Showing posts with label Guru Pemulihan Khas. Show all posts
Showing posts with label Guru Pemulihan Khas. Show all posts

Apakah Cabaran dan Nasib Guru Pemulihan Khas?

Berikut adalah sedutan sepucuk surat oleh seorang guru Pemulihan Khas yang beliau layangkan kepada pihak KPM dan JPN bagi mendapatkan kepastian tentang permasalahan yang dihadapi. Di sini saya hanya ingin berkongsi tentang cabaran, hala tuju dan juga mungkin nasib yang sedang dihadapi oleh para GPK pada masa kini dan masa hadapan. 

Renung-renungkan...

Saya ingin mendapatkan kepastian tentang beberapa perkara yang melibatkan bidang kerja saya sebagai guru pemullihan khas. Untuk makluman pihak tuan, saya ditempatkan di sekolah ini bermula pada Julai 2007. Saya merupakan Guru Pemulihan Khas KPLI (Mode KDC) Ambilan November 2007.

Berikut adalah perkara-perkara yang sentiasa menjadi pertanyaan dan kekeliruan bagi diri saya diri dan pihak pentadbir. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan jawapan atau kalau boleh berserta dengan perkeliling tentang perkara-perkara ini.

1.     Saya telah diberikan amanah menjadi guru Bahasa Malaysia tahun 1 selama 2 tahun (bermula thn 2010 dan thn 2011), guru Matematik tahun 3 (2008), Guru Bahasa Malaysia tahun 3 (2009)
   
      Persoalannya:
  • Bolehkah Guru Pemulihan Khas mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1 (12 waktu) dan dalam masa yang      sama mengajar pemulihan Bahasa Malaysia dan Matematik bagi kelas tahun 3 dan tahun 4?
  • Kalau murid yang masih dalam kategori LINUS tegar, siapakah yang dapat ‘membantu’ saya meringankan tugas saya sebagai guru Bahasa Malaysia tahun 1, sedangkan saya juga guru pemulihan?
  • Sebagai guru Bahasa Malaysia tahun 1, saya terikat dengan silibus LINUS dan KSSR, PLBS, PKJR, Ujian Bulanan dan Semester yang menuntut saya untuk membuat banyak persiapan dan kerja tambahan kerana semua maklumat murid perlu direkodkan, justeru bukankah perkara ini amat membebankan kerja saya sebagai guru pemulihan?
  •       Ada masanya saya terpaksa kerja lebih masa pada waktu petang untuk mengemas kini fail murid-murid kerana sibuk dengan kerja lain, justeru adakah ini memang satu kelaziman bagi guru pemulihan khas

2.     Kelas bimbingan Waktu Petang 
      Saya juga terlibat dengan kelas bimbingan untuk murid tahun 1. Seperti sebelum ini, saya turut terlibat dengan kelas bimbingan Tahun 3, Tahun 4 Dan Tahun 6.

  • Bolehkah guru pemulihan terlibat dengan kelas bimbingan pada waktu petang sedangkan ada masanya saya perlu untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan menyemak fail murid pemulihan?
  • Wajibkah guru pemulihan mengikuti kelas bimbingan?


3.     Tugas tambahan

Jika merujuk kepada garis panduan guru pemulihan khas edisi 2008, KP/JPK(BPP)2M/009Jld.1 (44) bertarikh 28 Disember 2007, Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar Guru PemulihanKhas tidak dibebani dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan pengendalian kelas pemulihan khas (seperti Pengerusi Buku Teks, Pengerusi RMT, Setiausaha Sukan). Namun di sekolah situasinya adalah berlalinan. Antara tugas tambahan saya ialah:

·         Setiausaha Kokurikulum
·         Setiausaha Panatia Bahasa Malaysia
·         Setiausaha Mesyuarat Staf
·         Penyelaras Stor Sukan
·         Juruacara Setiap Majlis
·         AJK Buku Program (Setiap Aktiviti)


4.  Guru pengganti (merujuk kepada GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat Siaran KPM KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)].
Oleh itu amalan melantik GPKhas sebagai guru ganti / mengajar sebahagian mata pelajaran di kelas biasa adalah tidak dibenarkan.

a.     Sepanjang 3 tahun di sini, saya sentiasa menjadi kambing hitam.
b.    Setiap kali ada guru yang berkursus, saya ialah orang pertama yang akan menggantikan semua jadual waktu guru tersebut. Selama mana guru itu berkursus, selama itulah saya diminta untuk menutup kelas pemulihan dan menggantikan guru itu mengajar di kelas biasa.
c.     Pernah satu ketika saya menggantikan guru Bahasa Malaysia tahun 6 kursus selama 2 bulan dan dalam masa yang sama mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. Kelas Pemulihan diminta tutup. Saya kesian dengan murid-murid Pemulihan, prestasi makin merosot sekiranya diabaikan.
d.    Pada tahun lepas (2010) dan tahun sebelumnya (2009) saya telah diminta untuk menggantikan guru Pra sekolah yang berkursus 2-3 minggu. Saya betul-betul tertekan kerana sekali lagi terpaksa menutup kelas pemulihan khas. Malah pada masa cuti sekolah saya dipaksa untuk menggantikan Guru Prasekolah yang bercuti semata-mata untuk mengikuti Kursus Guru Prasekolah.
e.     Baru-baru ini awal Feb 2011, guru pra mengambil CRK, jadi sekali lagi saya ‘sit in’ kelas Prasekolah dan cikgu lain yang menggantikan saya sit in masa kelas Bahasa Malaysia Tahun 1 saya. Saya betul-betul saya sedih sedangkan semangat saya untuk mengajar Tahun 1 yang masih lagi baru kenal ABC berkobar-kobar dengan andaian saya cuba sedaya untuk mengurangkan kadar murid LINUS untuk saringan 1 bulan mac 2011. Acap kali guru prasekolah CRK, Berkursus dan taklimat saya terpaksa MENUTUP KELAS PEMULIHAN. Alasan pentadbir, orang yang pertama mengganti ketiadaan Guru Prasekolah ialah GURU PEMULIHAN KHAS.
f.     Saya tersepit di tengah-tengah. Pemulihan Khas bidang saya dan sangat penting, LINUS pun penting, UPSR pun penting dan prasekolah????
g.    Mungkin tuan hairan kenapa saya diberi tugas mengajar tahun 1 dan tahun 6 serentak (Tahun 2010) seolah-olah tiada guru lain yang lebih layak menjadi guru pengganti. Tetapi inilah konflik yang saya hadapi atas alasan pihak pentadbir bahawa mereka percaya dengan kemampuan saya.
h.     Namun, mereka tidak sedar bahawa mereka “menambahkan beban” dan “tekanan” kerja yang saya hadapi.
i.      Cara penyelesaian mereka ialah meminta saya menutup kelas pemulihan, jadi kelas pemulihan xdapat dilaksanakan. Tetapi atas rasa tanggungjawab, selepas kelas tambahan sebelah petang saya terpaksa membuat kelas pemulihan pada waktu malam untuk back up murid-murid pemulihan agar tidak terus tercicir.
j.      Jadi sampai bila saya terus dijadikan macam “bola”? Terpaksa ditendang ke ulu ke hilir. Memang logik juga kenapa guru yang paling ramai masuk ke pusat sakit jiwa kalau situasi macam ini berlanjutan!!


5.    Saya bukan jenis yang terlalu berkira, tetapi apa yang amat menyedihkan pihak pentadbir sendiri seolah-olah mempergunakan kemahiran yang ada pada diri saya untuk mencapai misi dan visi mereka kerana mereka mahukan UPSR cemerlang dan LINUS 100% dan begitu juga dengan KELAS PEMULIHAN.

6.   Sasaran terhadap pencapaian murid itu yang sentiasa nak dicapai, tetapi saya guru yang paling banyak “menanggung keperitan dalam senyap”.

7.     Justeru, saya berharap ada pihak seperti KPM dan JPN yang sudi memberikan maklum balas hitam putih terhadap permasalahan seperti ini kerana ramai di sekolah-sekolah lain juga guru pemulihan menghadapi masalah yang sama. PROGRAM PEMULIHAN DAN PROGRAM LINUS dipantau terus di bawah kementerian, tetapi adakah kedua-dua program ini diletakkan 100% di bawah guru pemulihan? Dasar kerajaan sebenarnya sangat “cantik” tetapi pelaksanaan di peringkat sekolah yang tidak secantik dan seindah yang kita dengar.

Guru Pemulihan Khas ialah Pendidik Istimewa

Salam semua rakan-rakan guru.

Guru Ibarat Cahaya Pelita atau lilin?

Siapakah guru?

From Wikipedia, the free encyclopedia:
A guru (Sanskrit: गुरु) is one who is regarded as having great knowledge, wisdom, and authority in a certain area, and who uses it to guide others (teacher). Other forms of manifestation of this principle can include parents, school teachers, non-human objects (books) and even one's own intellectual discipline, if the aforementioned are in a guidance role.

Rupa-rupanya perkataan 'guru' ada pengaruh bahasa Sanskrit. Antara peranan guru adalah pembimbing kepada yang lain. Secara rasminya, cikgu yang mengajar di sekolah itulah guru tapi sebenarnya skop seorang guru itu lebih luas lagi. Guru itu boleh jadi seorang ibu, bapa, dan mungkin juga benda-benda yang tidak bernyawa seperti buku.


Siapakah pula Guru Pemulihan Khas?

Artikel ini saya petik daripada http://pendidikmy.net yang dikarang oleh Mohd Isa Abd Razak. Saya telah cuba ringkaskan seperti di bawah.

Guru Pemulihan Khas Ialah Pendidik Istimewa
Selain guru pendidikan khas, golongan pendidik yang saya kagumi ialah guru pemulihan khas (GPK). GPK ialah pendidik istimewa kerana mereka mendidik murid yang istimewa juga.
Tugas sebagai GPK penuh dengan kekangan, cukup mencabar dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. GPK perlu menumpukan perhatian yang istimewa kepada murid secara individu. GPK juga menggunakan begitu banyak masa untuk melakukan persediaan sebelum masuk ke bilik darjah.
Saya yakin, setiap GPK mempunyai hasrat yang amat tinggi untuk melihat murid mereka menguasai a-b-c dan kembali ke kelas perdana. Untuk mencapai hasrat itu, mereka melakukan berbagai-bagai usaha. Antaranya termasuklah mencari jalan untuk memahami dan mengintimi murid, keluarga murid dan persekitaran murid. GPK juga mesti memanfaatkan pengetahuan psikologi ketika berhadapan dengan murid. Tidak ketinggalan, pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik mereka gunakan untuk mencelikhurufkan murid.
Pihak berwajib menilai penat lelah GPK sama seperti guru biasa. GPK tidak menerima elaun kritikal seperti yang diterima oleh guru pendidikan khas. Mereka juga tidak menikmati bayaran intensif seperti yang diterima oleh guru yang mengajarkan mata pelajaran tertentu dalam dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Alangkah baiknya jikalau kita dapat berkongsi kisah benar GPK melalui wadah blog atau Facebook!
Suatu masa nanti, GPK muda akan berumur juga. Pada masa itu pasti ada GPK berusia itu cuba menyorokkan air mata gembira apabila ada murid pemulihan menyatakan rasa terhutang budi yang teramat sangat kepada cikgu yang mencelikhurufkannya. Pasti GPK berusia itu terharu apabila mantan muridnya menyatakan kepada hadirin bahawa tanpa kehadiran GPK dalam hidupnya, keselesaan hidup yang mula dinikmatinya itu tidak mungkin diraih.
Oleh hal yang demikian, kepada semua GPK muda, teruskan usaha cikgu untuk mencelikhurufkan dan memandaikan murid dengan ikhlas dan penuh kesungguhan. Kongsikan cabaran dan kejayaan cikgu. Catatkan pengalaman suka duka cikgu sebagai GPK dan siarkan di blog atau Facebook. Saya berminat untuk membaca catatan pengalaman cikgu.

*****