Isu-Isu Dalam SBPA

Isu 1
Gaji junior yang masuk tahun ni (2011) T1 tahun ni akan dinaikkan ke T2 pada 1 Jan. ni. Kenaikan 2012 akan naik lagi ikut bulan kenaikan samada Jan, April, Julai atau Oktober iaitu bulan berapa dia masuk kerja. Oleh itu gaji mereka akan berada pada kedudukan T3.

Kalau SSM gaji mereka hanya berada pada kedudukan T2 sahaja mengikut bulan kenaikan seperti di atas kerana baru tahun kedua bekerja.

Sedangkan senior semuanya turun tangga gaji. Contohnya T20 ke T15, T10 ke T5 dan sebagainya.

Ini menunjukkan sistem SBPA ini tunggang langgang. Tidak mengikut tabi'i alam. Cthnya kejadian manusia dari kecil kpd besar.

Junior yg baru masuk kerja tahun 2011 akan sama gaji dgn orang kerja 10 tahun pada tahun ke 4.

Cuba tuan-tuan fikir. Inilah yg dikatakan tidak adil. Baju besar diberi pakai pada orang kecil dan baju kecil diberipakai pada org besar.

Kalau org yg gubal gaji baca cuba fikir sejenak.

Isu 2

Premier - Gaji single point (package salary ikut kontrak 2 tahun) Tiada KGT diberikan. Jika Prestasi tidak tercapai - kontrak tidak diperbaharui iaitu terus pencen.

Pengurusan Tertinggi (Turus/JUSA A/B/C / Gred Khas A/B/C) - Gaji Minima - Maksima dalam gred masing masing. KGT berdasakkan prestasi. LNPT bawah 70%(terbaru ? 60%)- boleh exit
LNPT 75% - <85% - KGT adalah 5% dari gaji asas.
LNPT 85% - <95% - KGT adalah 8% dari gaji asas.
LNPT >95% - KGT adalah 15% dari gaji asas

Pengurusan & Professional DAN Pelaksana - Jadual Gaji Sebaris.
LNPT bawah 60% - exit policy
LNPT 65% KEATAS - diberi satu KGT biasa dalam gred masing masing.

Untuk NAIK PANGKAT - perlu LNPT >85% tiga tahun kebelakang.
Jika LNPT >95% - MUNGKIN dapat Anugerah Sijil Cemerlang (5% dari KA) ATAU Anugerah Pingat Cemerlang (3% dari KA)


Terima Kasih

Jawatan Luar Norma di Sekolah Rendah

Jawatan Luar Norma bermaksud jawatan yang diperuntukan khas berdasarkan kriteria setiap sekolah oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Jawatan tersebut tidak dikira sebagai guru akademik atau guru asas di sesebuah sekolah.

Seperti jawatan Pengetua dan Guru Besar di semua sekolah merupakan jawatan luar norma. Manakala yang lain termasuk Guru Penolong Kanan berdasarkan gred sekolah. Begitu juga dengan beberapa jawatan lain seperti Guru j-Qaf, Penyelaras Bestari, Guru Media dan sebagainya.

Manakala Jawatan Dalam Norma bermaksud guru yang mempunyai jawatan tertentu tetapi dikira dalam kouta Guru Akademik seperti Jawatan Guru Data atau Guru Pendidikan Agama Islam

Nak Tukar Profesion?
Senarai berikut adalah jawatan luar norma berdasarkan maklumat dalam EMIS.

1 Guru Besar
2 Penolong Kanan Akademik
3 Penolong Kanan HEM
4 Penolong Kanan Kokurikulum ( bagi Gred A sahaja)
5 Penolong Kanan Petang
6 Guru Pakar / Guru Cemerlang
7 Guru Bimbingan dan Kaunseling
8 Guru Penyelaras Bestari
9 Guru Media
10 Guru J-QAF
11 Guru Pemulihan Khas





# Jawatan luar norma adalah seperti yang dinyatakan dalam surat lantikan.

# 1 Jawatan Luar Norma bermaksud kuota sekolah boleh tambah 1 lagi. Contohnya, kuota sekolah A ialah 111 guru sahaja, dengan adanya jawatan luar norma, cthnya 5 jawatan luar norma, sekolah A boleh ada 116 guru. 


Terima Kasih