Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Bengkel Pengenalan ATLAS.ti Untuk Analisis Data Kajian Kualitatif

Khusus untuk pelajar siswazah Master dan PhD, NHH Networks akan menganjurkan bengkel penggunaan ATLAS.ti bagi yang menganalisis data kajian kualitatif seperti data temubual, video, audio, gambar.


ATLAS.ti merupakan software bagi memudahkan kod diproses dan dikategorikan mengikut tema dalam bentuk visual, teks dan semantic link atau network yang memudahkan tafsiran data kualitatif dilakukan.

ATLAS.ti ialah software 💯 yang boleh memudahkan pelajar:

🚩 Mudah proses analisis data
🚩 Mudah membuat laporan dan tafsiran data

Selain ATLAS.ti, terdapat beberapa software lain yang digunakan dalam analisis data kajian kualitatif yang terdapat di pasaran iaitu NVivo, MAXqda, Qualrus.

Maklumat Bengkel:

📆 2 Mac 2024
🌐 Sabtu
⏰ 9.00 pagi - 12 tengah hari
❇️ Zoom
🔺Pembimbing: Dr. Mohd Nazir Alias, Fakulti Pengajian Islam, UKM
🔺Yuran: RM35 (Diberikan rakaman dan nota) 

Pendaftaran dan Bayaran:

Akaun Bank: 562263608694 - Maybank, NHH Networks


Pelaksanaan Kursus i-THINK Secara Luar Talian (KiLT) Di Semua Sekolah Sehingga 31 Disember 2017

Berdasarkan Surat siaran bagi pelaksanaan Kursus i-THINK Secara Luar Talian (KiLT) yang telah diedarkan kepada semua JPN pada 31 Oktober 2017 yang lalu, Kursus i-THINK perlu diselesaikan sebelum atau pada 31 Disember 2017.

Surat siaran pelaksanaan KiLT 2017

Kursus i-THINK Luar Talian (KiLT) diberi sebagai pilihan kepada guru-guru yang menghadapi masalah mengakses kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) sebelum ini. Manakala guru-guru yang telah berjaya menamatkan KiDT tidak perlu lagi membuat KiLT.

Guru boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan MacOS berserta manual pengguna di halaman utama ini di http://mygfl.moe.gov.my/web/guest

Aplikasi KiLT ini disediakan bagi memudahkan guru dan pentadbir yang menghadapi masalah mengakses Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) dan mengurangkan kebergantungan kepada talian internet. 

Keseluruhan kandungan modul i-THINK boleh dilancarkan terus dalam komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar mengikut versi yang disediakan setelah dimuat turun. Fail yang dimuat turun boleh disebarkan kepada pengguna lain.

Akses internet hanya digunakan untuk daftar masuk (log-in), penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus dalam ujian akhir. 

Jangkaan masa bagi menamatkan KILT adalah 2 hingga 4 minggu (2 - 3 jam sehari).

Pengguna diingatkan untuk memasukkan alamat e-mel yang betul dalam profail di dalam akaun masing-masing bagi membolehkan sistem menghantar voucher tamat kursus.

Sumber:

[ IKLAN ] Program Latihan & Penterjemahan Untuk Guru KPM 2016

Kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi penterjemah, KPM dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan menganjurkan Program Latihan & Penterjemahan Untuk Guru KPM 2016.

Tarikh tutup adalah pada 6 Mac 2016.

Program ini ditaja sepenuhnya oleh KPM dan ITBM.


Info di web KPM


Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=516



Pelaksanaan Kursus iTHNK Dalam Talian (KiDT) 2016

Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) kini telah dibuka semula . Pada 21 April 2015, ia telah ditutup dan dijalankan secara luar talian (offline). 

Pada 1 Disember 2015, KiDT telah dibuka semula di laman web MyGfL (http://mygfl.moe.gov.my/). Guru-guru yang masih belum mengikuti atau tamat kursus i-THINK hendaklah mengikuti kursus ini . Guru-guru boleh rujuk tatacara dan arahan dalam i-THINK User Instructions dalam i-THINK User Installation Guide dan i-THINK User Course Manual.

Pelaksanaan seluruh negara melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah telah bermula pada 11 Januari 2016. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan Surat Siaran Pelaksanaan KiDT bertarikh 7 Januari 2016 yang dikeluarkan oleh KPM.

Surat Siaran KPM bertarikh 7 Januari 2016

Hebahan di laman web KPM

Hebahan di laman web MyGFL


Sumber:


SPLKPM - Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia

SPL KPM atau Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai e-SPLG (Sistem Pengurusan Latihan Guru) telah ditambah baik dengan adanya sub modul CV dan sijil online.

Sub modul bagi Modul Individu mengandungi elemen berikut:
  • Sub modul Pelaporan - laporan kursus/LDP yang dihadiri
  • Sub modul Sijil Online - cetak sijil secara atas talian
  • Sub modul eProfil dan - kemaskini profil diri
  • Sub modul CV - curriculum vitae

Kursus/LDP/aktiviti PPB boleh didaftarkan menggunakan aplikasi di pautan berikut : SPL KPM



[DOWNLOAD] Buku Pelan Pembangunan Profesional Berterusan (PPPB) Guru Dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014

Assalamualaikum/ salam sejahtera

BUKU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH EDISI 2014 boleh dimuat turun di laman web KPM melalui link di bawah:

KPM - https://abpg.moe.gov.my/bpg/PPPB/

Cikgu-cikgu perlu mengisi no. KP terlebih dahulu dan seterusnya membuat pengesahan diri sebelum boleh memuat turun buku dan bahan yang disediakan.














Seminar Integriti Warga Pendidik (SWIP)

Semalam,  19 Oktober, Sabtu, saya telah menghadiri Seminar Integriti Warga Pendidik (SWIP) anjuran KPM dan Institut Integriti Malaysia. Dari pukul 8:30 pagi sehingga pukul 12:30 hari, 3 jam tanpa henti penceramah berceramah mengenai Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Pembudayaan Integriti Dalam Pendidikan.

Suara penceramah tenggelam timbul dalam dewan yang bergema seolah-olah berada dalam gua menyebabkan saya tidak dapat mendengar dengan 'kusyuk' dan hilang fokus. Untuk menghilangkan rasa 'bosan' dan 'mengantuk' maka saya mencari 'kerja'. Saya buka 'smartphone' dan merakam gambar slaid pembentangan seminar dari jarak jauh.













SELAMAT MENJADI GURU YANG BERINTEGRITI !!!

Tawaran mengikuti kursus dalam perkhidmatan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) ambilan 2013 guru sekolah rendah dan menengah tajaan KPM

KPM mempelawa guru-guru sekolah rendah dan menengah (PPPS/PPPLD) yang sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).


PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH

- untuk mengatasi ketidakseimbangan antara keperluan dan penawaran guru di sekolah
- tempoh kursus 12 minggu. 
  • Sesi luar kampus (off-campus) selama 5 minggu
  • sesi sepenuh masa (face to face) dan sesi weekend of campus (5 kali Sabtu),  di IPTA/IPGK untuk 6 minggu berikutnya. 
  • Peserta akan menduduki peperiksaan pada minggu terakhir sesi sepenuh masa (face to face).

- Subjek yang ditawarkan
  • Sejarah (SEJ) sekolah menengah – Teori 
  • Kemahiran Hidup (KH) sekolah menengah – Teori & Praktikal 
  • Bahasa Melayu (BM) sekolah menengah – Teori 
  • Pendidikan Khas (PKhas) sekolah rendah dan menengah – Teori

Subjek yang ditawarkan

- Syarat kelayakan
  • Warganegara Malaysia 
  • Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama
  • Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian atau kursus dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM
  • Bukan opsyen dalam bidang yang dipohon
  • Mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut dalam bidang yang dipohon
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik (calon wanita yang hamil enam bulan ke atas tidak digalakkan mengikuti kursus)
  • Memperoleh purata markah yang baik bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
  • bebas dari tindakan mahkamah dan tatatertib
  • Tidak terlibat dengan pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau penandaan kertas peperiksaan

Syarat-syarat permohonan


Kepada yang berminat boleh membaca maklumat lanjut dan memohon secara online mulai 29 Julai 2103 di alamat berikut:


Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 Ditangguhkan Bermula 21 Jun 2013

Kursus penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 ditangguhkan bermula 21 Jun 2013 sehingga 31 Ogos 2013.


Serat edaran


Bentuk kurikulum dan fokus KSSR



Semakan Keputusan KISSM 2012 (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia)

Bagi bakal guru (IPG) dan juga guru (JPN), keputusan KISSM bagi tahun 2012 telahpun dikeluarkan oleh KPM. Semakan keputusan boleh dibuat mulai 20 Disember 2012.


Aplikasi Semakan Keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) - Calon JPN dan Calon IPG
Semakan Keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) adalah bagi calon berikut:

Peserta KISSM Kohort Mei, Jun dan November Bagi Tahun 2012 Kelolaan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran  Malaysia.
Peserta KISSM Kumpulan I Kohort 3, 4 dan 5 Kelolaan Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keputusan KISSM 2012

Langkah-langkah membuat semakan keputusan KISSM 2012: 
  1. Pergi ke http://apps.moe.gov.my/smg/05/050002/ 
  2. Klik pada KEPUTUSAN [BARU
  3. Anda akan dibawa ke http://apps.moe.gov.my/smg/05/050002/cari-keputusan.cfm 
  4. Isikan no. K/P tanpa ada tanda sempang (-)
  5. Klik SEMAK
  6. No.K/P dan nama akan dipaparkan
  7. Klik ikon berwarna hijau untuk paparan keputusan dan cetakan.
  8. Anda LULUS!
  9. Beri salinan kepada Pembantu Tadbir untuk urusan pengesahan jawatan....

kredit: abaiis.blogspot.com

Di sekolah saya terdapat 3 orang guru yang menduduki KISSM tahun lepas dan alhamdulillah ketiga-tiga mereka telah LULUS. Saya pula menduduki KISSM ketika masih di IPG dan juga telah lulus.

LULUS KISSM sangat penting bagi seorang guru untuk disahkan ke dalam perkhidmatan (sah jawatan DG41) dan diberi pilihan memilih skim pencen.



Keperluan 7 Hari Berkursus dan Kaedah Pengiraan Hari Berkursus Bagi Penjawat Awam

Semua penjawat awam perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun. Keperluan 7 hari berkursus setahun ini termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 - Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. 

Entri ini sebenarnya ada perkaitan dengan entri tentang eSPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru yang  saya tulis sebelum ini.


Kenapa perlu berkursus?
Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

sekadar hiasan

7 hari setahun? Bagaimana pengiraannya?

Ada 3 kaedah atau cara:

1. Latihan - kursus, seminar, konvensyen, bengkel, forum, simposium, kolokium, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar, klinik kaunseling.
6 jam berterusan = 1 hari berkursus 
(tidak terhad tetapi terpakai bagi kursus jangka pendek tidak melebihi 3 bulan sahaja).
2. Sesi pembelajaran - Executive Talk, perhimpunan bulanan anjuran jabatan, sesi perkongsian ilmu, menyampaikan ceramah dan sebaginya.
6 jam terkumpul = 1 hari berkursus 
(maksima 5 hari/30 jam terkumpul setahun)
3. Pembelajaran kendiri - pembacaan buku atau bahan ilmiah
1 pembentangan = 1 hari berkursus 
(maksima 3 hari setahun)

Kaedah pembacaan buku (Book Review)
  • Sekiranya tidak memenuhi keperluan 7 hari berkursus dalam setahun (maksudnya tak cukup 7 hari atau 42 jam)
  • Bilangan buku bergantung kepada bilangan hari kursus yang diperlukan bagi mencukupkan 7 hari.
  • Melibatkan pembentangan dan penulisan sinopsis buku yang dibaca. 
  • Pembentangan mengambil masa antara 10 - 15 minit.
  • Pembentangan boleh dilakukan semasa mesyuarat, perhimpunan bulanan yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan atau orang yang lebih kekanan pangkatnya.
  • Pembentangan melibatkan sesi soal-jawab.

[DOWNLOAD] Garis Panduan eSPLG atau Sistem Pengurusan Latihan Guru


Sistem Pengurusan Latihan Guru atau eSPLG merupakan sistem aplikasi secara atas talian (on-line) yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dihadiri oleh warga guru. 

Sebelum ini, para guru menggunakan kad kecil yang berwarna biru untuk merekod latihan seperti kursus, bengkel, taklimat, seminar, konvensyen, forum, simposium, lawatan sambil belajar atau lawatan rasmi yang dihadiri sama ada yang diadakan di luar sekolah atau di dalam sekolah. Kad pelaporan ini perlu diisi secara manual. Kad pelaporan ini kecil, maka guru-guru selalunya akan terpaksa membuat salinan terlebih dahulu sebelum mengisinya sebagai persediaan awal mengelak "liquid" digunakan.




Kenapa eSPLG penting? 
SPLG dibangunkan bagi mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dilaksanakan di peringkat pelaksana di samping merekod kursus-kursus, sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri yang dihadiri oleh guru-guru melalui modul Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan modul ‘Book Review’ (BR).

Bila mula guna eSPLG? 

Merujuk kepada surat siaran KPM bertarikh 10 Julai 2012 -
PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG)
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 3/2011 pada 15 November 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa sistem pengurusan latihan guru iaitu Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) sahaja digunakan untuk mengumpul maklumat tentang kursus dan latihan guru.

Surat Siaran ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi makluman mengenai pelaksanaan penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) kepada semua Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu sistem yang menguruskan semua pentadbiran kursus dan latihan dalam perkhidmatan bagi semua guru dan warga pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia.

Apa yang perlu guru lakukan?
  1. Mendaftar eSPLG di alamat URL berikut http://apps1.moe.gov.my/splg/
  2. Pilih Modul Individu, kemudian klik pada ikon Modul Individu. Anda akan dibawa ke capaian baru untuk pendaftaran iaitu http://apps1.moe.gov.my/splg/i_SPLG/index.cfm
  3. Login menggunakan nombor Kad Pengenalan tanpa ada tanda sempang (-). Kata laluan adalah 4 digit terakhir nombor K/P anda. Selepas berjaya login, kata laluan boleh ditukar kepada yang baru dengan memilih menu tukar kata laluan.
  4. Kemaskini eProfil - pilih profil 1
  5. Daftar kehadiran kursus luar (KKL) iaitu kursus yang dihadiri di luar sekolah seperti di PPD, JPN.
  6. Daftar Book Review (BR) jika keperluan 7 hari kursus setahun tidak mencukupi.
  7. Semak dan cetak pelaporan.

Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh muat turun bahan-bahan berikut di Folder eSPLG atau di Portal rasmi eSPLG.
  1. Garis panduan SPLG
  2. Modul Individu eSPLG
  3. Modul eProfil
  4. Pelaksanaan kaedah latihan pembacaan buku (Book Review)
  5. Kaedah pengiraan hari berkursus
  6. Nota tentang eSPLG dalam bentuk slaid powerpoint

Kursus Pembinaan Jadual Waktu Sekolah Tahun 2012

 

Salam sejahtera.

Pada 24 November 2011 bersamaan hari Khamis yang lepas, saya telah menghadiri satu kursus iaitu kursus bagaimana hendak menjana jadual waktu kelas dan individu (setiap guru) bagi  kegunaan tahun 2012. Kursus ini dianjurkan oleh Majlis Pemuafakatan Guru Penolong kanan (MEKAR) PPD Petaling Perdana.

Ia diadakan di SK Dato Onn Jaafar, Kompleks Sekolah Wawasan, USJ 15, Subang Jaya, Selangor. Kursus bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 3.30 petang di auditorium sekolah tersebut.

Kursus ini memang amat berguna terutamanya kepada guru-guru yang terlibat dengan pembinaan jadual waktu di sekolah. Ia menggunakan sejenis perisian antarabangsa iaitu aSc  Timetables. Saya sebagai Penyelaras Jadual Waktu Sekolah bertanggungjawab untuk menyiapkan dan seterusnya mengedarkan jadual waktu sebelum 7 hari sesi persekolahan 2012 bermula.

Waduh, stress-stress!

Semasa hari kursus, saya hanya sempat memasukkan data mentah seperti nama setiap guru, matapelajaran yang akan diajar dan nama setiap kelas yang terlibat. Saya tidak sempat pun untuk menjana jadual waktu semasa kursus. Hampir kesemua guru mengalami keadaan yang sama seperti saya, tambah-tambah lagi guru-guru sekolah menengah. Dalam hati saya berbisik, alangkah beruntungnya saya kerana menjadi guru sekolah rendah.

Ada beberapa perkara yang membuatkan saya sedikit terkilan dengan pihak penganjur, antaranya :

1. Hampir semua peserta menggunakan komputer riba (notebook , laptop) manakala tempat duduk yang disediakan adalah kerusi yang mempunyai meja kecil bahagian tepi. Saiz komputer riba saya yang besar memang menyukarkan saya untuk melakukan kerja yang sepatutnya.

2. Bilangan peserta kursus yang ramai menambahkan lagi 'kesesakan' di dalam bilik tempat kursus.

3. Wayar-wayar penyambung ke komputer riba masing-masing berselerakan di atas lantai yang tidak sama aras ketinggiannya.

4. Kedudukan kerusi sangat rapat antara satu sama lain. Pendek kata sesak nafas saya dibuatnya.

5. Penceramah kelihatan kurang bersedia sehingga beliau lupa cara-cara bagaimana hendak mengoperasikan sistem tersebut pada bahagian-bahagian tertentu. (Fuhh!)

Walau apapun, saya berterima kasih kepada pihak MEKAR atas usaha mereka membantu para guru yang dilantik sebagai AJK Jadual Waktu Sekolah dalam membina jadual waktu dengan lebih sistematik dan mudah.