Showing posts with label Asas 3M. Show all posts
Showing posts with label Asas 3M. Show all posts

Koleksi Video PDP Kemahiran Asas Membaca Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas

Salam semua.

Koleksi video PDP kemahiran asas membaca ini merupakan himpunan video PDP yang saya hasilkan dan gunakan dalam PDPR Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas di sekolah bermula sejak pelaksanaan PDPR pada Oktober 2020.

Video ini sesuai untuk kanak-kanak atau murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis atau baru mula belajar membaca.

Apa Itu Kemahiran Asas Membaca dan Menulis (2M)?


Saya ada menulis tentang kemahiran asas membaca dan menulis dalam entri sebelum ini, anda boleh dengan lanjut melalui pautan berikut.

ENTRI: https://cikguhijau.blogspot.com/2021/02/kemahiran-asas-3m-membaca-menulis-dan.html


___________________________________

KP1-KP3: Huruf
KP4: Suku kata KV
KP5: Perkataan KV+KV (bola, baju, buku)
KP6: 
KP7: Perkataan KV+KV+KV (kerusi, kereta)
KP8: Perkataan KVK (bas, kek, sos)
KP9: 
KP10: Perkataan V+KVK (ayam, ikan, itik)
KP11: Perkataan KV+KVK (gajah, rumah)
KP12: Perkataan KVK+KV (lembu, lampu)
KP13: Perkataan KVK+KVK (tandas, pensel)
KP14: Perkataan KV+KV+KVK (sekolah, basikal)
KP15
KP16
KP17
KP18: Perkataan KV+KVKK (bawang, kacang, pisang)
KP19
KP20
KP21
KP22
KP23
KP24
KP25
KP26
KP27
KP28
KP29
KP30
KP31
KP32: Bacaan & Pemahaman (membaca petikan mudah dan menjawab soalan pemahaman)

*KP=Kemahiran Pemulihan

Struktur Bahasa Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu

  • Prabacaan dan pratulis
  • Abjad
  • Suku Kata - terbuka, tertutup
    • 2 suku kata
    • 3 suku kata
  • Perkataan
  • Ayat

Koleksi video PDP kemahiran asas membaca.

Membaca ayat dalam petikan mudah.

Membaca petikan mudah dan menjawab soalan berdasarkan petikan yang dibaca.


PLaN | Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah | Primary Literacy and Numeracy

Salam semua.

Kali ini saya ingin berkongsi info tentang PLaN iaitu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah. Saya ada kongsikan info ini di Facebook Page BLOG CIKGU HIJAU.


PLaN = Program Literasi & Numerasi Sekolah Rendah
1. PLaN - Primary Literacy and Numeracy / Program Literasi & Numerasi Sekolah Rendah.
2. Program selepas LINUS dimansuhkan pada tahun 2019.
3. Pelaksanaan pada tahun 2020 secara rintis melibatkan sekolah-sekolah rendah terpilih terlebih dahulu.




















Sumber & bacaan lanjut: 


Perkongsian Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Kelas Pemulihan Khas di Youtube Channel Cikgu Haseni

Alhamdulillah.

Beberapa hari yang lepas, channel youtube yang baru saya bina iaitu channel Cikgu Haseni (http://www.youtube.com/c/CikguHaseni) telah layak untuk 'claim' custom URL. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan AYU #Akademi Youtuber, famili, rakan-rakan media sosial seperti Facebook serta rakan-rakan seperjuangan saya di SK Bandar Baru Sri Damansara dan juga semua yang mengenali saya.

Antara kelebihan custom URL adalah melalui custom URL tersebut, pengguna youtube akan dibawa terus ke 'homepage' channel apabila klik pada pautan tersebut selain ia mudah diingati dan 'kena' dengan nama channel.




Senarai video kategori pendidikan setakat ini:

1. Kemahiran 7 - Aktiviti PdPc - Pembelajaran kolaboratif membaca perkataan KV+KV+KV: https://youtu.be/iIZ7whWY0RI

2. Kemahiran 31 - Aktiviti PdPc - Cantum perkataan / frasa membentuk ayat: https://youtu.be/40PcMhXv_aw

3. Kemahiran 31 - Aktiviti PdPc - Susun perkataan/ frasa membentuk ayat: https://youtu.be/3BKa0xgfjT8

4. Kemahiran 18 - BBM - Perkataan KV+KVKK (Vokal A): https://youtu.be/yvlnuJp5we0

5. Kemahiran 18 - Aktiviti PdPc - Permainan bahasa 'Word Search' KV+KVKK: https://youtu.be/fbdcvXTPA2M

6. Kemahiran 18 - Aktiviti PdPc - Gunting, Suai & Padan Gambar dengan Perkataan: https://youtu.be/9qVGu5dW1BE

7. Kemahiran 7 - Aktiviti PdPC - Gunting, cerakin, cantum, bina & baca perkataaan KV+KV+KV daripada suku kata KV: https://youtu.be/um9z7zqXoyE


Terima kasih atas sokongan semua yang telah 'like', komen dan 'subscribe' channel Cikgu Haseni. Semoga saya terus bersemangat dan istiqamah menghasilkan video-video yang lebih menarik dan bermanfaat.

#kitabantukita
#AkademiYoutuber

Dari Blogger, Saya Kini Youtuber, Alhamdulillah

Salam semua.

Alhamdulillah.

Jemput singgah ke Channel Youtube saya : Cikgu Haseni

Jangan lupa untuk tonton setiap video sehingga tamat, like dan subscribe sebagai tanda sokongan. InsyaAllah, akan lebih banyak lagi video pembelajaran yang akan dihasilkan.









Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada eDidik Malaysia kerana membuka peluang dan ruang kepada para guru seperti saya yang ingin menjadi Youtuber atau 'content creator' melalui saluran Youtube dengan mengikuti kelas sebagai peserta Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU). Melalui  Akademi Youtuber, para guru dibimbing oleh mentor-mentor yang berpengalaman tanpa dikenakan sebarang bayaran.