Showing posts with label Pengurusan Kelas Pemulihan Khas. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Kelas Pemulihan Khas. Show all posts

Sudut - Sudut Di Dalam Kelas Pemulihan Khas (Sehingga Julai 2013)

Pada entri yang lepas saya ada menulis tentang Sudut - Sudut Pembelajaran Di Dalam Kelas Pemulihan Khas. Pada ketika itu, tahun 2012, saya masih mencari-cari idea dan kesesuaian bagaimana mahu menyusun dan mengatur bilik pemulihan yang bakal menjadi rumah kedua saya.

Sebelum Pemantauan Program Pemulihan Khas pada Februari yang lalu, saya ada membuat sedikit make-over kepada bilik pemulihan. Dinding dicat baru. Sudut pembelajaran dan mata pelajaran dikemaskini supaya nampak lebih kemas dan tersusun. Saya seorang yang simple, jadi hiasan bilik dan dinding bilik saya hias ala kadar sahaja, asalkan ceria dan kondusif.


Sudut Matapelajaran. Gambar diambil sekitar April 2013


Sudut Bahasa Melayu. Gambar diambil sekitar April 2013


Sudut pengurusan. Gambar diambil sekitar April 2013


Sudut Matematik dan Bahasa Melayu di bahagian belakang kelas.
Sudut PdP dibahagian depan bilik dimana murid -murid tahun 2 sedang belajar.
Gambar diambil pada 9/7/2013

Sudut pengurusan dibahagian sebelah kiri manakala sudut akses kendiri dibahagian kanan.
Gambar diambil pada 9/7/2013

Ruang, Sudut atau Kiosk Kelas Pemulihan Khas

Sekali lagi saya telah mengubah susunan perabot bilik pemulihan sekolah saya. Saya selalu merasa tidak puas hati dengan susunan dan keceriaan bilik pemulihan. Itu yang membuatkan saya selalu mengubah kedudukan dan susunan almari dan meja.

Sekali fikir, malas dah nak ubah tapi esoknya lain pula yang difikir. Buat masa ini saya harus berhenti mengubah kedudukan perabot memandangkan bulan puasa. Lagi pun saya perlu utamakan pembinaan BBM untuk P&P yang masih banyak perlu dibuat.

Julai 2012, bilik pemulihan khas sekolah saya lebih kemas berbanding bulan Februari 2012. Saya ada menulis tentang tajuk ini sebelum ini di sini : Bilik Pemulihan Khas Februari 2012

Pelan Lakar Kelas Pemulihan mengikut garis panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas Edisi Percubaan 2008
Pada hemat saya, bilik Pemulihan Khas sekolah saya di mana saya yang bertanggungjawab ke atasnya masih belum mencapai piawaian seperti yang digariskan di dalam buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Edisi Percubaan, 2008) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM.

Sehingga Julai 2012, hanya terdapat ruang P&P, ruang Bahasa Melayu, ruang Matematik dan ruang pengurusan. Ruang BM dan Matematik pula digabungkan untuk menjimatkan ruang di samping memudahkan saya mengemas bilik. Ruang Multimedia masih belum dibina kerana tiada kemudahan komputer. Walaupun terdapat TV dan Radio, ia amat jarang digunakan semasa P&P. Ruang pengamatan pula masih dalam proses (Bila nak siap hanya Allah yang tahu.... ). Mungkin cuti hujung tahun ini saya akan memberikan fokus sepenuhnya terhadap pelan lantai kelas. (saya memang lemah dalam interior decoration).



Bahagian belakang kelas/bilik yang memuatkan ruang BM dan Matematik serta ruang pengurusan untuk guru. Di sinilah tempat murid-murid saya melepaskan tension selepas berhempas-pulas belajar.

Meja guru
Dua buah almari tempat menyimpan fail, buku rujukan dan buku aktiviti serta BBM
Ruang Bahasa Melayu dan Matematik digabungkan. Bahan-bahan bacaan dan permainan seperti jigsaw puzzle, dam ular, congkak, blocks diletakkan di sini. Sepatutnya ia diasingkan.
Bahan untuk BM lebih banyak berbanding Matematik
Sempoi jer...Ruang P&P hampir menggunakan separuh daripada keluasan bilik berbanding ruang-ruang lain.
Banyak lagi saya kena touch-up bilik ini...Adush! Skirting meja pun dah koyak rabak. Baru jer buat tu, lasak sungguh murid-murid pemulihan ni..
Murid tahun 4 (PROTIM) sedang membuat aktiviti mengeja berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru menggunakan LCD projector.
LCD diletakkan di atas meja kerana tidak di mounting di siling semasa dinaiktaraf 4-5 tahun dulu. Pandai-pandailah GPK jadi technician....hu hu


Sudut - Sudut Pembelajaran Di Dalam Kelas Pemulihan Khas

Salam semua.

Antara sudut atau ruang yang telah saya buat adalah:
  • sudut Matematik
  • sudut bacaan @Mini Perpustakaan
  • sudut akses kendiri
  • sudut maklumat 
  • sudut pengurusan
  • Sudut multimedia diletakkan bersama dengan sudut bacaan bersama TV dan Radio
  • Sudut pengamatan entah bila nak dibuat!

Untuk tahun ini sahaja sudah 2 kali saya ubah susun atur kedudukan sudut-sudut. Pening saya dengan perangai saya sendiri kerana kerap mengubah susun atur perabot dalam kelas sehingga kakak staff pembersihan asyik sakat saya bila berjumpa. Katanya saya sudah pecah rekod dunia!

Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas, edisi percubaan, 2008, terdapat 6 ruang di dalam kelas Pemulihan Khas iaitu:
  1. Ruang pengurusan
  2. Ruang P&P
  3. Ruang multimedia
  4. Ruang bahasa
  5. Ruang Matematik
  6. Ruang pengamatan
Ruang P&P yang sangat ringkas

Saya menggunakan tayangan slaid semasa P&P

Ruang di mana saya letakkan bahan bacaan dan permainan

Murid diberi pilihan sama ada ingin membaca atau bermain selepas P&P tamat. 
Namun saya fikir saya perlu asingkan ruangan ini supaya ia tidak mengganggu murid 
yang ingin membaca.

pemulihan
Almari ini saya gunakan untuk menyimpan fail, buku, alat tulis dan BBM. 
Saya fikir saya perlukan rak khusus untuk penyimpanan fail kerana almari ini 
kurang sesuai.

Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas

Catatan Nota 

Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas
  • Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan.
  • Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
  • Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
  • Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
  • Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.


Peranan GPK Dalam Program LINUS

Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi.

Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu, Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3. Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9 dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.

Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang pada setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua Guru Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi Guru Pemulihan Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk waktu persediaan).

Surat Siaran, Perlaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (Linus) Tahap 1 Di Sekolah Rendah, Bil. KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61), bertarikh 22 April 2010.


Punca dan Bidang Kuasa

Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986.(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)

Senarai Semak Tugas-Tugas GPK

1) Instrumen/Ujian yang dijalankan
  • Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid)
  • Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik)
  • Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT
  • Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M
  • Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid
  • Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu bapa)
  • Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor
  • Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana
  • Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke semasa tentang masalah murid
  • Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke semasa


2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas
  • Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran sekolah 06/04/013
  • Fail Guru – 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus)
  • Fail Maklumat Program– 06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/ Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas)
  • Fail Surat Menyurat – 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM)
  • Fail Minit Mesyuarat – 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit mesyuarat)
  • Fail Murid – 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan)
  • Fail Diagnostik BM&MT – 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BM-Lisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT
  • Fail Pelepasan BM&MT – 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan lain-lain)
  • Fail Analisa Ujian – 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian & Peperiksaan dalam arus perdana)
  • Fail Lembaran Kerja – 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT)
  • Fail Kertas kerja – 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program)
  • Fail LINUS – 06/04/013/11(Maklumat LINUS/
  • Fail Individu murid
 
3) Pengurusan Program LINUS
  • Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS 06/04/013/011
  • Menjadi AJK program LINUS di sekolah
  • Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2
  • Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2
  • Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid
  • Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor
  • Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid
  • Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas.
  • Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid Sumber : Borang Pemantauan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.