Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

PKSK | FAQ, Maklumat Lanjut Pelaksanaan PKSK dan Bahan Edaran Untuk Muat Turun (Download)

Salam PKPP,

Sebelum ini saya ada menulis tentang UKSBP digantikan dengan PKSK.

[Baca: UKSBP Digantikan Dengan PKSK Bagi Ujian Saringan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Ambilan 2021 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4].

Seperti yang dimaklumkan, pihak KPM telah pun mengedarkan bahan edaran dan maklumat lanjut tentang PKSK ini di lawan sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Anda boleh berkunjung dan muat turun bahan maklumat yang diedarkan di SINI: PKSK - KPM

Pengumuman oleh KPM tentang PKSK

Bahan edaran yang boleh dimuat turun di laman web KPM

Pelaksanaan PKSK:
1. Murid akan menduduki PKSK di satu pusat yang dipilih oleh murid semasa mengisi permohonan secara online.
2. Pusat PKSK tidak boleh ditukar, jadi murid perlu pastikan pusat yang dipilih adalah yang paling dekat dengan tempat tinggal.
3. Semua bahagian A, B dan C ujian PKSK diduduki dalam satu sesi di pusat yang dipilih. Ia akan mengambil masa kira-kira 3 jam termasuk masa untuk pendaftaran.
4. Ujian akan bermula dengan BAHAGIAN C dahulu yang berbentuk subjektif secara esei bertulis dengan tajuk telah ditetapkan dan masa menjawab adalah 45 minit.
5. Selepas 15 minit selesai bahagian C, murid akan terus ke Bahagian A dan B yang berbentuk soalan objektif dan masa menjawab yang diberikan adalah 1 jam 30 minit.
6. Murid beruniform sekolah lengkap semasa menduduki ujian PKSK.

Jadual sesi PKSK


Persediaan murid secara ringkasan

Persediaan murid semasa memohon PKSK secara online apabila pautan dibuka pada 7 September 2020



Format PKSK

Jenis sekolah khusus yang perlu dipohon dan dipilih melalui PKSK


Ringkasan proses pengambilan murid ke SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD
Maksud PKSK dan sekolah khusus

Kelayakan menduduki PKSK

Pelaksanaan PKSK selesai dalam satu sesi bagi semua bahagian pentaksiran

Semakan status 

Persediaan murid untuk menduduki PKSK iaitu perkara-perkara yang perlu dibawa ke pusat PKSK
Pertukaran pusat PKSK

Sumber dan bacaan lanjut:
1. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/pksk

UKSBP Digantikan Dengan PKSK Bagi Ujian Saringan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Ambilan 2021 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4


Seperti yang kita tahu, UPSR dan PT3 bagi tahun ini telah dibatalkan setelah kerajaan memikirkan langkah tersebut diambil bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Pelbagai reaksi dapat dilihat selepas pengumuman tersebut. Ada yang lega, ada yang tidak kisah tetapi ada yang bersedih, namun ada yang bersikap positif.

Laporan Berita Harian, 17 April 2020

Ucapan Menteri Pendidikan

Pada pandangan saya, langkah yang diambil kerajaan adalah yang langkah yang terbaik kerana kesihatan dan keselamatan murid adalah lebih penting. Murid tahun 6 dan tingkatan 3 yang bercita-cita tinggi ingin menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh (SBP) masih berpeluang untuk memenuhi impian tersebut walaupun UPSR dan PT3 dibatalkan. Ini kerana, kemasukan ke SBP mulai tahun 2019 tidak dinilai berdasarkan keputusan UPSR dan PT3 tetapi dinilai melalui ujian khas iaitu Ujian Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).

UKSBP ini digantikan pula dengan kaedah baharu pada tahun ini. Pada 23 Ogos 2020, KPM telah mengumumkan kaedah baharu pentaksiran kemasukan murid ke SBP.

Kenyataan Media KPM_1

Kenyataan Media KPM_2

Info & Tarikh Penting PKSK

1. Permohonan Tingkatan 1 - https://spskt1.moe.gov.my/ (talian di buka mulai 7 September hingga 2 Oktober 2020)
2. Permohonan tingkatan 4 - https://spskt4.moe.gov.my/ (talian di buka mulai 7 September hingga 2 Oktober 2020)
3. Semua pemohon akan menduduki ujian berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.
4. Semakan pusat pentaksiran Tingkatan 1 pada 7 Oktober hingga 23 Oktober 2020
5. Semakan pusat pentaksiran Tingkatan 4 pada 12 Oktober hingga 6 November 2020
6. Pelaksanaan pentaksiran Tingkatan 1 pada 12 Oktober hingga 23 Oktober 2020
7. Pelaksanaan pentaksiran Tingkatan 4 pada 26 Oktober hingga 6 November 2020
8. Maklumat lanjut pada 1 September 2020 melalui portal rasmi KPM (https://www.moe.gov.my/


Kaedah Pentaksiran PKSK

PKSK dilaksanakan merangkumi tiga bahagian iaitu:
1. Bahagian A - Kecerdasan Insaniah (20%) secara dalam talian.
2. Bahagian B - Kecerdasan Intelektual (70%) secara dalam talian.
3. Bahagian C - Artikulasi Penulisan (10%) secara bertulis / bersemuka.

Maklumat penting PKSK

UKSBP adalah satu ujian saringan yang perlu murid duduki bagi menilai sama ada murid layak atau tidak mendapat tawaran dan diterima masuk ke SBP. Ia mula diperkenalkan bermula ambilan tahun 2019 di mana murid yang berjaya dalam ujian ini mempunyai keberangkalian yang tinggi ke SBP.

Ini bermakna, murid yang terpilih adalah dalam kalangan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Antara kriteria yang menjadi pertimbangan ke SBP adalah seperti berikut:

Syarat pemilihan ke SBP ambilan 2019-2020

Sumber & bacaan lanjut:

UPSR 2016 : Tips & Pesan Cikgu

Bagi sekolah kebangsaan, UPSR hanya berbaki sehari sahaja lagi. Bagi Sekolah jenis kebangsaan (SJKC, SJKT) UPSR sudah bermula pada hari Khamis yang lepas, 1 September 2016 untuk kertas Bahasa Cina, Bahasa Tamil.

Untuk tips cemerlang UPSR, walaupun ia sudah agak terlewat untuk diamalkan tetapi tidak rugi untuk disebarluaskan disini, anda boleh baca di pautan ini ( 26 Tips Serta Petua Lulus Cemerlang 6A Dalam UPSR ) yang ditulis oleh blogger Hasrul Hassan dimana beliau mempunyai anak yang akan menduduki UPSR pada hari Isnin nanti. Yang menariknya beliau telah ditemuramah oleh pihak Sinar Harian bagi berkongsi pendapat serta tip untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar dalam hidup.

Baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh wartawan Sinar Harian untuk berkongsi pendapat serta sedikit tip pantas untuk anak-anak hadapi peperiksaan besar, dan dalam kes saya ... UPSR 2016. Soalan lebih tertumpu mengenai perspektif seorang bapa. Apa perasaan saya apabila anak sulong saya bakal menghadapi peperiksaan UPSR bermula 5 September 2016 ini, dan apa persediaan yang saya buat untuk anak saya untuk hadapi peperiksaan awam besar pertama.


UPSR 5 - 8 September 2016


Format Peperiksaan Pusat UPSR 2016 Kekal 100% Ujian Bertulis

UPSR pada tahun ini masih kekal dijalankan secara ujian bertulis 100% seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini berdasarkan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 2 Tahun 2015 : Format Peperiksaan Pusat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2015. 

Pekeliling ini secara langsung membatalkan wajaran 40% PBS dan 60% peperiksaan pusat seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 1 Tahun 2011.




Sumber:

UPSR 5A, terima hadiah kereta Mini Cooper bernilai RM120,000

Berita tentang seorang murid tahun 6, Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila yang mendapat hadiah kereta mewah Mini Cooper setelah dia berjaya memperoleh 5A dalam UPSR yang diumumkan 14 November 2013 lalu tersebar luas di media sosial khususnya di Facebook. 


Gambar ini dimuat naik dalam Facebook dan blog oleh ibunya sebagai kenangan.

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada adik Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila  diatas kecemerlangannya di dalam UPSR. 

Walaubagaimanapun, saya tidak pasti sama ada saya patut mengucapkan tahniah di atas hadiah kereta Mini Cooper yang diterimanya. Hadiah mewah itu yang bernilai RM120,000 diberikan oleh ayahnya, Zukila Deraman, 36 tahun, seorang pembekal ayam di Kota Bharu, Kelantan.


Mini Cooper, RM120,000

Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, 12 tahun


“Saya tidak menyangka bapa menunaikan janjinya, malah membawa kereta itu ke sekolah sebagai hadiah kejayaan saya. Ibu memuat naik gambar dalam Facebook sebagai kenangan dan saya tidak menyangka ia menjadi perhatian,”

"Saya pernah memberitahu ayah ingin memiliki kereta tersebut kerana bentuknya yang comel pada awal tahun ini dan pada pertengahan tahun, ayah berjanji akan menghadiahkan kereta tersebut jika memperoleh 5A dan ayah benar-benar mengotakan janji itu semalam."

"Saya sedar saya tidak mungkin dapat memandu kereta ini kerana masih belum mencapai usia untuk memiliki lesen tetapi sekurang-kurangnya saya boleh mengaku kereta itu kepunyaan saya."

Siti Nur Fatini berkata, dia berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut selepas bapanya berjanji menghadiahkan kereta idamannya.

(Kalau tak diberi hadiah Mini Cooper...agaknya berapa 'A' adik ini akan dapat?)


Nor Aishah Mahmud, 31 tahun, ibu Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila

“Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” 

“Suami hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik untuk kenangan keluarga dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kemewahan."         

(Apapun...kemewahan telah ditunjukkan dengan 'menunjuk-nunjuk'kan gambar kereta mewah ituKesimpulannya...apa yang baik jadikan ikutan, apa yang tidak dan kurang baik, tinggal-tinggalkan.)




Sumber: