Showing posts with label Pangkat. Show all posts
Showing posts with label Pangkat. Show all posts

Kenaikan Pangkat Guru (PPP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Bagi Januari-Jun 2018

Iklan urusan kenaikan pangkat guru (PPP) lantikan Januari-Jun 2010  di peringkat Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/ IPG/KM):

Buka: 4 Disember 2017 
Tutup10 Januari 2018 (Jam 11.59 malam)

(Alhamdulillah, saya dilantik pada Januari 2010 dan genap 8 tahun perkhidmatan pada Januari 2018, perjalanan panjang DG41-DG44, moga-moga dipermudahkanNYA)
 



PENTING

Pegawai (GURU) yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan e-Pangkat yang DIBUKA BERMULA 04 DISEMBER 2017.

Semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti tarikh di atas beserta ULASAN DIPERAKU/TIDAK DIPERAKU WAJIB diisi dalam ePangkat semasa perakuan dibuat (MANDATORI) KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:
  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG); 
  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan; 
  3. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan; 
  4. Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan; 
  5. Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh Tanpa Sebab Atau Tanpa Kelulusan/Kebenaran Ketua Jabatan dan tindakan potongan emolumen yang telah diambil BOLEH DIPERAKU dengan mengemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 ; dan 
  6. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.
Sumber:

Terima Kasih