Saringan LINUS 2013 Di Bawah Program NKRA - LINUS

Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.

Tuan,

PELAKSANAAN SARINGAN LINUS 2013 DIBAWAH PROGRAM NKRA- LINUS TAHUN 2013

Perkara di atas dirujuk.

2. Mohon kerjasama pihak tuan agar mendapat maklumat terkini daripada Pegawai FasiLINUS di daerah tuan berhubung beberapa perubahan dan penambahbaikan pelaksanaan LINUS 2013 walaupun pekeliling terkini daripada pihak NKRA-LINUS, KPM belum dikeluarkan.

3. Mulai tahun 2013, semua kohort akan melibatkan 2 kali saringan sahaja yang dinamakan Saringan 1 dan Saringan 2. Tuan diminta memantau dan memastikan berlakunya bimbingan berterusan oleh guru mata pelajaran (BM dan Matematik) dan guru Pemulihan ke atas semua murid di Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) untuk memastikan PdP yang berkesan dalam tempoh antara kedua-dua saringan tersebut. Ini adalah kerana semua murid Tahap 1 hanya dikira  ‘Menguasai” (Perdana) sekiranya mencapai sehingga Konstruk 12 (K12) dan semua murid wajib mengikuti setiap saringan walaupun telah mencapai status Perdana (K12) pada saringan sebelumnya.

4. Kebarangkalian adalah tinggi untuk murid kembali kepada status LINUS sekiranya mereka tidak benar-benar menguasai K1 hingga K12. Justeru, semua guru BM dan Matematik Tahun 1 hingga Tahun 3 mesti peka kepada penguasaan konstruk murid bagi memastikan murid dapat menguasai sepenuhnya konstruk K1 hingga K12 untuk kekal sebagai status Perdana (Menguasai).

Berikut adalah jadual saringan yang telahpun dimaklumkan kepada semua Pegawai FasiLINUS di daerah  (Kohort 2, Kohort 3 dan Kohort 4) :

Saringan 1 :
Membaca/Lisan : 10 Mac-19 April 2013
Bertulis : 21-30 April 2013
Kemasukan data Portal NKRA : 6-17 Mei 2013

Saringan 2 :
Membaca/Lisan : 1-27 Sept 2013
Bertulis : 29 Sept – 11 Okt 2013
Kemasukan data Portal NKRA : 16-25 Okt 2013


Sumber: 
Jabatan Pelajaran Perak

Kemudahan Cuti Rehat Khas (CRK)

Cuti rehat khas selama 7 hari setahun diberikan khusus kepada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan kerana selama ini mereka dinafikan kemudahan sedemikian. Ia diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi menggantikan Cuti Sambilan. Jika tidak habis digunakan ia boleh dikumpul dan diberi wang tunai gantian.



Cuti Rehat Khas diperuntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan berkuatkuasa pada 1 Mac 2004 bagi menggantikan Cuti Sambilan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977.


Mereka yang layak mendapat Cuti Rehat Khas
  • Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di sekolah atau Institusi Pelajaran dan pengajian tinggi;
  • Guru sandaran terlatih; dan
  • Guru kontrak

Peraturan dan syarat

"Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas"


Permohonan CRK yang boleh dipertimbangkan oleh pengurusan sekolah antaranya:
  • Menziarahi ahli keluarga terdekat (suami /isteri yang sah,anak-anak dan ibubapa kandung pegawai - Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2002) yang sedang sakit @ meninggal dunia
     
  • Menziarahi sanak saudara (adik-beradik, ibubapa mertua, datuk-nenek pegawai dan lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai - Perintah Am Bab C 1 (x) yang sakit atau meninggal dunia
     
  • Upacara/perayaan tahunan agama yg tidak diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan
     
  • Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran, banjir
     
  • Menghadiri majlis konvo (diri sendiri/anak/suami/isteri)
     
  • Perkahwinan (guru sendiri @ anaknya sahaja)
     
  • Menghantar ahli keluarga terdekat dan sanak saudara rapat menunaikan fardu haji
     
  • Mendaftar anak ke IPT/Sekolah Asrama Penuh
     
  • Mengiringi suami/isteri atau anak mendapat rawatan perubatan
     
  •  Walau bagaimanapun Ketua Jabatan boleh memberi pertimbangan atas lain-lain alasan yang munasabah dengan syarat kelulusannya tidak menjejaskan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.

Hasil Pemantauan Program Pemulihan Khas 2013

Alhamdulillah...lega rasanya setelah pemantauan selesai. 

Walaupun selepas ini saya perlu memberikan maklum balas terhadap beberapa penambahbaikan dan teguran semasa pemantauan pada 7.2.2013 yang lalu, tapi saya rasa ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pegawai PPD yang datang membuat pemantauan kerana ia banyak membantu saya dalam aspek pengurusan kelas pemulihan khas supaya ia diurus dengan lebih baik.



Pemantauan kali ini adalah lebih kepada pemantauan fizikal bilik dan pengurusan kelas pemulihan khas. Di antara aspek-aspek yang dipantau adalah seperti berikut:

Aspek Pengurusan
  • Nama kelas
  • Moto
  • Carta organisasi
  • Peraturan bilik
  • Pelan Bilik
  • Jadual penggunaan bilik/ Jadual waktu
  • Sudut mata pelajaran
  • Rekod buku pelawat

Aspek Keceriaan & Kebersihan kelas
  • Susun atur perabot
  • Susun atur peralatan/bahan
  • Sudut pembelajaran
  • Cogan kata
  • Skim warna/ hiasan/lain-lain
  • Kebersihan 
  • Bakul sampah

Aspek Pengurusan Fail
  • Ahli jawatankuasa
  • Individu murid
  • Perancangan program
  • Data murid/prestasi murid

Lain-lain aspek

  • Inventori 
  • Keselamatan 
  • Bahan pengajaran dan pembelajaran.



Pemantauan Program Pemulihan Khas 2013

Hari ini saya menerima perkhabaran gembira daripada pentadbir. Beliau memaklumkan sekolah saya akan dilawati oleh pegawai PPD daripada Unit Pendidikan Khas untuk melaksanakan pemantauan Program Pemulihan Khas bagi sesi persekolahan 2013.

Apa yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
  1. Jadual waktu induk (jika terdapat 2 atau lebih guru pemulihan)
  2. Jadual waktu guru
  3. Senarai tugas guru (tugas kurikulum, HEM, Koku, pentadbiran)
  4. Rekod mengajar harian (RPH)
  5. Rekod Pengajaran Tahunan (RPT)
  6. Senarai nama murid