Ekonomi Token Dalam Pengurusan Tingkah Laku

Pengenalan
Seorang guru atau pasangan suami isteri, seringkali merasa kebingungan bagaimana harus mengawal tingkahlaku anak. Kadang kala guru dan ibu bapa merasa kecewa dengan tingkah laku anak. Mereka agak kebingungan bagaimana cara menghentikan perilaku negatif anak. 

Reaksi guru atau ibu bapa yang sering kita jumpa adalah membentak, meninggikan tekanan suara, berteriak, bahkan melakukan kekerasan fizikal terhadap anak-anak seperti mencubit, menampar, menarik rambut, memukul atau menekan bahagian tubuh anak. Tindakan kekerasan ini baik dari segi fizikal atau mental kini dikenali sebagai buli (bullying).

Anak kecil masih belajar yang mana perkara yang baik dan yang mana perkara yang buruk. Apabila kita hanya memberikan reaksi negatif saja pada anak, maka banyak risiko dan kesan yang buruk akan muncul. Konsep kendiri, keyakinan diri, self-efficacy anak akan menjadi lemah, anak menjadi agresif, berperilaku kasar, mengalami gangguan dalam perkembangan, dan mungkin anak-anak akan mengalami gangguan jiwa apabila terus-menerus menerima kekerasan mental atau pun fizikal.

Anak juga perlu dihargai, seperti kita merasa perlu dihargai atas pekerjaan atau perilaku baik yang kita lakukan (golden rules), kita sering berpikir kita ingin diperlakukan orang seperti kita memperlakukan orang dengan baik, begitu pula anak-anak juga ingin dihargai dengan diberikan penghargaan. Ekonomi Token adalah satu teknik yang amat baik dalam mendidik anak-anak berkelakuan yang sewajarnya.

Apakah Ekonomi Token?

Ekonomi Token adalah program modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk meningkatkan tinglahlaku yang diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini melalui penggunaan Token (tanda-tanda). Individu akan menerima token setelah menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya individu menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan kemudian ditukar dengan peneguh (back up reinforcer)seperti hadiah atau penghargaan.

Apakah Tujuan Token Ekonomi?
pengurusan
Kitaran Token Ekonomi
Tujuan utama Ekonomi Token adalah untuk meningkatkan tingkahlaku yang diinginkan dan mengurangkan tingkahlaku  yang tidak diinginkan. Ekonomi Token sering digunakan di rumah sakit jiwa atau pusat pemulihan akhlak untuk mengawal tingkahlaku individu yang tidak dapat diramalkan atau agresif. Bagaimanapun, tujuan yang lebih utama adalah untuk mengajar tingkahlaku yang sesuai dan ketrampilan-ketrampilan sosial yang positif dan wajar.  

Bagaimana ingin memulakan Token Ekonomi?
  1. Mengenali dengan jelas tingkahlaku yang ingin diubah. Definisikan perilaku tersebut secara spesifik, dapat diamati (observable) dan dapat diukur supaya implementasinya berterusan. 
  2. Pilih jenis token yang akan digunakan. Token adalah satu keadaan atau benda yang mempunyai nilai (value) yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan kepada sesuatu peneguhan tingkahlaku. Banyak benda yang dapat di pakai sebagai token. Anda dapat menggunakan wang mainan, kelereng, kacang, kancing, sticker. Pilih token yang mudah untuk dihitung, dapat dilihat, disukai, sukar untuk dipalsukan dan selamat digunakan.
  3. Pilih peneguh (back-up reinforcer) atau hadiah yang boleh ditukar dengan token .  Pilih hadiah yang dapat ditukar dengan token yang telah dkumpulkan. Hadiah ini tidak perlu mahal, contohnya seperti wang saku tambahan atau waktu santai atau istimewa (privilage), memberikan makanan kesukaan atau boleh menonton rancangan TV kesukaan. Kejayaan strategi Ekonomi Token bergantung kepada tawaran yang menarik atau kenikmatan daripada mendapat motif peneguhan.
  4. Hitung berapa nilai token untuk suatu perilaku. Anda perlu tetapkan berapa nilai token untuk suatu tingkahlaku yang diinginkan. Contohnya datang awal ke kelas bernilai 1 token, mengangkat tangan sebelum bertanya bernilai 1 token, menyelesaikan semua soalan dengan betul 5 token.
  5. Berapa harga untuk hadiah yang akan ditukar dengan token. Anda juga perlu mengatur berapa harga hadiah yang dapat ditukar dengan jumlah token. Misalnya 100 token dapat ditukar dengan wang saku tambahan sejumlah RM 2, menonton TV kesukaan bernilai 10 token, main game di komputer 10 token. Anda perlu mengatur dan menjaga ketetapannya.
  6. Buatlah Bank Token. Anda perlu mengorganisasikan token untuk anak murid atau anak-anak anda. Anda perlu mencatat atau mengorganisasikannya secara teratur, oleh itu anda memerlukan Bank Token. Bank Token boleh berbentuk Toples untuk token yang berupa kancing, kelereng, atau benda lain yang tidak dapat ditempal. Ia juga boleh berupa papan atau kertas yang dapat ditempal atau ditulis. Token perlu ditempatkan di tempat yang dapat dilihat oleh semua supaya penyelewengan dapat dielakkan.
  7. Tentukan bila waktu penukaran token. Menentukan waktu untuk menukar token yang sudah dikumpulkan anak-anak. Anda perlu membuat kesepakatan dengan anak-anak bilakah mereka dapat menukarkan token secara berkala.
  8. Implementasikan Program ini.
Jelaskan program Ini. Anda harus menjelaskan bagaiman program ini akan dilaksanakan. 
Berikan Token beserta pujian. Ketika mengimplementasikan Ekonomi Token, pujian harus selalu diberikan untuk perilaku positif yang diinginkan. Pada masa anak menunjukkan perilaku yang diinginkan, token dan pujian harus diberikan dengan cepat dan tidak boleh ditunda.
Kurangi token dan kekalkan pujian. Untuk perilaku baru yang positif token hendaklah diberikan. Token dikurangkan apabila perilaku tersebut sudah mula dimiliki oleh anak, namun pujian tetap diberikan sebagai peneguhan apabila anak menunjukkan perilaku yang benar. Token tetap diberikan untuk perilaku-perilaku baru yang harus dikuasai oleh anak. Hal ini dilakukan supaya anak tidak bergantung pada token sehingga anak dapat belajar pada kehidupan sosial sebenar.
Buat penyesuaian yang diperlukan. Untuk menjaga motivasi dan minat anak, sesuaikan harga untuk hadiah yang akan ditukar dengan token dan sesuaikan sasaran aras kesukaran tingkahlaku. Hal ini perlu dilakukan supaya anak terus terlibat dalam Ekonomi Token. Apabila perilaku terlalu mudah atau terlalu sulit maka anak akan tidak bermotivasi untuk terlibat aktif dalam program ekonomi token. Anda harus membuat keseimbangan di dalam program token supaya sesuai dengan kemampuan, minat dan motivasi anak-anak.
Carta Token
Carta Token
Menu ganjaran
Ganjaran (peneguh)

Langkah-Langkah Pelaksanaan Token Ekonomi (tambahan).
  1. Kenalpasti terlebih dahulu tingkahlaku yang mahu diubah. 
  2. Lakukan satu 'baseline' untuk mengetahui apakah yang diperlukan untuk mengubah tingkahlaku tersebut dengan berkesan.
  3. Kenalpasti peneguhan yang sesuai berdasarkan dapatan daripada 'baseline'. Peneguhan yang sesuai biasanya bersifat 'extrinsic' seperti ganjaran wang ringgit, markah tambahan atau hadiah. Yang penting peneguhan itu mestilah dapat menggalakkan kepada perubahan tingkahlaku.
  4. Pilih token yang mahu digunakan. Token biasanya adalah dalam bentuk benda yang boleh mewakili sesuatu peneguhan itu. Contohnya seperti 'sticker', cop, plastik coin ataupun kad.
  5. Kenalpasti bantuan sedia ada. Ini bergantung pada situasi. Kalau ada, ada... Kalau tiada pun tak pe.. Tapi bantuan sedia ada biasanya adalah orang yang boleh membantu dalam proses perubahan tingkahlaku itu misalnya seperti sukarelawan, guru, ataupun saya.
  6. Pilih satu tempat atau lokasi yang sesuai. Biasanya ini bergantung kepada apakah dan siapakah sasaran kita yang mahu diubah tingkahlakunya. Jika pelajar sekolah tempatnya di bilik darjah atau sebaliknya. Biasanya dalam mengunakan kaedah token ekonomi modifier tidak memiliki banyak pilihan.
  7. Dalam hal ini adalah penting untuk pastikan peneguhan yang dijanjikan memang benar-benar wujud. Selain itu, modifier perlu menjelaskan prosuder penukaran dan kegunaan token dengan jelas dan yang penting mesti ada rekod atau catitan yang menandakan jumlah token yang diberi.
SUMBER:
  • Jenson, W. R., Sloane, H., & Young, R. (1988). Token economies. Applied behavior analysis in education: A structured teaching approach. New York: Prentice Hall.
  • Sulzer-Azaroff, B., & Mayer, G. R. (1996). Applying behavior-analysis procedures with children and youth. New York: Holt, Rinehart, and Winston.
  • Alberto, P.A., & Troutman, A. C. (1986). Applied behavior analysis procedures for teachers: Influencing student performance (4th ed.). Columbus, OH: Charles E. Merrill Publishing.
  • Walker, H. M., & Buckley, N. (1974). Token reinforcement techniques. Eugene, OR: E-B Press.
  • http://obedan.wimamadiun.com/2008/03/05/ekonomi-token-tips-mendidik-anak-kreatif/ 
  • http://psikotube.blogspot.com

Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Aktiviti dan Program Sekolah (12) aSc Timetables (1) Autisma (1) Bacaan Bergred (4) Bahan Bantu Mengajar (10) bajet (1) Bajet 2013 (2) BBB (24) BBM (24) BCH (2) Berita (14) blog (1) bonus (3) Buku (10) Buku Prabacaan (4) Cabaran Guru Pemulihan Khas (3) Cuti Sekolah (12) Cuti Umum (4) Dato' Lee Chong Wei (1) Didik Hibur (1) Disleksia (7) Download (28) Ejaan (1) Ekonomi Token (2) Elaun (1) Gaji (1) Garis Panduan (12) Guru Mentor (2) Guru Pemulihan Khas (9) Hari Guru (5) ICT (9) Isu Semasa (1) Isu-Isu Pendidikan (22) Jadual Waktu (2) Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas (2) Kad Imbasan (9) Kad Imbasan Perkataan (9) Kad Perkataan (8) Kad Suku Kata (1) Kaedah Bunyi Huruf/Fonik (1) Kaedah Kawalan Vokal Bersruktur (1) Kaedah Pengajaran (6) Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca (4) Kajian Tindakan (2) Kalendar (4) Kalendar Persekolahan (3) Kemahiran Membaca (10) Kemahiran Mengeja (3) Kemahiran Menulis (2) Kerjaya Guru (16) Kidzania Kuala Lumpur (1) KISSM (1) KSSR (4) Kursus (7) Lagu (7) Lagu Abjad (2) LBI (1) Lee Chong Wei (2) Lembaran Kerja (5) LINUS (21) Masalah Pembelajaran (7) Masalah Pembelajaran Spesifik (2) Modul (3) Motivasi (9) Murid Pemulihan Khas (3) Pandu Puteri Tunas (6) Panduan (22) PBS (5) Pekeliling (8) Pembinaan Jadual Waktu (1) Pemulihan Khas (56) Pendekatan Mengajar (2) Pendidikan Khas (19) Pengajaran dan Pembelajaran (3) Pengurusan Kelas Pemulihan Khas (3) Pengurusan Tingkahlaku (8) Penjawat Awam (11) Penyelidikan (2) Permohonan (2) PPGB (2) PPPM (2) Prasekolah (4) Program Pembangunan Guru Baharu (2) PROTIM (11) SBP (1) SBPA (17) SKBBSD (1) Slow Learner (4) SPPBS (7) Sukan Olimpik London (2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...