Guru Besar SK Seri Pristana buat laporan polis kerana difitnah ibubapa pelajar

Hari ini Utusan Online melaporkan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor hari ini membuat laporan polis kerana merasakan dia telah difitnah. Ini berikutan kes beberapa keping gambar pelajar bukan islam dipaksa makan di bilik persalinan yang telah tersebar luas beberapa hari yang lalu di internet dan Facebook.

Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan. Laporan itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Sedang menurut Mohamad Nasir, beliau telah menempatkan murid-murid di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu. Ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

"Pada sebelah pagi matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang. Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Menurut encik Mohamad Nasir Mohd Noor , murid-murid jarang menggunakan bilik persalinan kerana mereka dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti ko-kurikulum.

Pada masa yang sama, beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci. Apatah lagi kata beliau, bilik berkenaan telah dibersihkan dan mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

Notis larangan membuang air


Dalam pada itu Mohamad Nasir memberitahu beliau diarahkan supaya bercuti rehat selama seminggu dan sebarang tindakan oleh Jabatan Pelajaran akan diputuskan selepas itu

Hari ini juga akaun Facebook bagi menyokong Guru Besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor dibuka kira-kira enam jam yang lalu. Anda boleh lihat dan baca untuk mendapatkan penjelasan dari pihak Guru Besar SK Seri Pristana di akaun Facebook dibawah. 

Klik 'LIKE' kalau suka....


Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana




"Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana"


Kuasa Facebook sekali lagi.....




Terima Kasih

No comments:

Post a Comment