Ruang, Sudut atau Kiosk Kelas Pemulihan Khas

Sekali lagi saya telah mengubah susunan perabot bilik pemulihan sekolah saya. Saya selalu merasa tidak puas hati dengan susunan dan keceriaan bilik pemulihan. Itu yang membuatkan saya selalu mengubah kedudukan dan susunan almari dan meja.

Sekali fikir, malas dah nak ubah tapi esoknya lain pula yang difikir. Buat masa ini saya harus berhenti mengubah kedudukan perabot memandangkan bulan puasa. Lagi pun saya perlu utamakan pembinaan BBM untuk P&P yang masih banyak perlu dibuat.

Julai 2012, bilik pemulihan khas sekolah saya lebih kemas berbanding bulan Februari 2012. Saya ada menulis tentang tajuk ini sebelum ini di sini : Bilik Pemulihan Khas Februari 2012

Pelan Lakar Kelas Pemulihan mengikut garis panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas Edisi Percubaan 2008
Pada hemat saya, bilik Pemulihan Khas sekolah saya di mana saya yang bertanggungjawab ke atasnya masih belum mencapai piawaian seperti yang digariskan di dalam buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Edisi Percubaan, 2008) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM.

Sehingga Julai 2012, hanya terdapat ruang P&P, ruang Bahasa Melayu, ruang Matematik dan ruang pengurusan. Ruang BM dan Matematik pula digabungkan untuk menjimatkan ruang di samping memudahkan saya mengemas bilik. Ruang Multimedia masih belum dibina kerana tiada kemudahan komputer. Walaupun terdapat TV dan Radio, ia amat jarang digunakan semasa P&P. Ruang pengamatan pula masih dalam proses (Bila nak siap hanya Allah yang tahu.... ). Mungkin cuti hujung tahun ini saya akan memberikan fokus sepenuhnya terhadap pelan lantai kelas. (saya memang lemah dalam interior decoration).



Bahagian belakang kelas/bilik yang memuatkan ruang BM dan Matematik serta ruang pengurusan untuk guru. Di sinilah tempat murid-murid saya melepaskan tension selepas berhempas-pulas belajar.

Meja guru
Dua buah almari tempat menyimpan fail, buku rujukan dan buku aktiviti serta BBM
Ruang Bahasa Melayu dan Matematik digabungkan. Bahan-bahan bacaan dan permainan seperti jigsaw puzzle, dam ular, congkak, blocks diletakkan di sini. Sepatutnya ia diasingkan.
Bahan untuk BM lebih banyak berbanding Matematik
Sempoi jer...Ruang P&P hampir menggunakan separuh daripada keluasan bilik berbanding ruang-ruang lain.
Banyak lagi saya kena touch-up bilik ini...Adush! Skirting meja pun dah koyak rabak. Baru jer buat tu, lasak sungguh murid-murid pemulihan ni..
Murid tahun 4 (PROTIM) sedang membuat aktiviti mengeja berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru menggunakan LCD projector.
LCD diletakkan di atas meja kerana tidak di mounting di siling semasa dinaiktaraf 4-5 tahun dulu. Pandai-pandailah GPK jadi technician....hu hu



Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...

No comments:

Post a Comment

Aktiviti dan Program Sekolah (12) aSc Timetables (1) Autisma (1) Bacaan Bergred (4) Bahan Bantu Mengajar (10) bajet (1) Bajet 2013 (2) BBB (24) BBM (24) BCH (2) Berita (14) blog (1) bonus (4) Buku (10) Buku Prabacaan (4) Cabaran Guru Pemulihan Khas (3) Cuti Sekolah (12) Cuti Umum (4) Dato' Lee Chong Wei (1) Didik Hibur (1) Disleksia (8) Download (28) Ejaan (1) Ekonomi Token (2) Elaun (1) Gaji (2) Garis Panduan (12) Guru Mentor (2) Guru Pemulihan Khas (10) Guru Pemulihan Khas LNUS (1) Hari Guru (5) ICT (9) Isu Semasa (1) Isu-Isu Pendidikan (22) Jadual Waktu (3) Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas (2) Kad Imbasan (9) Kad Imbasan Perkataan (9) Kad Perkataan (8) Kad Suku Kata (1) Kaedah Bunyi Huruf/Fonik (1) Kaedah Kawalan Vokal Bersruktur (1) Kaedah Pengajaran (6) Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca (4) Kajian Tindakan (2) Kakitangan Awam (1) Kalendar (4) Kalendar Persekolahan (3) Kemahiran Membaca (10) Kemahiran Mengeja (3) Kemahiran Menulis (2) Kerjaya Guru (16) Kidzania Kuala Lumpur (1) KISSM (1) KSSR (4) Kursus (7) Lagu (7) Lagu Abjad (2) LBI (1) Lee Chong Wei (2) Lembaran Kerja (5) LINUS (23) Masalah Pembelajaran (7) Masalah Pembelajaran Spesifik (2) Modul (3) Motivasi (9) Murid Pemulihan Khas (3) Pandu Puteri (1) Pandu Puteri Tunas (7) Panduan (22) PBS (5) Pekeliling (9) Pembinaan Jadual Waktu (2) Pemulihan Khas (58) Pendekatan Mengajar (2) Pendidikan Khas (19) Pengajaran dan Pembelajaran (3) Pengurusan Kelas Pemulihan Khas (3) Pengurusan Tingkahlaku (8) Penjawat Awam (13) Penyelidikan (2) Permohonan (2) PPGB (2) PPPM (2) Prasekolah (4) Program Pembangunan Guru Baharu (2) PROTIM (11) SBP (1) SBPA (17) SKBBSD (1) Slow Learner (4) SPPBS (7) Sukan Olimpik London (2) Takwim Sekolah (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...