Jawatan kosong sebagai Akaun Eksekutif di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Iklan jawatan kosong!




Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Girl Guides Association Malaysia) invites applications for the post of Accounts Executive at its headquarters, Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Responsibilities:
• Handle full set of accounts using MYOB System
• Prepare account management reports, payments, bank reconciliation.
• Prepare cheques for payment and monitor Bank and Cash Balances
• Liasing with suppliers
• To assist in other ad-hoc task as may be required

Requirements:
• Minimum Advanced/Higher/Graduate Diploma in Accounting / Finance or Professional Certificate / LCCI or equivalent.
• Computer literate and a proficient user of MS Office applications
• Good communication skills in English and Bahasa Malaysia.
• At least 2 years working experience in related field is required for this position
• Able to work independently, committed, confident and able to work with minimum supervision
FEMALE ONLY

Salary:
• Negotiable (Depending on experience and qualifications)

Interested applicants are invited to call-in / fax-in / email with comprehensive resume including a recent passport-sized photograph to:

Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu.
59700 Kuala Lumpur


Tel : 03-2282 7776 / 03-2284 0229 Fax : 03-2282 6579
Or email : normahmy@gmail.com



Profesion keguruan perlu diberi pengiktirafan dan dimartabatkan ke peringkat lebih tinggi



Profesion keguruan perlu diberi pengiktirafan dan dimartabatkan ke peringkat lebih tinggi bagi menjadikannya kerjaya rebutan setanding bidang profesional kritikal seperti doktor.

Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Hussein Ahmad, berkata usaha itu perlu bagi memastikan profesion itu mampu menarik penyertaan lebih ramai lulusan cemerlang. 

Beliau berkata, antara langkah ialah menawarkan gaji lebih tinggi setimpal beban tugas, selain menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi serta berkesan dengan suasana kerjaya terbaik. 

“Pengiktirafan ini penting kerana tugas mendidik anak bangsa berat, selain menggalakkan individu cemerlang menjadi guru dan melahirkan lebih banyak idea hebat dalam membantu meningkatkan sistem pendidikan negara.








Pembelajaran interaktif

“Ini juga akan membantu usaha kerajaan yang meletakkan pencapaian 7A sebagai syarat kelayakan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan,” katanya selepas Forum Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Bagaimana Merealisasikannya?’ di Fakulti Pendidikan UM, di sini semalam.

Forum turut disertai dua panel lain, iaitu Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron; serta Profesor (Kurikulum) Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Nagendralingan Ratnavadivel. Ia dipengerusikan Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran UM, Prof Emeritus Datuk Dr Abu Bakar Nordin.

Nagendralingan berkata, setiap guru sekolah rendah dan menengah perlu lebih bijak mewujudkan suasana pembelajaran interaktif serta aktif dan bukan pasif ketika mengajar.

“Guru harus berfikir dan mengeluarkan pendapat secara terbuka dalam mencari teknik pengajaran lebih menyeronokkan serta menarik minat dan keyakinan pelajar, selagi ia tidak menimbulkan masalah,” katanya.


Petikan sumber - Berita Harian

Jumlah lelaki di Malaysia melebihi wanita dengan nisbah 106:100


STATISTIK TERBARU


Bilangan lelaki melebihi wanita di negara ini dengan nisbah 106 berbanding 100 (106:100).



Bilangan wanita  hanya melebihi lelaki di dua negeri iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Purata  jangka hayat kaum lelaki di negara ini adalah di antara 72 hingga 75 tahun manakala bagi perempuan 76 tahun.





Pendedahan dibuat oleh Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Kekangan kewangan dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan golongan muslim Malaysia’  pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan  anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia di Shah Alam petang semalam.


Jawatan Kosong Guru PPPS DG41 dan Pembantu Murid N17 di Sekolah Dalam Hospital

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 di Sekolah Dalam Hospital (SDH) berikut:

  • SDH Pusat Perubatan Universiti Malaya
  • SDH Hospital Selayang
  • SDH Hospital Tuanku Jaafar, Seremban


TARIKH TUTUP - 4 OKTOBER 2013


Guru PPPS DG41

Syarat Umum:
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan Mahkamah; dan
  • Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik untuk tiga (3) tahun terakhir

Syarat Khusus:
  • Sekurang-kurangnya telah mengajar selama lima (5) tahun.
  • Bersedia berkhidmat di SDH sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  • Mempunyai kelulusan, pengalaman atau kemahiran dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik atau Pendidikan Islam) atau Prasekolah.
  • Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.
  • Mempunyai minat dan iltizam yang tinggi berkhidmat dalam institusi untuk murid bermasalah kesihatan.
  • Tidak mempunyai perasaan takut, alahan dan jijik dengan persekitaran hospital.




Untuk muat turun maklumat lanjut, sila klik di bawah :-

Boleh kritik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tetapi guna saluran yang betul - Datuk Seri Idris Jusoh

Pengarah Pendidikan di setiap negeri diminta supaya memantau guru-guru yang menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terang-terangan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebagai kakitangan kerajaan mereka sewajarnya menyokong polisi yang dilaksanakan dan bukannya menyerang secara membuta tuli.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya golongan pendidik mahu mengkritik PPPM tetapi ia harus dilakukan mengikut saluran yang betul.

"Kalau hendak kritik, boleh kritik tetapi beritahu kepada saya, saya terbuka, saya lihat dalam pelaksanaan ada kelemahan yang perlu kita baiki tetapi tidak secara keseluruhan pelan ini tidak betul dan mengatakannnya ia satu kesilapan yang besar.

"Kalau dalam pelaksanaan ada kesilapan saya terbuka untuk kita betulkan, emel kepada saya, idrisjusoh@moe.gov.my, dalam keadaan sekarang tidak ada apa yang perlu ditutup, kalau ada kelemahan kita sanggup perbaiki, jangan ada secara terus-terusan menyerang kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Seminar PPPM 2013-2025 di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE, 15 September 2013



Tugas Sebagai Duta CyberSAFE Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Salam semua.

Bermula Jumaat hingga Ahad yang lepas, saya  telah menghadiri kursus CyberSAFE Ambassador, satu program tentang keselamatan siber anjuran CyberSecurity Malaysia  iaitu sebuah agensi di bawah MOSTI. 

Program ini memilih ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk dilatih menjadi Duta CyberSAFE di bawah program CYBER SECURITY AWARENESS FOR EVERYONE atau singkatannya CyberSAFE.


Laman web CyberSecurity Malaysia

Website program CyberSAFE

Banyak input berguna yang saya dapat melalui kursus ini. Antaranya banyak berkisar tentang online security seperti Facebook security, WiFi network security, world of Hackers, bagaimana mencipta strong and secure password, Internet searching skills - power search with google.

Dalam minggu pertama selepas kursus ini, saya dan rakan-rakan yang lain dikehendaki menyediakan pelan tindakan sebagai Duta CyberSAFE. Kami sebagai duta perlu memberikan input dan info yang kami perolehi kepada komuniti luar dalam bentuk ceramah, bengkel dan seumpamanya. 

Sebagai guru sudah tentu kelompok guru dan pelajar adalah sasarannya.

Tunggu...!

Nombor plat siri baru Wilayah Persekutuan KL 'W7A' bernilai RM129,000 milik Abu Hasan Mohamed Rashid

Jom murid-murid kita menyanyi sekejap ~ ~ ~

Kalau aku kaya
aku mahu beli plat keta
W7A nombornya
....oooo bestnyer 


Kalau aku kaya
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir

(Awie Rafael - Kalau Aku Kaya)


Kalau anda orang kaya....sanggupkah anda?

Nombor plat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur siri baru tertinggi dibida setakat ini ialah "W7A", dengan nilai bidaan mencecah RM129,800 oleh pemilik kenderaan bernama Abu Hasan Mohamed Rashid.

Nombor plat dengan siri W1A, W8A, W10A dan W8888A diperuntukkan kepada Yang Dipertuan Agong manakala W9A diperuntukkan kepada anggota pentadbiran kerajaan.

Walaupun diramalkan W9A adalah milik seorang Menteri Persekutuan, namun identitinya tidak dapat dipastikan.

Laporan Sin Chew Daily yang melakukan tinjauan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju mendapati nilai bidaan beberapa nombor plat popular seperti W88A, W888A dan W6666A melebihi RM10,000 ke atas.

Manakala nombor plat W2222A, W444A dan W4444A pula gagal melepasi nilai bidaan RM10,000 kerana ia tidak popular di kalangan masyarakat Cina.

Pegawai Perhubungan JPJ turut dilaporkan berkata, pemimpin negara seperti Yang Dipertuan Agong, Sultan, Menteri dan Menteri Besar boleh mendapatkan nombor plat secara percuma.

Sebelum ini, nombor plat WWW1 mencatatkan sejarah termahal dalam negara apabila dibeli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan harga RM520,000






Petikan berita dari The Malaysian Insider.

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2014 bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4

Permohonan ke Sekeloh Berasrama Penuh (SBP) tahun 2014 bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah pun dibuka mulai 1 September sehingga 15 Oktober 2013.


Kepada pelajar dan juga ibu bapa yang berminat boleh memohon secara atas talian (online) melalui aplikasi berikut: http://public.moe.gov.my/




Anda dinasihatkan untuk memuat turun dan membaca PANDUAN PENGGUNA terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan.



Prosedur, syarat permohonan dan pakej aliran yang ditawarkan


PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP
  • Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM (http://www.moe.gov.my)
  • Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
  • Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
  • Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.


SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
  • Aktif dalam kokurikulum


KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
  • Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan
  • Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
    • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
    • Kaunter BPSBPSK
    • Talian hotline BPSBPSK
    • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
  • Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon
  • Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
    • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
    • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.


PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP
  • Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
  • Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
  • Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.

SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    • Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
    • Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
    • Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
  • Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
  • Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan.
  • Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
    • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
    • Kaunter BPSBPSK
    • Talian hotline BPSBPSK
    • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
  • Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  • Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
    • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
    • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN DI SBP

Untuk melihat pakej aliran yang ditawarkan di SBP, klik di SINI (http://www.moe.gov.my/my/asrama-penuh).


Penambahbaikkan KSSR/PBS tahun 4 2014 bakal menggembirakan dan melegakan guru-guru tahun 4 2014!

Jika ini benar, ia berita gembira buat guru-guru tahun 4 2014! Maklumat ini saya perolehi daripada status Facebook kawan-kawan. Walaupun saya tidak terlibat dalam KSSR/PBS, saya tumpang gembira untuk rakan-rakan seperjuangan.




Ini pula saya perolehi daripada Blog Pendidikan Islam.

Setelah mengikuti kursus2 JU KSSR & PBS bagi Tahun 4 2014 di Kuching, ada perkembangan terkini mengenai penambahbaikan PBS.

1. DSK ( dokumen standard kurikulum ) disatukan dengan DSP ( dokumen standard prestasi ). Maka terhasillah DSKP ( Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran ).

2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail n mudah untuk guru merekod pencapaian murid.

3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.

4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing2 sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.

5. Ujian2 lain diperingkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. ( terpulang pada pihak sekolah ).

6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. So, Menurut pengasas PBS, DR. Khodori, sepatutnya Deskriptor dtg slps evidens, bukan evidens dtg selepas deskriptor.

7. Paling best, guru tidak perlu lagi ONLINE utk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dlm bentuk excel dan digunakan sbg rujukan guru shj untk mlaporkan pkmbgan murid kpd ibu bapa . ( mungkin akan diminta hantar ke PPD atau JPN tapi benda ni blm muktamad ).

8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.

Tapi..

Pelaksanaan DSKP ni hanya utk tahun 4 2014 shj kerana DSKP tahun 1-3 belum dibuat kerana kesuntukan masa oleh BPK. Kemungkinan tahun 1-3 seperti PBS biasa sekiranya pihak BPK masih tidak menggubal DSKP tahun 1-3 tahun depan.

Mungkin PBS di peringkat sekolah menengah juga akan ada perubahan sebegini kerana ini daripada BPK.

Boleh rujuk JU daerah atau negeri masing2 ( sek ren & sek men ) utk kursus KSSR & PBS akan dtg tak lama lagi.




p/s: Ada sesiapa boleh sahkan perkara ini? 

Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 6 September 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) dilancarkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. PPPM yang merupakan dokumen rasmi setebal 300 muka surat itu amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.







3 Gelombang 

PPPM dilancarkan dalam tiga gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program. Tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksanakan perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan semua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian.

Gelombang 3 (2012-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.


5 Aspirasi 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.




11 Anjakan Sistem

  1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
  2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
  3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
  4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
  5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
  6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
  7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
  8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
  10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
  11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.


Apa yang bakal berlaku, secara ringkas:

  • Guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi membantu guru mencapai potensi penuh. Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif mengikut keperluan pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu daripada penyelia masing-masing.

  • Syarat pengambilan guru akan ditingkatkan. Tiga puluh peratus (kuota 30%) pelajar terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia akan diberi peluang mengambil bidang perguruan. Mereka yang hendak memohon menjadi guru hendaklah sekurang-sekurangnya memperoleh 7A bagi calon di Semenanjung dan 5A bagi calon dari Sabah dan Sarawak.

  • Sepanjang pelaksanaan PPPM, guru akan diberi latihan dan bimbingan berterusan termasuk melalui pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dengan guru-guru pakar akan membantu guru dan pengetua bagi meningkatkan kemahiran guru di sekolah.

  • Mereka yang bakal dilantik menjadi guru besar dan pengetua wajib menghadiri program khas di Institut Aminuddin Baki (AIB) sebagai persediaan melahirkan guru besar dan pengetua cemerlang.

  • PPPM turut memperkukuh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+.

  • Subjek Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2016.

  • Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016. Guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.


Petikan Sumber:


Semakan penempatan guru baharu (PPPS DG41) lantikan tetap 2 SEPTEMBER 2013 bagi graduan IPTA dan IPGM

Kepada guru-guru baharu DG41 lantikan tetap pada 2 September 2013,


Maklumat PENEMPATAN GURU BAHARU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI GRADUAN IPTA dan IPGM yang telah diperaku boleh disemak di laman web KPM bermula 29 OGOS 2013.


Semakan boleh dibuat di Aplikasi Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).


Aplikasi semakan online KPM

Surat pengkelasan produk Dimensi 108 adalah PALSU

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan surat pengkelasan produk makanan yang dipaparkan dalam blog produk makanan ‘Dimensi 108′ yang kononnya dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu bertarikh 21 April 2011, adalah palsu.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak kementerian telahpun membuat satu laporan polis di sini.

Surat pengkelasan palsu itu dipaparkan dalam laman blog dimensi108.blogspot.com dan pihak kementerian mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan pengkelasan produk makanan atau semakan label bagi produk ‘Dimensi 108′.

Produk itu dikeluarkan syarikat Tiga G Dimensi Satu Kosong Lapan Sdn Bhd dan diedarkan Glomind Enterprise Sdn Bhd dan dilaporkan dijual di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

"Produk itu dikatakan boleh mengubah perangai dan keupayaan minda murid sekolah yang menjadikan mereka lebih rajin, pandai dan cemerlang dalam peperiksaan UPSR akan datang"

Dr Noor Hisham berkata pihak kementerian ingin menjelaskan bahawa mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, produk itu dikategorikan menurut Peraturan 395 Makanan Yang Tak Distandardisasikan Di Tempat Lain.

“Sebagai produk makanan, akuan ‘Kuasa Mengubah Perangai’ yang terdapat pada label produk tersebut adalah tidak dibenarkan di bawah Peraturan 18(1A), Peraturan-Peraturan Makanan 19865,” katanya.

Pihak kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Makanan 1983, katanya.
– Bernama



[DOWNLOAD] Buku Panduan Pengajaran & Pembelajaran MATEMATIK Program Pemulihan Khas

Buku panduan PdP Matematik ini sesuai digunakan oleh guru pemulihan khas sebagai garis panduan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan khas. Ia juga boleh digunakan sebagai RPT di samping membantu GPM dalam penyediaan RPH.

Buku panduan ini diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM pada tahun 2012.

Di sini saya ingin kongsikan soft copy buku panduan ini dalam dua format. Format pertama adalah .pdf manakala format kedua adalah .doc.

Untuk muat turun fail, sila klik pada pautan berikut:
  1. Format PDF (.pdf)
  2. Format MS Word (.doc)
Kulit muka depan

Tajuk Kemahiran/Isi kandungan


1.

Pranombor



2.

Konsep Nombor



3.

Nombor 1 Hingga 9



4.

Nombor 0 Dan 10



5.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10



6.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10



7.

Nombor 11 – 50



8.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 18



9.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 18



10.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula



11.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula



12.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula



13.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula




14.
Nombor 51 Hingga 99


15.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula



16.

Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula



17.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Tanpa Mengumpul Semula



18.

Operasi Tolak Dalam Lingkungan 100 Dengan Mengumpul Semula



19.

Operasi Darab



20.

Operasi Bahagi Hingga 45 ÷ 5



21.

Wang Hingga RM10



22.

Masa Dan Waktu