Showing posts with label BBM. Show all posts
Showing posts with label BBM. Show all posts

10 Idea Aktiviti Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Guru dan Murid

Selamat Tahun Baru 2024!


Berikut adalah 10 idea aktiviti yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk guru dan murid terokai dalam bilik darjah.

1. πŸ€– Robot Cerita: Murid-murid boleh mencipta cerita pendek dan menggunakan AI untuk menghasilkan ilustrasi yang menarik bagi cerita mereka.

2. 🎨 Seni AI: Menggunakan aplikasi AI untuk mencipta karya seni digital berdasarkan arahan ringkas dari murid.

3. 🌍 Penerokaan Virtual: Mengadakan lawatan maya ke tempat-tempat bersejarah atau geografi yang menarik dengan bantuan AI.

4. πŸŽ“ Tutor AI: Menggunakan program pembelajaran AI yang menyesuaikan diri dengan keperluan setiap murid untuk meningkatkan pemahaman subjek tertentu.

5. 🧠 Kuiz AI: Mengadakan kuiz yang disusun oleh AI, yang dapat menyesuaikan soalan berdasarkan tahap kemahiran murid.

6. 🌐 Terjemahan AI: Belajar bahasa asing dengan menggunakan alat terjemahan AI, memungkinkan murid untuk menerjemah dan memahami teks asing dengan lebih cepat.

7. πŸ€” Debat AI: Mengadakan debat dengan topik yang disediakan oleh AI, di mana murid harus menyampaikan hujah mereka berdasarkan data yang dikumpulkan oleh AI.

8. πŸ•Ή️ Pembelajaran Melalui Permainan: Menggunakan aplikasi permainan yang berbasis AI untuk mengajar konsep matematika, sains, atau bahasa.

9. πŸ“Š Analisis Data dengan AI: Mengajar murid cara mengumpul dan menganalisis data menggunakan alat AI, membantu mereka memahami konsep statistik dan analisis data.

10. 🌟 Penjelajahan Angkasa AI: Menggunakan simulator angkasa yang didukung AI untuk meneroka planet dan bintang, memberikan pengalaman pembelajaran interaktif tentang astronomi.

Kredit: 

  • teachdigitalschool

Modul Praktis Cepat Membaca (PraCeM) Vokal A Dikemaskini April 2022

Salam PRU-15.

Modul Praktis Cepat Membaca (PraCeM) merupakan bahan PdP yang saya gunakan sepenuhnya sewaktu PdPR dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021. Ia merupakan 16 siri video pembelajaran dan latihan secara online Liveworksheets bagi kemahiran membaca bagi kemahiran 1 hingga 5 dalam kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas. 


Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB). Kaedah ini dimulakan dengan murid belajar mengenal SATU huruf vokal sahaja terlebih dahulu, kemudian murid akan mengeja dan membunyikan suku kata, kemahiran mengeja diperlukan supaya murid dapat mengenal dan mengecam huruf-huruf yang dipelajari. Seterusnya murid akan membaca perkataan tanpa lagi perlu mengeja. Kemudian, sebagai aktiviti pengayaan dan pengukuhan, murid akan membaca rangkai kata dan ayat dalam petikan yang mudah. 

Modul PraCeM Vokal A yang dikongsikan ini adalah modul susulan selepas PdP berasaskan 16 video Praktis Cepat Membaca (PraCeM)  bersesuaian dengan pelaksanaan PdP secara bersemuka pada tahun 2022. Trial and error akan sentiasa berlaku dalam proses membina bahan bantu belajar yang berkesan untuk diaplikasi kepada murid khususnya murid pemulihan yang memerlukan lebih banyak bimbingan secara individu.

Muat Turun / Download Modul Format PDF


πŸ“ŒTelegram: https://t.me/CikguHaseni



























[KP5] Latihan Perkataan KV+KV Vokal [a] (Kemaskini April 2022)

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera.

Lembaran kerja latihan perkataan KV+KV Vokal [a] dikemaskini April 2022 menggunakan pendekatan kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) iaitu pengajaran membaca dan menulis dimulakan dengan memperkenalkan hanya satu huruf vokal iaitu vokal [a] terlebih dahulu.

Satu huruf konsonan [K] digabungkan dengan huruf vokal [V]  membentuk suku kata KV.

Contoh pengajaran:

Langkah 1

  • b+a = ba
  • c+a = ca

Langkah 2

Dua suku kata KV digabungkan/dicantumkan membentuk satu perkataan pola KV+KV.

  • ba+ca = baca

Dalam Program Pemulihan Khas, perkataan KV+KV adalah kemahiran ke-5 daripada 32 kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

Muat Turun Bahan (PDF / PNG)


1. Latihan melengkapkan suku kata KV awalan: https://bit.ly/3xHDvrf
2. Latihan melengkapkan suku kata KV akhiran: https://bit.ly/3xHDvrf
3. Latihan menulis perkataan berdasarkan gambar_ada pilihan jawapan: https://bit.ly/3xHDvrf
4. Latihan menulis perkataan berdasarkan gambar_tiada pilihan jawapan: https://bit.ly/3xHDvrf

*Muat turun format PDF (TELEGRAM): https://t.me/CikguHaseni











[KP5] Modul SeBaTu KV+KV - Praktis Cepat Membaca & Menulis Siri 4 (Buku Cerita) Edisi Kemaskini Januari 2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berikut dikongsikan Modul SEBATU KP5 Siri 4 (Buku Cerita) yang telah dikemaskini Januari 2022. Kemahiran membaca dan menulis diajar secara serentak dalam satu sesi PdP bagi memperkukuh dan mempercepat penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis seseorang murid.

Kemahiran Membaca Bahasa Melayu


Standard kandungan (SK): 2.1 Asas membaca dan memahami
Standard pembelajaran (SP): 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Menulis Bahasa Melayu


Standard kandungan (SK): 3.1 Asas menulis
Standard pembelajaran (SP): 3.1.1 Menulis secara mekanis; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu


Kemahiran Pemulihan: KP5 (Perkataan KV+KV)

Sasaran Murid


Untuk menggunakan modul SeBaTu KP5 ini secara berkesan, seseorang murid itu telah menguasai sebahagian kemahiran berikut:

1. Huruf vokal
2. Huruf kecil
3. Suku kata KV seperti membunyikan suku kata 'ba, cu, ki, lo'.

Kaedah / Teknik Pengajaran


Kaedah yang digunakan adalah kaedah Sebut, Baca dan Tulis (SeBaTu) mengikut langkah-langkah seperti berikut:

Pusingan 1:

1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 4(a) 
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 1 
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 2 

Pusingan 2:

1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 4(b)
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 3
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 4


Muat turun Bahan PDP


1. Format PNG/JPG - right click pada gambar dan save image as
2. Format PNG/JPG - Telegram group: https://t.me/CikguHaseni
3. Format PDF - sila tinggalkan email anda di ruangan komen.

Muat turun Bahan Modul SeBaTu KP5


1. Modul SeBaTu KV+KV Siri 1 (Bola Biru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

2. Modul SeBaTu KV+KV Siri 2 (Baju Baru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

3. Modul SeBaTu KV+KV Siri 3 (Dadu Biru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

4. Modul SeBaTu KV+KV Siri 4 (Buku Cerita): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

Panduan & Contoh Pengajaran Menggunakan Modul


1. Video di Youtube: https://youtu.be/q6PdaWopgOE

2. Video di TikTok: 









Koleksi Instrumen / Soalan Saringan LINUS (Program Saringan Literasi & Numerasi) Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris 2010-2018

Salam sejahtera.

Program LINUS (Saringan Literasi & Numerasi) yang diperkenalkan pada tahun 2010 telah dimansuhkan pada tahun 2019 selepas hampir 10 tahun dilaksanakan di sekolah rendah bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. 

Pada Mac 2020 program PLaN (Program Literasi & Numerasi Sekolah Rendah) diperkenalkan dan dilaksanakan secara rintis di sekolah-sekolah yang terpilih.

Walaupun program LINUS telah dimansuhkan namun bahan-bahan seperti Modul LINUS dan instrumen atau soalan saringan LINUS masih relevan dan masih boleh digunakan oleh guru dan juga ibu bapa sebagai bahan sokongan pembelajaran.

Di sini saya kongsikan koleksi instrumen atau soalan saringan LINUS yang saya kumpulkan bermula tahun 2010 sehingga 2018. Koleksi ini bukanlan koleksi yang lengkap namun diharap dengan perkongsian ini ia dapat membantu guru dan ibu bapa yang memerlukan bahan sokongan pembelajaran sebagai latihan kepada anak murid atau anak masing-masing.

Instrumen saringan LINUS Literasi Bahasa Melayu (LBM) dan Numerasi tahun 2018 pula boleh digunakan Guru Pemulihan Khas untuk mentaksir tahap penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) murid tahun 2 dan tahun 3 di sekolah.

Instrumen Saringan Literasi Bahasa Melayu (LBM)

1. LBM 2011: https://bit.ly/3ILQxGM

2. LBM 2013: https://bit.ly/3tqg0ze

3. LBM 2014: https://bit.ly/3pxNv15

4. LBM 2015: https://bit.ly/35N8er0

5. LBM 2016: https://bit.ly/3pAWRt2

6. LBM 2018: https://bit.ly/3HEvAfp


Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris (LBI)







Instrumen Saringan Numerasi (Matematik)


1. NUMERASI 2010: https://bit.ly/3Cgi28N

2. NUMERASI 2013: https://bit.ly/36Wfktz

3. NUMERASI 2014: https://bit.ly/36WgFAF

4. NUMERASI 2015: https://bit.ly/3Kgdi5X

5. NUMERASI 2016: https://bit.ly/3sDkUcS

6. NUMERASI 2018: https://bit.ly/3MmGb2a

Sumber:

1. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/11/503726/program-linus-dihentikan-mulai-2019

2. https://www.moe.gov.my/en/special-education/program-pemulihan-khas/pengenalan

20 Buku Bacaan Berperingkat / Bacaan Bergred Untuk Murid Pemulihan Khas, Pendidikan Khas & Prasekolah

Salam sejahtera.

Buku bacaan berperingkat atau bacaan bergred ini merupakan terbitan Bahagian Pendidikan Khas, KPM pada tahun 2014 untuk kegunaan Program Pemulihan Khas. Ia terdiri daripada dua siri iaitu siri 1 dan siri 2. Setiap siri mempunyai 10 buah buku bacaan yang berlainan tajuk dan bahan bacaan diolah secara berperingkat bersesuaian dengan tahap murid Pemulihan Khas, Pendidikan Khas, Prasekolah dan juga kanak-kanak yang masih belum lancar membaca.

Buku ini dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berasaskan konsep bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid.

Buku Bacaan Siri 1


- mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- memuatkan kemahiran pemulihan 5 – 15.
- suku kata yang berwarna memudahkan bacaan murid.
- kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.
- terdapat latihan pada bahagian akhir buku bacaan. Latihan berbentuk soalan pemahaman bermula dengan buku bacaan siri 1 buku 6.

Tajuk Buku Bacaan Siri 1


1. Sara dan Sani
2. Hobi
3. Keluarga
4. Kawan
5. Tempat Tinggal
6. Haiwan Peliharaan
7. Makanan Kegemaran
8. Bilik Darjah
9. Guru Sekolah
10. Sekolah

Buku Bacaan Siri 2


- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Bermula kemahiran pemulihan 16 - 32.
- Suku kata tidak berwarna.

Tajuk Buku Bacaan Siri 1


1. Berkelah
2. Melawat Zoo
3. Balik Kampung
4. Pusat Sumber Sekolah
5. Membeli Belah
6. Hari Sukan
7. Hari Anugerah
8. Perayaan
9. Sambutan Hari Lahir
10. Kerja Amal

Muat Turun (Download) Buku Bacaan


1. Buku Bacaan Siri 1: Buku Bacaan Siri 1
2. Buku Bacaan Siri 2: Buku Bacaan Siri 2
3. Buku Bacaan Siri 1 & Siri 2: Telegram Cikgu Haseni


Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani m/s 1

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani m/s 11



Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani - senarai perkataan

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani - latihan

Siri 1 Buku 10 - Sekolah

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 10

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 12 - latihan

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 11 - senarai perkataan

Siri 2 Buku 3 - Balik Kampung

Siri 2 Buku 3 - Balik Kampung m/surat 12

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir m/surat 6

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir m/surat 11

Siri 2 Buku 10 - Kerja Amal

Siri 2 Buku 10 - Kerja Amal - latihan pemahaman

Sumber:
1. Bahagian Pendidikan Khas, KPM

[BBM] Permainan Bahasa Bina Kata Sebagai Aktiviti Intervensi Meningkatkan Kemahiran Mengeja, Membaca & Menulis Perkataan 2 Suku Kata Terbuka Pola KV+KV

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera.

Salah satu aktiviti intervensi bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis (2M), saya telah menjalankan satu aktiviti permainan bahasa iaitu Permainan Bina Kata. Permainan bahasa ini melatih murid menguasai kemahiran menyebut suku kata terbuka pola KV (Konsonan + Vokal) seterusnya membina perkataan tunggal gabungan 2 suku kata terbuka pola KV+KV.

Terdapat 3 kemahiran serentak yang dipelajari murid iaitu kemahiran mengeja, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Permainan Bahasa: Bina Kata


πŸ“ŒBahan-bahan:


1. Kertas kotak 'recycle' dipotong menjadi kad kecil.
2. Senarai suku kata - KV (vokal a, e, i, o, u)
3. Buku Bina Kata
4. Alat tulis

πŸ“ŒLangkah-Langkah Pengajaran:


1. Murid eja, sebut dan bunyikan suku kata, contoh: ba, bi, bu, bo, be.
2. Murid gunting dan tampal suku kata pada kad.
3. Murid cantum 2 kad membentuk perkataan sama ada berdasarkan perkataan yang disebut guru (imlak), bina sendiri atau berdasarkan gambar.
4. Murid tulis perkataan yang dibina di dalam buku Bina Kata.
5. Murid baca perkataan yang dibina.
6. Ganjaran diberikan kepada murid yang berjaya membina 50 perkataan tanpa kesalahan ejaan.

*Setiap murid membina set BBM Kad Suku Kata mereka sendiri. Saya mempunyai seramai 12 orang murid tahun 2, jadi bahan disediakan untuk 12 orang murid.

πŸ“ŒMuat Turun Bahan Permainan Bina Kata


1. Senarai Suku Kata (PDF): https://bit.ly/3BsO9C1
2. Senarai Suku Kata (Word): https://bit.ly/34QKwd1
3. Buku Bina Kata (PDF): https://bit.ly/3gXaMVO
4. Buku Bina Kata (Word): https://bit.ly/3gUvBB1
5. Senarai Suku Kata & Buku Bina Kata (PDF): Telegram Cikgu Haseni

πŸ“ŒVideo Panduan Pengajaran


2. Video @Facebook: https://fb.watch/bfc0meKVZ0/



Senarai Suku Kata

Kad dibuat daripada kertas kotak 'recycle'.

Murid tampal suku kata pada kad.
..
Murid gunting dan tampal suku kata pada kad.


Murid menulis perkataan yang dibina di dalam Buku Bina Kata.

Murid menulis perkataan yang dibina di dalam Buku Bina Kata.


Murid menulis perkataan yang dibina di dalam Buku Bina Kata.


@cikguhaseni #Asas3M #PemulihanKhas #BahasaMelayu #Membaca #Menulis #Membina #imlak #CikguHaseni #CikguHijau #Sabar #KadSukuKata ♬ Rockin - Chris Alan Lee