Kem Serlah Minda Pemulihan Khas Peringkat Kebangsaan 2014

Saya terlibat sebagai AJK Dokumentasi yang menerbitkan Buletin Pagi


Kem Serlah Minda Pemulihan Khas Peringkat Kebangsaan 2014 telah diadakan pada 24-28 September 2014 di Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Selangor. Kem Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Saya telah dilantik sebagai AJK Dokumentasi & Buku Program bagi kem ini. Ia satu pengalaman baru bagi saya kerana saya belum pernah menyertai sebarang program atau aktiviti yang melibatkan program Pemulihan Khas.


Latar Belakang Program

Kem Serlah Minda Pemulihan Khas merupakan siri program tahunan. Ia telah diadakan pertama kalinya di negeri Melaka pada tahun 2008, tahun 2009 di negeri Johor, 2011 di Pahang dan tahun 2012 di negeri Kedah. Kem ini tidak dapat dilaksanakan bagi tahun 2010 dan 2013 atas sebab –sebab tertentu. Program ini bermatlamat memberi peluang kepada murid-murid Pemulihan Khas menonjolkan potensi diri mereka dalam aktiviti berbentuk gabungan kokurikulum dan kurikulum. Tahun 2014 Kem Serlah Minda akan dilaksanakan di negeri Selangor.

Pada tahun ini, 2014, kem ini merupakan siri ke-5 di mana negeri Selangor terpilih menjadi tuan rumah.


Objektif Program

  • Membuka peluang kepada murid Pemulihan Khas mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa, mengira dan pengurusan diri murid.
  • Memupuk kemahiran belajar kepada murid-murid Pemulihan Khas melibatkan persekitaran luar bilik darjah atau alam sekitar. 
  • Merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid-murid Pemulihan Khas dengan murid-murid di aliran perdana.
  • Mempraktikkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid Pemulihan Khas.
  • Mencungkil bakat dan memberi peluang murid-murid Pemulihan Khas membina keyakinan diri untuk bersaing di samping pembentukan sahsiah dan nilai-nilai yang positif.
  • Meningkatkan jati diri murid-murid Pemulihan Khas sebagai individu yang suka membantu dan boleh berdikari.
  • Menjalinkan integrasi antara murid-murid Pemulihan Khas yang datang dari seluruh Malaysia.
  • Menerapkan nilai murni di kalangan murid-murid Pemulihan Khas terutamanya sifat berani, bekerjasama, berdisplin dan bertolak ansur.
  • Mempertingkatkan kemahiran diri murid-murid Pemulihan Khas dalam melakukan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).
  • Memberi peluang kepada murid-murid Pemulihan Khas bergiat aktif dan merasai diri mereka dihargai.
  • Mendedahkan murid-murid Pemulihan Khas kepada persekitaran yang baru.

Tag nama AJK
Cenderamata kepada setiap kontinjen peserta