Lagi Guru Mati Kena Tembak Di Kulim, Kedah

Seorang lagi guru mati ditembak sekurang-kurangnya enam das tembakan oleh dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi, Kulim, semalam.

Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas urusan kerja.


Sebaik terkena tembakan, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri
melalui pintu penumpang, namun tidak berjaya lalu rebah dan tersembam
pada tempat duduk penumpang hadapan


Ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu menembusi cermin keretanya.

Ini merupakan kejadian ketiga bulan ini guru menjadi sasaran penembak upahan. 

Pada 4 Julai lalu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, manakala pada 7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan.

Petikan sumber: 



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment