Showing posts with label Lembaran Kerja. Show all posts
Showing posts with label Lembaran Kerja. Show all posts

Buku Lembaran Kerja Bahasa Melayu dan Matematik Program Pemulihan Khas 2012

Buku Lembaran Kerja Bahasa Melayu dan Matematik ini diterbitkan bersama dengan buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan Matematik Program Pemulihan Khas pada tahun 2012. Ia diterbitkan oleh Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, KPM. 

Lembaran kerja Bahasa Melayu yang disediakan terdiri daripada 32 kemahiran ditambah satu lagi kemahiran pratulisan dan prabacaan. Ia mengandungi 122 muka surat.



Manakala lembaran kerja Matematik pula terdiri daripada tajuk-tajuk seperti pranombor, konsep angka, nombor hingga 100, operasi tambah/tolak/darab/bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah. Ia mengandungi 157 muka surat. Untuk download buku-buku ini, sila lihat pautan di akhir entri.






Terima kasih daun keladi

Lembaran Kerja Perkataan KVKV (12 Lembaran Kerja)



Panduan penggunaan

Latihan ini diberikan selepas P&P dijalankan dan semasa menjalankan ujian tahap penguasaan. Gambar yang terdapat dalam latihan adalah sama seperti gambar yang diajar semasa P&P dengan menggunakan tayangan slaid powerpoint.

Mula-mula saya beri kepada murid lembaran kerja yang mempunyai pilihan jawapan. Murid akan mengisi petak kosong berdasarkan jawapan yang diberi.

Jikalau murid dapat menjawab hampir ke semua soalan dengan betul, barulah saya akan memberikan mereka bahagian yang kedua yang tidak mempunyai pilihan jawapan. Jika tidak, murid akan mengulangi menjawab lembaran kerja yang sama sehinggalah jawapan mereka betul sekurang-kurangnya 12 perkataan.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan ingatan murid selain untuk memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan KVKV yang diajar.

Harap membantu.



Terima kasih daun keladi

Lembaran Kerja Perkataan KVKV Vokal O

Antara perkataan yang diuji adalah koko, toto, yoyo, soto, foto, logo, bola, roda, soya, sofa, nota, kota (12 perkataan).


Klik 'link' di bawah ini untuk download:



Terima kasih daun keladi

Lembaran Kerja Perkataan KVKV Vokal U

Antara perkataan yang diuji adalah:
  • KVKV Vokal u - 16 perkataan (bubu, kuku, buku, kutu, duku, susu, sudu, guru, kupu-kupu, bulu, tugu, kura-kura, kuda, rusa, muka, gula, cuka)
  • KVKV Vokal a + u - 12 perkataan (baju, batu, dadu, kayu, paku, satu, saku, sagu, madu, labu, lagu, sapu)


Untuk download, boleh klik 'link' di bawah ini:


Terima kasih daun keladi

Lembaran Kerja Perkataan KVKV Vokal E

Lembaran kerja ini mengandungi 14 perkataan  - meja, beca, kera, peta, peti, besi, feri, ceri, segi, beli, beri, tebu, keju, debu, teko untuk menguji kemahiran bacaan dan ejaan murid.


Lembaran kerja perkataaan KVKV Vokal e (ada pilihan jawapan)
Klik sini untuk downlod 



Lembaran kerja perkataaan KVKV Vokal e (tiada pilihan jawapan)
Klik sini untuk donwload 

Terima kasih daun keladi

Lembaran Kerja Perkataan KVKV Vokal A

Lembaran kerja perkataan KVKV ini terbahagi dua. Pertama, mempunyai pilihan jawapan, manakala yang kedua tiada pilihan jawapan. Antara perkataan yang diuji ialah mata, mama, nama, lada, bapa, kala, bata, baca, kaca, kata, kaya, raja, rama-rama, jala (14 perkataan).

Mula-mula saya akan beri kepada murid lembaran kerja yang mempunyai pilihan jawapan. Murid akan mengisi petak kosong berdasarkan jawapan yang diberi. Jikalau murid dapat menjawab hampir ke semua soalan dengan betul, barulah saya akan memberikan mereka bahagian yang kedua yang tidak mempunyai pilihan jawapan. Jika tidak, murid akan mengulangi menjawab lembaran kerja yang sama sehinggalah jawapan mereka betul sekurang-kurangnya 12 perkataan.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi ingatan murid-murid selain daripada memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan KVKV yang berkaitan.

Latihan ini diberikan selepas P&P dijalankan dan semasa menjalankan ujian tahap penguasaan.

Berdasarkan pemerhatian dan rekod, murid LINUS saya seramai 6 orang dapat jawab semua soalan dengan betul sekiranya soalan mempunyai pilihan jawapan. 

Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...