Showing posts with label Autisma. Show all posts
Showing posts with label Autisma. Show all posts

Program Intervensi Awal atau Early Intervention Programme (EIP) Percuma oleh Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Di negara kita Malaysia, hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan dengan intervensi awal dilindungi oleh peruntukan perundangan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)(Bahagian Pendidikan Khas, 2008). Perkhidmatan program intervensi awal disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dari peringkat umur 3 tahun untuk semua kategori ketidakupayaan di semua hospital dan Pusat Kesihatan Daerah yang menawarkan jenis intervensi perubatan dan klinikal. 

Pada peringkat umur 4 hingga 6 tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan Program Prasekolah Pendidikan Khas bagi ketiga-tiga kategori ketidakupayaan iaitu ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pembelajaran mulai tahun 2003.

Di peringkat KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menyediakan perkhidmatan intervensi awal dari umur lahir hingga dewasa dengan menubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat-pusat jagaan khusus untuk semua kategori ketidakupayaan yang menawarkan jenis intervensi sosial dan pendidikan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO)(Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2007).

Dalam  Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU , 2008), telah termaktub kepentingan pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya atau komorbiditi dengan melaksanakan pengesanan awal dan intervensi awal. Justeru, selaras dengan akta tersebut, guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dengan mengambil tindakan awal. Antara tindakan awal adalah dengan merujuk kepada pakar atau pengamal perubatan apabila ketidakupayaan dikesan.

Program Intervensi Awal Kanak-kanak atau Early Intervention Programme (EIP) merupakan program yang dikhususkan kepada kanak-kanak bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dan yang telah dikenal pasti mengalami kelewatan perkembangan (development delay) atau ketidakupayaan dalam perkembangan kanak-kanak. Pelbagai bentuk pendidikan dan terapi, seperti physiotherapy, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy disediakan dalam program ini untuk membantu kanak-kanak istimewa ini beradaptasi dalam masyarakat tanpa rasa tersisih dengan kebolehan dan potensi mereka.

Development delay atau kelewatan perkembangan bermaksud kelewatan dalam pergerakan, percakapan dan kurang bermain berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Secara kebiasaanya, kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan akan mempunyai pergerakan yang perlahan atau bergerak secara berbeza dengan kanak-kanak tipikal yang lain. Kelewatan perkembangan ini melibatkan otot badan yang besar yang mengawal pergerakan tangan dan kaki.

Oleh sebab itu, Program Intervensi Awal sangat diperlukan dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak. Melalui EIP, ahli terapi dapat membantu ahli keluarga dalam perkembangan bayi  dan kanak-kanak dari segi perkembangan diri dan aktiviti harian. EIP perlu dilaksanakan dengan seawal yang mungkin supaya dapat meningkatkan kualiti hidup bayi dan kanak-kanak selain dapat mengurangkan beban ahli keluarga.

Menurut Profesor Madya Dr. Hasnah Toran, pensyarah kanan di UKM yang juga merupakan pakar dalam bidang intervensi awal, autisme dan Pendidikan Khas, kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pelbagai terapi yang perlu dimulakan seawal mungkin kerana kajian telah membuktikan bahawa lebih awal terapi dimulakan, ia akan lebih berkesan. Terapi-terapi yang diterima diperingkat awal usia inilah yang dikenali sebagai intervensi awal. 

Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak mencapai usia formal persekolahan iaitu tujuh tahun baru mula mendidik anak-anak kerana sebaik-baiknya intervensi dimulakan seawal mungkin supaya anak berada di dalam keadaan yang lebih baik apabila mula memasuki alam persekolahan. Impak positif intervensi awal bukanlah hanya kepada anak berkeperluan khas kerana intervensi awal juga didedahkan kepada ibu bapa dalam bentuk maklumat, latihan, bengkel, konsultansi serta kaunseling. Tujuan perkhidmatan intervensi awal disalurkan kepada ibu bapa adalah untuk memperkasakan mereka sehingga mereka mampu menjadi advokat yang terbaik dalam mendapatkan pendidikan serta sokongan untuk anak dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk membantu mereka.

Program Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) 


Di negeri Selangor, Program Bantuan Anak Istimewa Selangor dalam singkatan ANIS telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud sejak tahun 2018.

✅Maklumat lanjut mengenai Program Intervensi Awal ANIS boleh dirujuk di laman web ANIS di sini: https://www.anisselangor.com/

✅Untuk dapatkan lebih pengetahuan dan panduan tentang autisme, boleh beli buku ini (Autisme: Panduan Ibu Bapa): https://bit.ly/3tUUEy7


Tujuan ANIS

Maklumat Program Intervensi Awal ANIS

Syarat permohonan dan dokumen yang diperlukan


Sumber:

Apakah Itu Autisme?

📌Apakah Itu Autisme?

-Sejenis kecelaruan neurologikal yang mendatangkan impak kepada perkembangan otak.
-Otak berfungsi secara berbeza untuk memproses maklumat daripada persekitaran.
-Tidak mempunyai ciri-ciri fizikal yang ketara.

📌Impak Autisme
 
💚Sosial Dan Komunikasi

-Kurang respon apabila dipanggil.
-Cenderung untuk bermain sendirian.
-Sukar menyertai perbualan dengan orang lain.
-Kurang memahami cara untuk berkomunikasi dengan orang lain.

💚Tingkah Laku

-Pergerakan yang berulang
-Sukar menerima perubahan rutin.
-Mempunyai fokus dan minat yang terhad.

📌Fakta Mengenai Autisme

-Bukan sejenis penyakit.
-Merupakan kondisi yang mempunyai spektrum tersendiri.
-1:68 individu mengalami autisme.
-Boleh didiagnos seawal umur 18 bulan.
-Penyebab autisme masih belum diketahui.
-Penawar belum ditemui.
 
📌Mitos Tentang Autisme

-Tidak semua individu autisme hiperaktif / agresif/ terencat akal.
-Gajet bukan penyebab autisme.
-Vaksin bukan penyebab autisme.
-Autisme bukan disebabkan oleh gangguan mistik.
-Tidak semua individu autisme sangat berbakat.