Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

PMR kekal tetapi ditambahbaik, tiada PBSMR - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM)

Perkembangan terkini perbincangan meja bulat Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.


Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.

Menurut Ketua Gerak Kerja SGMM, Norizzat Mohd Johari, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR. 


"... ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.....dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar nama." - Ketua Gerak Kerja SGMM, Norizzat Mohd Johari

“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” - Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh


Berdasarkan laporan berita dari NST (4 Oktober 2013), PBSMR tidak menggantikan PMR tetapi ia adalah versi yang ditambahbaik.

The Malaysia Examination Board has clarified that the secondary school-based assessment test (Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah - PBSMR) is not to replace the Penilaian Menengah Rendah examination, but is an improved version of PMR. - Lembaga Peperiksaan Malaysia 

Tetapi sebelum ini, BERITA HARIAN ( 1 Oktober 2013) melaporkan bahawa PMR akan dimansuhkan mulai 2014 dan digantikan dengan PBSMR.


Jadi, semua ini hanya salah faham???






Sumber rujukan:

  1. SINAR HARIAN: PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik
  2. BERITA HARIAN: Eksklusif: PBSMR ganti PMR
  3. PMR Digantikan Dengan PBSMR
  4. PBSMR: Jangan jadikan pelajar bahan ujikaji
  5. 'PBSMR is an improved version of PMR'


PBS diteruskan dengan 3 penambahbaikan awal mulai awal tahun depan - Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Kementerian Pendidikan meminta semua pihak menghentikan polemik berhubung dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk orang ramai.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata walaupun wujud kelemahan terutama berkaitan sistem serta penyimpanan data, ia dapat menilai pelajar dari segi kokurikulum, rohani, peperiksaan dan aspek lain seperti dimahukan pelbagai pihak selepas sistem sebelum ini hanya menilai dari sudut peperiksaan. 

“Janganlah kita tolak PBS ini hanya kerana ada masalah dari segi pelaksanaannya, sedangkan ia mampu menilai pelajar dengan baik, bukan hanya berdasarkan kepada peperiksaan semata-mata, tetapi meliputi pelbagai aspek. 

Kementerian akan melakukan tiga penambah-baikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu”

“Sehubungan itu, kita akan teruskan dasar ini dan membuat pelbagai penambahbaikan yang akan memudahkan tugas guru dalam mengisi segala maklumat serta markah pelajar,” - Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II


Penambahbaikan PBS

Menteri Pendidikan II berkata, kementerian akan melakukan tiga penambahbaikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu, termasuk menginterasikan modul kepada satu modul tunggal.

“Kita juga akan memperkenalkan ‘cache’ yang akan melindungi rekod dibuat guru, sekiranya berlaku masalah seperti gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan semua data dikumpulkan hilang begitu saja.

“Kementerian juga akan meningkatkan server dan jalur lebar bagi menambah akses kepada guru yang mahu memasukkan data seperti markah murid, ini semua bagi melancarkan pelaksanaan PBS,” katanya.


Sumber:

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) gesa Kementerian Pendidikan mansuh PBS dan menolak pelaksanaan e-Prestasi


Petikan daripada Sinar Harian 9 November 2013:

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang didapati  amat membebankan 400,000 guru di negara ini.

Presiden KPPK,  Hashim Adnan berkata, guru yang selama ini dibebani tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat. Beliau juga berkata, prestasi guru turut dinilai melalui PBS, dan sistem akses yang sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka diberi penilaian sempurna.

Justeru, beliau berkata, mesyuarat Exco KPPK baru-baru ini memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan sistem itu, yang diperkenal pada 2011.

"Sepatutnya PBS dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan di seluruh negara," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden KPPK Tey Meng Seng dan Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai sebuah kereta baharu yang kelihatan cantik namun pemandunya tidak boleh menggerakkan kenderaan itu kerana ketiadaan tayar.

Hashim berkata, KPPK juga menolak pelaksanaan E-Prestasi, yang sepatutnya dilaksana pada 2015 namun dipercepat ke tahun ini, bagi menilai prestasi guru kerana masih ramai yang kabur tentangnya.

E-Prestasi menimbulkan rungutan bukan sahaja dalam kalangan guru malah pengetua dan guru besar kerana mereka sering dipersalah jika sistem itu gagal menghantar laporan kepada kementerian.

"Sebaiknya sebelum melaksanakan apa jua sistem, keberkesanannya perlu diuji dan bukan menyalahkan guru apabila terdapat kegagalan," katanya.

Beliau juga berkata, KPPK bimbang pelaksanaan sistem yang menyukarkan akan menyebabkan guru tertekan sehingga memberi kesan negatif terhadap tugasan dan pelajar mereka. 


Penambahbaikkan KSSR/PBS tahun 4 2014 bakal menggembirakan dan melegakan guru-guru tahun 4 2014!

Jika ini benar, ia berita gembira buat guru-guru tahun 4 2014! Maklumat ini saya perolehi daripada status Facebook kawan-kawan. Walaupun saya tidak terlibat dalam KSSR/PBS, saya tumpang gembira untuk rakan-rakan seperjuangan.




Ini pula saya perolehi daripada Blog Pendidikan Islam.

Setelah mengikuti kursus2 JU KSSR & PBS bagi Tahun 4 2014 di Kuching, ada perkembangan terkini mengenai penambahbaikan PBS.

1. DSK ( dokumen standard kurikulum ) disatukan dengan DSP ( dokumen standard prestasi ). Maka terhasillah DSKP ( Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran ).

2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail n mudah untuk guru merekod pencapaian murid.

3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.

4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing2 sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.

5. Ujian2 lain diperingkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. ( terpulang pada pihak sekolah ).

6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. So, Menurut pengasas PBS, DR. Khodori, sepatutnya Deskriptor dtg slps evidens, bukan evidens dtg selepas deskriptor.

7. Paling best, guru tidak perlu lagi ONLINE utk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dlm bentuk excel dan digunakan sbg rujukan guru shj untk mlaporkan pkmbgan murid kpd ibu bapa . ( mungkin akan diminta hantar ke PPD atau JPN tapi benda ni blm muktamad ).

8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.

Tapi..

Pelaksanaan DSKP ni hanya utk tahun 4 2014 shj kerana DSKP tahun 1-3 belum dibuat kerana kesuntukan masa oleh BPK. Kemungkinan tahun 1-3 seperti PBS biasa sekiranya pihak BPK masih tidak menggubal DSKP tahun 1-3 tahun depan.

Mungkin PBS di peringkat sekolah menengah juga akan ada perubahan sebegini kerana ini daripada BPK.

Boleh rujuk JU daerah atau negeri masing2 ( sek ren & sek men ) utk kursus KSSR & PBS akan dtg tak lama lagi.




p/s: Ada sesiapa boleh sahkan perkara ini? 

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 Ditangguhkan Bermula 21 Jun 2013

Kursus penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 ditangguhkan bermula 21 Jun 2013 sehingga 31 Ogos 2013.


Serat edaran


Bentuk kurikulum dan fokus KSSR