Aktiviti MEMBACA LANTANG dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca

Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan. 

Aktiviti membaca lantang/ membaca kuat (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.

Aktiviti membaca lantang

Apa itu bacaan lantang?
  • Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
  • Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru
  • Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
  • Apa yang guru baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu
  • Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham
  • Guru berinteraksi dengan kanak-kanak

Bilakah bacaan lantang boleh dilakukan?
  • Permulaan kelas atau di akhir pembelajaran sekolah selama 5-10 minit
  • Sementara menunggu aktiviti lain
  • Sebagai aktiviti tambahan /aktiviti sampingan 

Apakah kepentingan membaca lantang?
  1. Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak
  2. Meningkatkan asas kosa kata/perbendaharaan kata
  3. Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca
  4. Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka
  5. Meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi

Bagaimana pelaksanaannya?

SEBELUM
  • Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak
  • Pastikan guru faham jalan cerita yang hendak dibaca
SEMASA
  • Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau ramai)
  • Pegang buku ke hadapan

Buku dipegang ke hadapan kanak-kanak

  • Mulakan suara dengan kuat
  • Pastikan murid-murid diam
  • Baca dengan ekspresi muka dan bersungguh-sungguh
  • Tukar nada suara dengan setiap watak yang berbeza

SELEPAS
  • Sesi soal jawab seperti kefahaman jalan cerita - kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut terjadi
  • Ulang balik cerita atau ceritakan semula secara sekali imbas


Sumber rujukan
  1. http://kidsloveus.blogspot.com/2012/02/bacaan-lantang-untuk-kanak-kanak.html
  2. Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali, Mahzan Arshad, Penerbit UPSI, 2012

Buku rujukan


Terima Kasih

3 comments:

  1. salam...

    nk bertanya..agak2 di kedai buku mane sy blh dptkn buku Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali, Mahzan Arshad, Penerbit UPSI, 2012..

    sy rasa tertarik nk membaca buku tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Cikgu boleh ke link ini - http://penerbit.upsi.edu.my/pengedar.html untuk lihat senarai nama pengedar buku di KL.

      Delete