM
  • Cuti umum persekutuan dan negeri
  • Tarikh pembayaran gaji penjawat awam

πŸ“ŒMuat turun (download) kalendar format pdf di sini: KALENDAR 2024-2025


Kredit: Cikgu Share

Cuti Sempena Perayaan Deepavali (Sekolah & Universiti)

Berdasarkan takwim persekolahan/Kalendar Akademik Sesi 2023/2024, Sekolah akan bercuti bermula:

Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)
πŸ’₯10 Nov 2023 - 13 Nov 2023 (Jumaat - Isnin)

Kumpulan B (Selain kumpulan A)
πŸ’₯11 Nov 2023 - 14 Nov 2023 (Sabtu - Selasa)



Saya sebagai pelajar sarjana di UKM, pihak universiti telah memberikan pelepasan kuliah pada 14 November 2023, Selasa, maka semua pelajar UKM mendapat cuti hujung minggu yang panjang sama seperti cuti sekolah kumpulan B.

Mari kita menikmati cuti yang diberikan, semua orang suka cuti kann πŸ’•


NUTP Gesa Penilaian Semula Pindaan Takwim Persekolahan 2020 Dibuat

NUTP iaitu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia yang mewakili suara guru menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat penilaian semula terhadap pindaan takwim persekolahan 2020 yang tular media sosial semalam.

Aminuddin Awang selaku Presiden NUTP menyatakan bahawa beliau mengetahui tentang pindaan tersebut melalui media sosial selepas ia tular. Beliau berpendapat keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa berbincang dengan pihak NUTP terlebih dahulu.

Sememangnya saya sendiri agak terkejut memandngkan sebelum ini Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa takwim persekolahan sedia ada tidak akan berubah sehingga akhir tahun.

"Kita hanya mendapat berita sama seperti guru lain, apabila ia tular di media sosial dan kenyataan dikeluarkan KPM. Ini adalah suatu yang mengejutkan kita. Kita kesal kerana kita tidak dibawa berbincang. Sekiranya kita dibawa berbincang, kita akan dapat memberikan pandangan dari sudut guru-guru di peringkat bawah," - Aminuddin Awang, Presiden NUTP

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Takwim sekolah tahun ini kekal.

Ramai guru meluahkan perasaan tidak puas hati mereka di media sosial terhadap perubahan takwim persekolahan yang berlaku yang dianggap sebagai 'u-turn' kali kedua selepas pembukaan semula prasekolah diumumkan. Ada dalam kalangan guru telah membuat tempahan tiket kapal terbang untuk pulang  ke kampung sempena cuti pertengahan penggal 2 yang juga sempena perayaan Hari Raya Korban jika mengikut takwim asal. Cuti pertengahan penggal 2 merupakan saat dan peluang ditunggu-tunggu setelah lebih 3 bulan terhalang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bertemu mata dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Semoga ada cahaya yang kembali menyinar buat semua warga guru.










Sumber rujukan:

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020

Hari ini KPM mengedarkan kenyataan media berhubung dengan pindaan takwim penggal persekolahan tahun 2020. Buat masa ini, para guru seeloknya tidak merancang sebarang agenda seperti percutian yang melibatkan pembelian tiket atau seumpamanya kerana perubahan akan berlaku tanpa kita duga.

Antara perubahan penting:
1. Cuti pertengahan penggal 2 menjadi 5 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan berganjak ke hujung bulan 8 (20-24 Ogos/ Khamis-Isnin).
2. Cuti akhir tahun dipendekkan dari 41/42 hari menjadi 13/14 hari (18 - 31 Disember).


Kenyataan Media KPM_1

Kenyataan Media KPM_2

Takwim kumpulan A - negeri berhujung minggu hari Jumaat

Takwim kumpulan B - negeri berhujung minggu hari Sabtu

Pindaan tarikh cuti sempena perayaan

Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala?

Tidak, kerana;

Saya Yang Menjalankan Amanah!


Sumber rujukan:
1. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-pindaan-takwim-penggal-persekolahan-tahun-2020

43 Minggu Persekolahan Tahun 2017 Berserta Tarikh Dan Cuti Umum (Kumpulan B)

Di sini saya kongsikan tarikh-tarikh bagi 43 minggu persekolahan tahun 2017 untuk rujukan para guru dalam membuat RPT dan RPH. Minggu persekolahan ini dibuat berpandukan takwim sekolah saya yang berada di bawah kelolaan JPN Selangor iaitu kategori kumpulan B.

P/S: Sila edit berpandukan takwim sekolah masing-masing.





Cuti Sekolah Sempena Perayaan Utama di Malaysia 2017

Cuti Perayaan 2016 Yang Diperuntukkan KPM

Berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 19 Tahun 2015, cuti sekolah sempena sambutan perayaan telah diselaraskan oleh KPM yang melibatkan perayaan-perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali. Cuti tersebut merupakan cuti sekolah yang TIDAK PERLU  diganti.