RPT dan Dilema Guru Pemulihan Khas

Salam rakan guru semua.

RPT atau Rancangan Pelajaran Tahunan atau Rancangan Pengajaran Tahunan adalah perkara wajib yang perlu ada pada setiap orang guru dalam menjalankan tugas mengajar. 

Guru perlu menyediakan RPT bagi setiap mata pelajaran yang diajar mengikut aliran atau tahun. RPT perlu disesuaikan dengan takwim dan aktiviti sekolah masing-masing.

Penyediaan RPT adalah kewajipan bagi setiap guru aliran perdana.

Bagaimana pula dengan Guru Pemulihan atau Guru Pemulihan Khas atau Guru Pemulihan LINUS? 

Adakah mereka juga wajib menyediakan RPT?

Semasa pemantauan oleh PPD beberapa minggu yang lalu, saya dimaklumkan tentang perkara ini oleh pegawai FasiLINUS.

Menurut pegawai FasiLINUS tersebut, program Pemulihan Khas atau program LINUS tidak memerlukan RPT. Sebaliknya Guru Pemulihan perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Individu untuk 3 bulan atau pun Rancangan Pengajaran 3 bulan

Semasa saya belajar di maktab dahulu, pensyarah ada menyentuh tentang RPI tetapi beliau tidak 'memaksa' guru Pemulihan Khas untuk menyediakannya. RPI ini biasanya dipraktikkan oleh guru Pendidikan Khas. Semasa menjalankan praktikum, saya dan kawan-kawan yang lain perlu menyediakan RPT dan bukan RPI.

Menurut pegawai FasiLINUS itu lagi, bagi program LINUS pula, PdP murid perlu diselaraskan dengan kemahiran yang ada dalam sukatan KSSR. 

Contohnya, Guru LINUS Literasi tahun 2 hanya ada satu RPT iaitu RPT BM tahun 2 sahaja. Semasa menjalankan PdP, guru perlu sesuaikan kemahiran BM tahun 2 (murid perdana) dengan konstruk LINUS (murid LINUS). 

Yang membezakan murid perdana dan LINUS adalah pada objektif PdP dan aktiviti PdP yang dijalankan guru serta penilaian guru (lembaran kerja).

Rasionalnya tidak perlu RPT ialah kerana setiap murid Pemulihan / LINUS adalah berbeza keupayaan, tahap dan aras kemahiran mereka. Murid akan diajar berdasarkan konstruk yang mereka belum dikuasai. Jika beberapa orang murid mempunyai aras kemahiran yang sama atau hampir sama, maka mereka boleh diletakkan dalam satu kumpulan.

Berdasarkan pengalaman saya, saya jarang menemui satu kelas atau sekumpulan murid yang mempunyai aras kemahiran yang sama. Biasanya saya akan membahagikan mereka sekurang-kurangnya kepada 2 kumpulan yang akan diajar kemahiran/konstruk yang berbeza.

Mungkin istilah yang sesuai bagi RPT bagi program Pemulihan Khas ialah RP (Rancangan Pengajaran / Rancangan Pelajaran) yang ditiadakan huruf 'T' (Tahunan), wallahualam.





Selamat Bercuti Cikgu-Cikgu!

Bermula 23 Mac sehingga 31 Mac 2013, sekolah akan bercuti selama seminggu. Ia adalah cuti  pertengahan penggal pertama. Bila cuti sekolah tiba, bukan hanya murid sekolah sahaja yang seronok, guru pun menumpang seronok sama.





Bagaimana murid menghabiskan cuti sekolah mereka? 
  • bantu ayah-ibu
  • jaga adik
  • main game
  • tengok TV
  • pergi kelas tuisyen
  • balik kampung
  • melancong


Bagaimana pula dengan guru-guru?
  • balik kampung
  • pergi melancong
  • mengajar kelas tuisyen



Pemantauan Jemaah Nazir Negeri 11 - 15 Mac 2013

Agak lama juga saya tidak update blog ini. Selepas dipantau oleh pegawai PPD pada awal Februari yang lepas, minggu depan sekolah saya akan dipantau pula oleh Jemaah Nazir Negeri Selangor. Selama seminggu mereka akan berkampung di sekolah saya nanti. Sejak seminggu lepas, semua guru dan staff sekolah saya begitu sibuk sekali menyiapkan 40 lebih senarai kerja dan tugas.

Perkara yang paling membuatkan guru-guru sibuk adalah penyediaan perancangan strategik. Setiap unit-unit di bawah kurikulum, kokurikulum dan HEM mesti mempunyai pelan strategik masing-masing. Seperti saya sendiri, saya perlu menyediakan pelan strategik untuk Program Pemulihan Khas, Pergerakan Pandu Puteri Tunas dan membantu Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Di harap semuanya berjalan dengan lancar....

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti




Fail dan Fail